Memaparkan catatan dengan label Jalan² Sambil Kerja. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Jalan² Sambil Kerja. Papar semua catatan

Ahad, Ogos 06, 2017

Malacca Jalan² Foodie Trip II


@Melaka Street Art


Projek "Malacca Jalan² Foodie Trip" di sambung untuk season ke- II (^^").. haha taklah.. sebenarnya, menumpang fara nie. Dia ada kerja skit kat Melaka. Alang² boleh-lah sambung jalan² cari kedai makan viral di Melaka lagi..


02 Aug 2017 [WED]
Gerak ke Melaka, hari Rabu pagi. Sampai je, terus cari kedai asam pedas. Fara ajak try kedai Asam Pedas Claypot 2 di Kota Damansara.. Sedap asam pedasnya.. aku try asam pedas daging tetel, fara ambil asam pedas ikan pari..


Asam Pedas Tetel & ikan Pari


Then baru kami pegi check in hotel.. kali nie booked Taipan Boutique Hotel. But since ini adalah jalan² sambil kerja bg Fara.. dan aku hanya tukang teman dia kat sini.. maka aktiviti jalan²nya adalah sangat limited (^^,)

Bosanlah kalau merayap sensorang.. Dahlah aku nie buta jalan (^^").. so lepak bilik jer. Tapi tetiba, perut duk merengek nak kuih keria antarabangsa.. Maka terpaksalah turutkan..

Since hari nie hari khamis.. maka x ramailah orang beratur.. dapatlah merasa kuih keria viral nie.. dan alang-alang dapat beli, maka belilah lebih skit.. boleh share dengan Fara nanti..


Tempting tak? (^^")


Mujurlah kedai Hj Jalil terus jer dr hotel.. kalau tak, mesti sesat barat (^^').. Oh!.. nak makan kuih nie, jangan makan time panas² masa baru lepas angkat.. tunggu sekejap, beri gula dia betul² keras dulu then baru ngap..

Seriously! Tak akan berpaling lagi! (^__^)


Dah dapat kuih, balik bilik semula.. Sampai jer bilik, Fara text.. suruh siap², dia nak ajak keluar, pergi Masjid Selat (lagi sekali..). Nak tengok matahari terbenam, katanya.. so lepaklah kat sini, sampai Maghrib..


Masjid Selat

With eonni² dr Korea (^_^)


Then, misi #jjcm pun bermula.. mujur Fara pandai cari jalan² di Melaka nie.. Kata Fara, Melaka kecik jer pun, x sempat nak sesat dah sampai semula ke hotel.. Awak cakap senangla.. Orang yg xder sense of direction cam I nie? (^^')

Okeylah.. nie jer sempat dicuba untuk malam nie.. Hari dah malam, tak bleh nak try makan macam²..


Ee Ji Ban Halal Chicken Rice Ball

Roti John Tarik Mael Lambong



03 Aug 2017 [THU]
Ermm.. pepagi buta lagi fara dah ajak cari breakfast.. Kalau lambat, karang dia lewat plak masuk kerja; so bergegaslah kami ke gerai Roti Canai Kayu Arang nie.. Tapi awal sangat sampainya, makanan pun x berapa nak variety sangat..

So, kita sarapan mana yang ada jer (^_^)..




Habis breakfast.. sambung melepak dalam bilik.. Pastu dalam tengah hari, Fara call suruh cepat bersiap.. nak ajak makan mee sup di Restaurant Sup Lembu Tangkak.

Kedai yang terletak di Jalan Laksamana Cheng Ho, Melaka Tengah nie memang famous.. Ramai orang datang cari. Sup dia memang super-duper sedap..  Sila order mangkuk besar terus, barulah puas hati.



Sup bebola daging + mee sup daging dan perut dll


Sudah lunch, kami balik hotel.. fara masuk kerja semula.. Then pkl 4.00 pm camtue, aku keluar pg beli keria sira gula melaka lagi sekali (^^').. tp kali nie, beli kat kedai hajah pula.. Saja nak rasa.. sama ke tidak..

Pukul 6, baru keluar semula dengan Fara.. Jalan² area street art; Sungai Melaka dan Jongker Walk.


Melaka Street Art

Sepanjang sungai..

Another side of the Sg. Melaka..

Hotel Puri

@Jongker Walk..

Inside the Mamee Store..



04 Aug 2017 [FRI]
Hari nie.. lagi sekali kami keluar seawal pagi.. fara kata selain sbb dia nak masuk kerja pukul 9, kedai yang kami nak pergi nie, ramai orang beratur.. so bergegaslah kami ke gerai Mee Goreng Pak Hassan..

Kat sini.. diorng panggil Mee Bodo.. sbb Pak Hassan goreng mee nie tanpa rencah.. sambal semata.. tapi sedap (^_^)v.. Nak makan kat sinie, cara dia.. beratur untuk amik sambal + timun hiris dan telur mata..

Then, cari meja.. baru order nak pinggan besar ke biasa.. dan order air. Kalau nak tapau, perlu order kat kaunter lain. Seriously.. sila order pinggan besar terus.. sbb nanti nyesal (^^,).. sambal pun, minta extra tau.


Sila tambah cuka dan kicap untuk extra kick


Nampak tak orang beratur kat belakang tue? Mujur kami sampai awal.. (^_^).. Kalau tidak.. nangeslah nak beratur panjang camnie..


Selesai makan, kembali ke hotel.. perlu berkemas sbb nak balik dah.. cukuplah tiga hari #jjcm di Melaka nie.. Tapi dalam pada cukup tue, sebelum gerak balik, sempat lagi kami kembali ke Jongker street.. hahahaa..

Kitorng nak makan cendol Jongker 88 dan mochi durian + durian crepe dr kedai Durian Cottage tue!!! Semalam dah tutup kedai dia.. (^_^)


Sedap! Amat!! Walaupun x comel membungkusnya.. (^^')

Nie pun sama..cendoi dan sagu gula melaka.. Mabbeles!


Kami x singgah makan di kedai.. beli tapau then makan dalam keta sahaja.. sebab parking kat tempat bukan parking; takut kena saman.. lagi pun ramai yg pesan; Don't Mess with Melaka..  (^^")

Maka berakhirlah sudah #jjcm Melaka kami untuk kali ini. Semoga boleh datang singgah dan makan² lagi di masa akan datang.. InsyaAllah..




Sabtu, Oktober 15, 2016

JJSK: Cyberjaya, Putrajaya & KLCC


Big Bob Burger + Coffee, Cyberjaya


Last Wednesday, ada kerja skit di Putrajaya.. So sesambil tue, melepak sat area Cyberjaya, dengan Sharuna.. atas kekangan masa dan x dapat nak lepak lama, kami hanya lunch di Big Bob Burger + Coffee nie jer..


BBBC @Dpulze Shopping Centre, Cyberjaya


Then.. ingat nak window shopping jap dalam mall tue.. tapi, muhammad dah calling².. tanya kami dah ada kat mana (^^").. Makanya, harus bergerak ke Putrajaya se-segera mungkin..

Perlu bentang proposal di KPT.. dan dengar perbentangan projek dari beberapa kompani.. itu-ini, itu-ini.. around 6.00 pm juga kami di sini.. Then Muhammad ajak lepak² minum coffee jap before balik.


Sharon, Muhammad and Me

Sementara menunggu giliran..

Takde kerja.. (^^")..

I 've to break off with you, Mr Diet.. This Chocolava is so alluring..


Selesai sudah kerja hari ini.. Muhammad balik rumah dia, dan kami pun bergerak menuju ke pusat bandar, check in hotel (Le' Apple).. esok baru gerak balik Pekan..

Malam nie kita jalan-jalan ke KLCC.. (^_^)v



Pertunjukkan Lampu dan Air Pancut @Suria KLCC

KLCC @nite..


OK. Dah.. Jom Balik (^_^)..



Jumaat, Jun 17, 2016

Lake Kenyir Resort, Taman Negara




Bulan puasa boleh pegi bercuti pulak (^^").. Hehe.. temankan Fara ke Kenyir jap.. Ada kerja luar katanya.. since aku pun perlukan ketenangan, maka tumpang sekali hotel dia (^^,)..

So kami ke Lake Kenyir Resort nie.. tapi tidak lah sampai naik boat round tasik. Just lepak dalam bilik, sambil study class materials next sem. So nie beberapa gambar yang boleh dikongsi dan disimpan dalam cloud..


Kawasan parking kereta..

Kandang rusa..


Resort nie dia mcm isolate skit.. setiap rumah inap dia pun jauh-jauh letak antaranya.. Dari tempat parking kereta nak ke main building/ check in kaunter pun kena naik buggy..

So, bila sampai sini.. boleh call buggy service minta diorng datang amik kita bawa ke main building..


Model buggy Lake Kenyir Resort..



Cantik sebenarnya tempat nie.. tapi tuelah.. tersorok sangat.. Sunyi jer masa kami sampai kelmarin.. Ke sebab bukan cuti sekolah?

.. dan bulan puasa? (^^")..


Anak batu bersurat akhirnya ditemui (^^")..

Bilik C309..

Main building di waktu malam..



Hari first dan kedua lepak dalam bilik.. Memula nak keluar jenjalan belah petang, pegi main kayak kat tasik ke.. Sekali hujan pula.. so sambung baca buku dalam bilik sambil ditemani enggang tunggal di luar beranda..

Esoknya.. before Fara pegi kerja.. barulah kami berkesempatan jalan-jalan sekitar resort dan ke jeti tasik nun di bawah sana..


Morning walk..


Jauh juga perlu berjalan dari bilik ke jeti kat bawah nie.. Adalah dalam 20-30 minit berjalan jalan kaki.. Tapi nie bukan main jeti rasanya..

Sebab ada nampak macam jeti besar skit di main building sana..


Jeti kecil tepi tasik..


Lepak² sat kat sini.. sambil duduk juntai kaki ke dalam tasik.. Lepas bangkit baru terfikir.. Orang kata Tasik Kenyir banyak ikan toman besar²  (^^")..

Nasib baik tak hilang jari kaki.. haha


minna kairo!


Since hari pun dah nak pukul 9.00 lebih.. Fara ajak balik bilik.. Lagipun dia nak settle-kan skit jer lagi kerja²  dia..

Begitu sahaja percutian jalan² sambil kerja kami.. Maybe next time bleh bawa mak ngan bah.. Then ajak Maryam, Mama dan Abi Maryam jugak.. Bleh mandi kolam ramai² (^_^)..



Jumaat, Disember 04, 2015

MRCIE'15 @UniKL-MITEC, Johor




Kami join another exibition.. kali nie di Pasir Gudang, Johor pula. Exibition MRCIE 2015 anjuran UniKL-MITEC nie berlangsung selama dua hari.. dan ini activiti kami selama berada di sana..


MRCIE'15 Day 1


dlm kereta.. menuju ke UniKL-MITEC

Wakil dr Faculty of Business; DRB-Hicom University

Getting ready.. siapkan booth dan diri (^^.)

Hanis dan para judges-nya..

Dayah bersama juri yang mengadili


Group kami selesai awal kali nie.. bila dah lega sbb dua² juri dah dengar presentation kami.. maka masa untuk berlegar² melihat booth peserta² yg lain.. (^_^)..

Ramai juga penyertaan dan banyak juga innovation yg hebat².. Tapi malas nak ambil gambar.. (^^')..


Mai join delegasi kali ini - tq for ur support!


Oh!.. tp group FOE.. masih belum selesai urusan penilaian project diorng.. so kami terpaksa menunggu sehingga pkl 6.30pm..


last project yg dinilai oleh juri..


Since dah lewat sgt.. maka terus ke Pantai Senibong untuk makan malam.. katanya Kg. Senibong nie antara hot-spot utk makan seafood (^_^).. Mmg terbaik!


our dinner tonite (^_^)


Lepas makan.. cadangan asalnya, balik homestay, refresh dan keluar semula.. around pkl 11.00pm camtue.. sbb diorng nak bawa pegi Pasar Karat, Danga Bay dan kilang batery..

Tapi yerlah, bila dah sampai homestay.. dah salin uniform tido.. pastu nak lelap 'sekejap' before keluar semula.. mmg xder maknanyalah (^^")..

Keylah.. nak share skit gambar² di Senibong..




Hi Singapore (^_^)



MRCIE'15 Day 2

Hari yg indah (^_^).. kami bergerak semula ke UniKL-MITEC dgn hati penuh harapan.. Hari nie ada juri tambahan yg akan menilai project² kami.. hati berbunga girang.. special award kah?




Haha.. harapan lah kan (^^")..

Lain pulak konsepnyer exibition kali nie.. Daripada tujuh penyertaan yg dibawa, hanya 3 yg dpt awards.. Project kami x menang apa² (-_-).. Penilaian para juri sgt ketat maybe..

Tapi bergambar dgn happy adalah satu kemestian..


kami di MRCIE'15

Geng FOB + Suriani..


Untuk mengubati hati yg lara dan kecewa.. maka kami menuju ke JPO.. Johor Premium Outlet. Cuci mata.. dan ini merupakan slh satu meditasi bg mengurangkan stress (^^")..


Johor Premium Outlet


Tapi dlm banyak².. kami hanya memborong di Victoria Secret jer.. Selepas dua jam di sini, kami ke Stulang untuk makan malam..

Rajin sungguh tourist guide kitorng nie bawa kitorng jenjalan JB. Katanya lepas makan bleh cuci mata di pasar karat pula (^_^)..


kami yg dah keletihan


Hari nie makan ala-carte jer.. x larat la hari-hari makan seafood (^^").. Then lepas selesai makan.. bergerak ke pasar karat yg sering diperkatakan dek semua..

tapi.. dlm keadaan penat, mata pun dah kuyu.. tempat yg happening pun boleh jadi mandom (^^,)..


Pasar Karat JB


Tapi cuba tgk kami jumpa siapa.. Ustaz fariz (^_^).. Seronok dia yer dapat duduk JB. Makin sihat, yelah jadi big boss mestilah happy sokmo (^^,)..





Berakhir sudah kisah jalan² sambil kerja kami di johor.. Esok balik Pahang.. sabtu jgn buat² lupa pulak.. sila dtg kerja (^_^).. Jya ne~


//x sempat makan kacang pool (^^")..



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...