Jumaat, September 14, 2018

Temasik Trip: Universal Studio Singapore




1 Sept 2018 [SATURDAY]
Hari nie kita berjimba-jimba di USS. Punyalah berkobar² nak bermain, awal giler sampai sini. USS buka pukul 10.00 am.. Kitorang, pukul 8.45 am dah sampai depan gate (^^")..

Actually x sangka juga sampai awal.. sebab kalau naik train.. lewat sikit sampainya.. kebetulan pagi tadi tetiba terfikir nak ambil grab. Murah pun murah.. so buat apa bersusah² turun naik train (^_^)..


sampai di Mall


Oleh kerana sampai terlalu awal, mari kita bergambar beramai² di luar USS dulu.. Biar sampai ke patung merlion dan signage Sentosa sana (^^")..


Tak sabar nak masuk USS..

Candylicious

Che Yam dan Ade..

Festive Walk..

Aman Sentosa.. Lengang tak berorang (^^,)


Okey.. jom kita masuk (^_^)v..


Since Iffah dah pernah ke sini, dialah tourist guide kita untuk hari ini (^_^)v.. dan adalah wajib untuk mencuba semua yang berikut:

  • Transformers the Ride: The Ultimate 3D Battle 
  • Battlestar Galactica: Human vs. Cylon - Cylon lagi best
  • Accelerator 
  • Revenge of the Mummy - Thrill roller coaster 3D ride
  • Jurassic Park’s Rapid Adventure 
  • Canopy Flyer 
  • WaterWorld - A live stunts show 
  • Madagascar: A Crate Adventure - untuk bawak anak-anak 
  • Shrek 4D Adventure - theater best 
  • Puss in Boots' Giant Journey 


Sedikit lengang.. (^_^)


USS tak seperti di USJ.. pukul 8.00 pg orang dah beratur berlingkar-lingkar. Time terbuka jer gate.. semua orang siap berlari, berlumba-lumba nak ke Harry Potter..

Kat sini, rasa macam tak berapa nak ramai.. ke kami yang sedikit awal? (^^")..



With the Autobot.. which we don't know the name (^^")

Transformers.. More than meets the eyes..


So.. first yang kami serbu ialah Sci-Fi City; nak naik Transformers the Ride: The Ultimate 3D Battle.. Kami antara yang terawal.. so dpt main awal.. but then, nana dan iisyah perlu tunggu anak.. lepas tue baru diorng pula main.

erm.. USS nie macam takde child switch system dan single ride sangat.. diorang lebih suka kalau pengunjung beli express pass..



Battlestar Galactica


Bersebelahan dengan Transformers, ada Battlestar Galactica: Human vs. Cylon. Iffah kata Cylon lagi best berbanding Human.. then ada Accelerator juga berhampiran.. Tapi dua-dua kitorng x nak try (^^")..

Lepas Transformer ride, Uda, Iffah dan Iisyah nak naik Revenge of the Mummy - Thrill roller coaster 3D ride area Ancient Egypt.. So biarlah diorng.. Aku dan nana boleh jaga anak (^_^)v..

Tapi macam lama la pula diorng nie.. So kami bawa anak-anak gerak kembali ke area New York.. ada dancers performed brakedance show.. Habis jer show, bebudak nie pun habis main ride the mummy..



The Entrance..

Ancient Egypt..



Seterusnya kita ke The Lost World, for Jurassic Park’s Rapid Adventure.. Naik rakit bulat keliling lost world.. Untuk yang nie, confirm akan basah.. Kalau duduk bahagian tepi bukaan rakit boleh basah lecun.

Ramai yang pakai poncho.. and kalau pakai kasut dan stokin, boleh buka, then sorok/duduk atas kasut dan stokin.. so bila air masuk rakit, taklah basah (^_^).. Kalau nak bawa phone, make sure ada waterproof phone pouch.


Kami yang di dalam


But then tak perlu risau sangat kalau pakaian kita basah, sebab ada disediakan drying pods di luar pintu exit rapid ride nie..


The drying pods

Beware of the T-Rex (^^")..



Untuk Jurassic Park’s Rapid Adventure ride nie, nana tanak naik.. Dia kata dia boleh tolong tunggukan anak-anak di luar..


Nana dan anak-anak yang di luar..

Che Yam dah bosan menunggu..


Baru perasan.. Nana pakaikan Yam baju ala-ala park ranger lost world. Hari tue kat USJ kitorng pakat pakaikan baju Harry Potter Gryffindor kat Yam..

Nie memang plan ke, kebetulan nie? (^-^).. Patutnya kita pakaikan Che yam seluar cargo colour khakis, sengseng sebelah kaki macam selalunya, dan topi safari satu (^^').. Barulah ngam.

Next time, insyaAllah (^_^)..



Lunch di Oasis Spice Cafe..


After ride, masing-masing dah lapar.. so kami kembali ke Ancient Egypt untuk lunch di Oasis Spice Cafe. Ada beberapa restaurant dan cafe yang jual Halal food di sini.. so x perlu bimbang (^_^)v.

Di Oasis Cafe ada beberapa pilihan menu seperti mutton masala, butter chicken or chicken grill with spices-rice. Dan potion dia banyak.. boleh share jer dua orang dewasa untuk satu set hidangan..



Waterworld..


Selepas menjamu selera, kami patah semula ke Lost World dan sambung round USS.. Since baru lepas lunch, so tak boleh nak naik ride yang berat² dan thrilled.. So kita ke Waterworld Live Show jer.

Yang nie pun menarik juga.. Boleh saksikan live action water war stunts show. It's quite fun.. Kira  rugi jugalah kalau terlepas.. dan penonton² yang duduk di front rows, sila pakai poncho.. sebab ada scene simbah² air (^^')..

After all kami terhibur (^_^)..



Jurassic Park..



After the show.. kembali ke Ancient Egypt area, ada surau di belakang locker room di situ. Surau yang selesa, cuma kecil sedikit, jadi perlu bergilir..

Then sedar².. hari dah nak masuk pukul tiga..


Lost in Lost World



Next kami ke Far Far Away.. Area nie, banyak juga game dan rides untuk budak dan kanak².. ada Donkey Live in concert; Shrek 4D Adventure Movie/Theater; Magic Potion Spin dan Puss in Boots' Giant Journey..


Tapi masa agak suntuk, so kami bawa Maryam + Baby Naura tengok Shrek 4D Adventure jer.. Yang nie memang best. Wajib pergi. Cheyam sangat terhibur, gelak besar dia bila seat bergerak².. (^^,).

Dan bagi yang bawa baby, atau anak tengah tido atau ada sakit belakang, tengkuk yang teruk.. Pihak USS ada sediakan seat yang tidak bergerak.. So boleh pilih ikut keadaan, keselesaan dan keperluan masing². Free seating (^_^)..


Princess Fiona's Castle

Beratur untuk Shrek 4D Adventure..

Fairy Godmother's Potion Cafe and Shop



Selesai di sini.. ambil² gambar sekejap, then berpecah, sebab Iisyah nak main juga Galactica. So dia sorang ke sana, Iffah dan Uda jagakan Naura dan Yam.

Aku dan Nana pula, tetiba rasa nak try Puss in Boots' Giant Journey, sebab nampak macam tak berapa nak thrilled sangat. Ramai jer budak² yang naik ride nie (^_^)..


Puss in Boots' Giant Journey Ride

Enter the giant realm..


After that kami ke Shrek's swamp.. Then nampak ramai orang tengah beratur nak bergambar dengan Shrek dan Princess Fiona. Kami pun bergegaslah ke sana, tapi terlewat sikit..

Diorang dah close untuk photo session. Tak dapat nak join beratur dan bergambar dengan Shrek dan Fiona.. so Che yam bergambar dari jauh jer..


Itupun dah buat yam rasa happy.. (^_^)

Shrek's Swamp..



Dari Far Far Away land.. kami kembali ke Hollywood area.. Then nampak Bumblebee and Optimus Prime ada buat meet and greet juga, macam shrek tadi.. dan kali nie, kami sempat beratur.. Kami orang terakhir.. (^^")..

Tapi masa sampai tue, Bumble Bee dah nak balik.. Jadinya, hanya dapat bergambar dengan Optimus Prime sahaja..


Bumblebee dan Optimus Prime

(-_- )..

Che yam sibuk nak memandang Abang Autobot..


Diorang keluarkan dan buat sesi meet and greet nie, nak dekat² sama waktunya.. Hampir serentak. Tak bestlah macam nie, sebab tak dapat nak bergambar dengan banyak character..

( -_-) Frust sikit..



Madagascar..


Pastu nana ajak kami semua main last ride di Madagascar. Ada slow boat ride yang boleh bawa Che yam dan Naura naik sekali.. Madagascar: A Crate Adventure.

Mujur budak² nie tak tido (^_^)..





Habis jer main boat nie, nampak Alex, Gloria dan King Julian di kawasan lapang berhampiran Gloria's Snack Shack..

Diorng baru lepas buat Madagascar Boogie show rasanya then ada photo session juga.. Terus bawa Yam dan Naura beratur untuk bergambar (^^,)..


with Alex and Gloria

With the escapees from the Central Park Zoo



Dalam pukul 6.00 pm kami mula bergerak keluar dari USS.. Dari pagi sampai tutup kami di sini.. mujur sampai pukul 6.00 petang jer.. kalau pukul 11.00 malam? Mau tido sini agaknya (^_^)..


Di sekitar Hollywood and New York Area..

Minna Kairo!..

Universal Studio..

Last pics di globe USS..


Cukuplah rasanya seharian di USS nie.. Kita ke pantai pula sebelah malam nie.. Nak menikmati pertunjukan lampu Wings of Times pula..



WINGS OF TIME
Dari Waterfront St, perlu ke Beach St.. Kami gunakan kemudahan train yang telah disediakan. Ianya percuma untuk semua pengguna Sentosa Island. Dari Beach St, perlu turun sikit ke bawah, then ada penunjuk arah untuk ke pantai.

Sebelum tue, kami redeem makanan dan goodies dari Fun Shop.. Dapat voucher dan free kupon masa beli tiket untuk Wings of time nie tadi. Then barulah menuju ke lokasi pertunjukkan..


Dalam train dan pintu masuk..

Ambil tempat masing²..

Makan² sambil tunggu show nak start..

Awesome show..


8.40 malam show tamat, dan kami pun mula bergerak balik. Since nak balik naik train, maka perlu patah semula ke Vivo City MRT St., then turun di Chinatown St., tukar train sebelum ke Bugis St.

..Alhamdulillah sampai hotel pukul 10.00 pm..


Sampai hotel..


Dan sampai hotel baru rasa lenguh kaki.. masa berjimba² siangnya, tak ingat dunia (^^").. Penat rupanya berjalan jauh² ni (lebih 20 ribu langkah).. Then dalam cuaca panas pula.. Kalau sejuk, kurang sikit sakitnya..


//Dah boleh cross off my wishlist and put the fridge magnet on the map (^_^)..



1 ulasan:

NedLi Sakurai berkata...

ok. Done Follow (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...