Sabtu, Mei 13, 2017

Japonism: Let's Go & Have Fun @USJ




Yeaayyy.. Hari nie kita pegi Universal Studios Japan.. So kita akan habiskan masa sehari suntuk di sini sahaja..


20032017 [MON] - Universal Studios Japan
Hari nie kami keluar rumah awal.. Pukul 6.30am dah keluar dah. Nie semua sebab nak kejarkan Harry Potter punya pasal (^^")..

Dari tempat menginap ke USJ, cuma perlu naik train di Tsuruhashi St, then turun di Universal City St. Train nie siap ada gambar HP kat badan dia.. So insyaAllah x tersilap naik train (^_^)




Masa memula sampai suasana tenang jer.. Elok terbuka jer pintu train, semua orang berlari macam kena kejar Godzila (^^").. Giler lah diorng nie.. Dr train station dah start lari dah.. Ingat di gate USJ nanti baru kena lari..

Sampai di gate pukul 7.45 am. Semua orang dah penuh beratur nak masuk. Kami pun dah siap² ikat tali kasut dah nie.. Nak kena berlari juga nie..


bersama manusia² yang melaut..


Sebaik sahaja pintu gate dibuka, semua orang meluru masuk, berlari. Ya, berlari sekali lagi.. Semuanya pakat² berebut ke The Wizarding World of Harry Potter (WWoHP); termasuklah kami.. (^_^)

Since sampai awal, maka dapat masuk tanpa perlu Time Ticket.. Sesampai di gerbang masuk ride, perlu dapatkan Child-Switch Ticket pula, untuk membolehkan kami bergilir menjaga Cheyam.. dan bermain 3D-ride kat dalam..


Beratur dari luar hingga ke dalam castle..


Beratur di Hogwarts Castle nie nak dekat 30 minit.. naik dan main ride nie, sekejap jer (^^").. tapi giler saiko! Patutlah bebudak nie (Nana dan Fara) asyik sebut.. ride nie paling wajib! Sampai sanggup berlari-larian (^_^)..

So kalau pergi USJ.. HP and the Forbidden Journey in 3D adalah wajib cuba! Sangat rugi kalau tak try..


After the Forbidden Journey 3D Ride..


Selesai naik broomstick Nimbus 2000 bersama Harry, kami keluar dr castle..

Sebenarnya, Wizarding World of Harry Potter terbahagi kepada dua bahagian: The Hogwarts Castle and the Hogsmeade Village. Kalau nak naik rides boleh ke castle.. dan kalau nak dine and shop barang² souvenirs HP, bolehlah ke Hogsmeade.

Menghadap Hogwarts Castle ada satu lagi ride; Flight of the Hippogriff.. tapi kami semua tak naik roller coaster ride nie.. lagi pun kami nak pegi beratur beli butterbeer..


The extremely popular drink: Butterbeer


It is a non-alcoholic drink. Rasa seperti air root beer campur vanilla dan ada manis² butterscotch.

Rasa dia agak manis.. so prefer diminum sejuk.. Not a fan of this, tapi bila minum dapat menaikkan suasana seperti betul² berada di Hogwarts. (^^,)


Near Ollivander..

The village-Hogsmeade..

Looking for wizarding equipment?

Dogweed and Deathcap Store

Owl Post and Owlery

di laluan utama Wizarding World..


Di sini, boleh jumpa pelbagai candies, sweets, toffees dan chocolate; seperti dalam movie HP, termasuk Bertie Bott’s Beans and chocolate katak dari kedai Honeydukes.

kat village nie juga, boleh try Hogwarts Uniforms, tapi x jumpa pula tempat nyer.. Oh! kalau nak beli replika wands boleh dapatkan di Ollivanders.. Harga lebih kurng ¥3,200 jer..

Erm.. kami x masuk setiap store.. sebab crowded sangat. Mana yang sempat dan berhampiran sahaja. Kalau nak explore satu-satu.. x cukup sehari rasanya (^^")..


Hogwarts Castle


Actually ada juga cari port paling cantik nak bergambar dengan castle, yang boleh capture gambar castle beserta dgn bebayang castle dlm tasik... tp katanya perlu ikut Three Broomsticks Cafe..

Since that, kami just snap mana yang dapat jer (^^")..


Hogwarts Express

At the entrance of the village

Ron's Blue Car: The Flying Ford Anglia


Ayuh kita ke Jaws pula..

Jaws bersebelahan jer dgn Wizarding World of HP.. tapi since Jaws antara attraction yang diminati ramai.. maka, berlingkar² jugalah line orang beratur nak naik ride nie..


Beratur dr luar.. pusing kawasan exibition..

Keluar dan masuk semula.. before keluar ke jeti..


Panjangnya dekat sejam lebih jugalah beratur.. Tapi Jaws boat tour of fear nie syok! Pemandu boat tue, walaupun banyak kali perlu berlakon.. she's still in character.

Muka cuak dia tue menghiburkan (^-^)v.. Sugoi!


during the boat tour..


Next stop: Jurassic Park..

Aku, Radie dan Uda nak try Jurassic Park Ride.. Naik boat sambil tour hutan Jurasik. Kami queue juga walaupun waiting time 130 minit (^^").. Fara nak naik Flying Dino, dan Nana nak lepak setempat jer dgn Paricha.. maka kitorng berpecah..


Jurassic Park


Mula queue pukul 1.24 ptg.. Tapi dalam pkl 2.00pm Fara texts, suruh naik single ride. Boleh skip line.. Dia dan Nana dah siap main pun..

So kami keluar dari line yang berlingkar macam ular nie, terus ke bahagian ke single ride.. Single ride nie, kita x boleh naik ride sekali dgn geng.. kalau ada kekosongan setiap boat, kita bleh penuhkan.. that's why single ride lebih cepat..


Group ride vs Single ride (^_^)

Habis basah.. mujur pakai baju hujan..


Oh! Fara tak jadi naik Flying Dino sebab waiting time dia 240 minit dan single ride pun panjang juga queuenya.. ramai org nak terbang rupanya (^^,)


Outfitters.. Jurassic Park Shop


Selesai di Jurassic ride, kami terus gerak ke Waterworld. Asalnya nak cari port untuk lunch, tapi xder tempat yang sesuai dan terlindung..

Nak tunggu theater show, macam lambat lagi nak mula. So lebih baik bergerak ke San Francisco..





Kebetulan ada kerusi panjang dan kawasan terlindung berhampiran San Francisco, bolehlah kami lunch dan solat jap kat situ..

Depan² sikit, ada kawasan under construction. Diorng tengah siapkan Minion Park.. Sayang juga, Kalau Minion Park dah siap dan dibuka untuk public, boleh kitorng bergambar dengan Kevin dan Bob (^_^)..




Then sambung jalan semula.. kali nie masuk Backdraft.. Which was a bit boring.. but then time kami keluar dr Backdraft, kebetulan parade lalu depan kitorng..

Lepas habis parade lalu, kitorng duduk melepak² kat padang sat.


Spiderman.. Spiderman.. Does whatever a spider can..

Backdraft

The Parade

The Geng (4 of us at the back)

Lepak-lepak di padang


Pastu sambung ke Cool Japan..

Di sini, diorng hostkan mega anime event yearly.. but from January to Jun only. Setiap tahun akan tukar², ikut mana anime terbaik dan most recent hits. Tahun ni ada Godzilla, Attack on Titan, and Evangelion..

Antara attraction-nya.. 4D shows, giant exhibits, and XR rides (Extreme Virtual Reality rides). Kami sempat bergambar dengan patung besar kat luar tue jer.. yang lain semua queue panjang sgt..





dan ada juga Detective Conan: the Escape.. but then, itu pun tak masuk, beside untuk Conan nie perlu beli tiket lain..

Then otw nak ke Wonderland.. jumpa Pink Panther kat Hollywood Dream (^_^).


The Pink Panther


Okey last.. kita masuk Wonderland. Nak bawa Che Yam main.. dia pun dah terjaga semula nie.. Tapi Mama dan Macik jer layan Yam.. Kami yang lain dah x larat dah.. huhu


sampai Wonderland, terus menari dgn Snoopy and Frenz..

Penat.. melepas lelah selepas menari


di Sesame Street

Hello Kitty Town

Di depan Universal Globe


6.45 pm keluar dari USJ.. Niat nak ke Dotonburi dibatalkan sekali lagi.. So comfirm x dapat nak rasa Pablo Cheesecake bau Osaka.. Nanti kita cari di KL sahaja.


Balik jom.. Minna kairo..


Semua dah penat.. adalah lebih baik jika balik ke rumah terus.. Sampai rumah, kita masak nasi goreng tuna super duper hot.. dan tomyam udon, topup dengan sambal garing bilis yang Radie bawa.. Seriously x cukup (^^").

Lepas makan dan berehat sebentar, perlu kemas beg.. Esok kami dah nak ke Tokyo.. Jya ne, Osaka-Kyoto.. Mata au made.


Malam baru aktif, budak Harry Potter nie..



TIPS kalau nak ke USJ lagi (Kalau-lah)
  • Di bahagian belakang Hippogriff ride, ada Hagrid's Hut and Buckbeack.. 
  • Dalam kedai Dervish and Banges ada simpan The Monster Book of Monsters.. Tak sempat meronda sepenuhnya WWoHP.. Dah balik Mesia, baru tahu (-_-).
  • Waktu malam, nak lepak di WWoHP pun ok.. Cantik view.. dan kalau tak sempat masuk waktu pagi, boleh ambil Time Tickets untuk enter lepas pukul 12.30pm
  • Jangan lupa ambil Switch-child Ticket jika bawa anak kecil, supaya boleh bergilir jaga dan naik ride.
  • Boleh walk around the castle di WWoHP without queueing for the Forbidden Journey.
  • Butterbeer ada 3 jenis, cold Butterbeer; available all year round, frozen Butterbeer; during summer only dan Warm Butterbeer masa time winter sahaja.
  • Boleh minta sticker dr para staff di sini
  • Lebih baik ambil single ride queue.. Unless ride tue memang the most thrilling and popular one.. 
  • Selasa, Rabu dan Khamis adalah hari paling tidak sesak.. Hari Isnin selalunya, cikgu² suka buat rombongan sekolah ke USJ.. (^_^)v
  • Beli tiket USJ online lebih mudah dan cepat..
  • Boleh join menari setiap kali parade (jika mahu (^_^)..)
  • Lain-lain boleh rujuk di USJ Service Guide.


#sisterstrip #cheyamjalanjepun



Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...