Rabu, September 07, 2005

Cabaran Nenggiri





[30 Aug 2005] Day 1 : Aku, Mereka & Keretapi Tanah Melayu


Sampai kat KL Central dlm kul 7.40 camtue, x ramai yg berkumpul kat sinie, yg ader cumer, aku, hyunck, jebatz, syuk, eijam dan azma jer. Nanti on the way, bebudak lain akan naik dr kajang dan seremban.

Sesambil tunggu slide, borak² dulu ngan amoi ( peserta yg x dpt ikut, sbb bos dier tak kasik cuti (^^!).. ) tp sampai sudah slide x muncul².. so kitorng naik ketapi dlm kul 8.00 camtue..

Lepas letak² beg semua sambung borak, sambil mata menjeling² manja kat kek ceklat atas meja (^^!!).. tp kena tunggu besday boy dtg dulu. Then ketapi berhenti kat kajang, amik pojan, exs, wawa, aida, abg fizal dengan farid Carmill...

Pastu benti kat seremban laks, amik sham dan anoy. Walaupun cumer 12 org jerk, yg berkumpul malam tue, tp mmg bleh gegarkan suasana.. keretapi skit lagik nak terbalik dek suara bebudak nie main declare. Pakcik² kat belakang tue duk jeling² jerk. (ya ampunnn pakcikk!!..~(^_^)v~..)

kira happening gak ah malam tue walaupun keretapi sempit, tp asyik kehulu-kehilir.. lepas jenjalan, gi makan, pastu balik, pastu sambung main declare , pastu jenjalan , pastu pegi café.. mmg x duduk diam… (^.^)v

Dlm kul 12 camtue kitorng buat surprise party untuk sham (walaupun rasanyer x berapa nak surprise sbb sham dah nampak kek ceklat tue awal²..(^^!)..) tp kira surprise jugaklah.. nak² buat kitorng semua nieh. sbb rasanyer inilah first time sambut besday org dlm keretapi..



Pics 1: Dlm keretapi menuju ke Gua Musang


Memula ingat nak ajak nyanyi dan joget² atas keretapi ala-ala shah ruk khan dlm citer Dil Se (Cahl Chhaiyya Chhaiyya, Chhaiyya Chhaiyya!.. Cahl Chhaiyya Chhaiyya, Chhaiyya Chhaiyya!!! ) tp macam dah lewat malam sgt lagik pun mata dah ngantuk giler.. so masing² carik port dan tido.. ( wawa dan aida dah lena awal² dah..)

Terjaga dlm kul 4.00 pg camtue.. sbb dengar bebudak nie dah mula bersuara dan ajak main declare.. ( maybe x berapa selesa tido sambil duduk, kaki xleh nak melunjur..(^_^)..) then dlm kul 4.50 sampai Gua Musang.. Masing² pakat nak lepak masjid.. leh solat subuh dan qada’ tido kami yg tak lena dlm ketapi tadi (^^,)



Pics 2: peserta-peserta xpdc


Pics 3: Menuju ke Pekan Gua Musang


.:________________________:.



[31 Aug 2005] Day 2 : Cabaran Nenggiri bermula - Mari Membuat Rakit Tayar


Dlm pukul 7.30 masing² bergerak semula ke stesen ketapi Gua Musang, sbb Abah dah Lama menunggu kami di sana. Lepas beli sarapan, kami mula memunggah beg dan diri memasing ke dlm lori.. (^^!!)



Pics 4: Naik lori untuk ke rumah Abah


Dalam 20 minit, kami pun sampai di rumah abah (rafting guide kitorng) Selepas sarapan dgn bekalan masing².. kitorng bersiap² untuk bergerak ke Kg Kuala Betis.

Memula tue ingat nak tunggu kak G kat rumah abah, tp lambat la plaks kak G sampai.. so kitorng pun bergerak dulu, Jebatz dan anoy akan menyusul kemudian. Lagik pun diorng kena beli brg² keperluan lain lagi..



Pics 5: Di rumah Abah


Dlm pkl 9.15, lori yg kitorg naik mula bertolak... macam nak terbalik kat dlm tue. Pacik lori tue macam x ingat yg kitorng ader kat belakang, tp takperlah.. nak berakit punyer pasal.

Dlm hati, rasa cuak jugak biler pk nak gi berakit nie.. betul ke aku nak buat kerja nie? dan maybe masing² pun tgh berkira² ngan hati memasing.. so sepanjang perjalanan ke kg kuala betis agak sunyi.. cumer disulami borak² kosong sekali-sekala..

Dlm kul 10.00 pagi camtue kami sampai di kg kuala betis.. tanpa membuang masa , punggah² barang kuar dr lori dan kami mula memuat rakit.



Pics 6: 3 buah rakit perlu disiapkan segera


Dgn bantuan dr salah sowang rafting guide kitorng, (cikgu man) dan dua-tiga org pembantu cikgu man, 3 buah rakit berjaya disiapkan dlm masa yg x sampai 2 jam.

Then lepak² sambil buat final check rakit kitorng, kot² ader yg silap ikat. Selang tak lama, abah, jebat, anoy dan kak G pun sampai. Dlm kul 12 lebih camtu.. kitorng lunch dan dgr taklimat ringkas cara² mendayung dan cara² menggunakan dayung.

Then Kitorng dibahagikan kpd 3 kumpul.. masing² ader 5 peserta dan 2 guide.

Group I : LANUN :Syuk, Pojan, Farid Carmill, Kak G dan aku.
Group II : SURAU :Exs, Abg Fizal, Azma, Eijam, Hyunck.
Group III : 3R :Jebatz, Sham, Anoy, Wawa dan Aida.

Dalam pukul 2 ptg kami mula berakit. Tempat sasaran (check point pertama) ialah Gua Char. Oleh kerana hari pertama, jeram pun x banyak so xpdc kami kurang mencabar, mood santai bak kater syuk.

Dlm pukul 5.15 ptg, kitorng sampai di Gua Char. Masing² letih giler. Maybe sbb x cukup tido dan masih dlm keadaan terkejut; al-maklumlah, tetiba jerk diorng kater kena berakit gak hari nie. Ingatkan nak start hari esok.

Then.. lepas punggah² barang.. dan bersih²kan diri, bebudak pompuan dah start masak² untuk makan malam. Menu malam nie.. Nasi beriani, ayam masak madu, sayur kobis goreng dan air teh O panas. Macam lauk org kawen la plaks kan.. (^^!) sapa kata dlm hutan xleh masak sedap²? (^-^)v



Pics 7: Lepak-lepak di Tapak khemah di Gua Char


Lepas makan smlm, tetiba pojan kejut ajak pindah tido tempat lain. Lagik pun diorng nak buat sesi suai kenal kat bawah batu lindungan tue.. so dgn terpisat²nyer, aku gerakkan diri sambil mengikut pojan dr belakang.

Semua org macam dah mengantuk giler (akulah yg paling ketara mengantuknya).. tapi, masih ader yg masih gagah mendengar penerangan dr abah dan guide² bertauliah tue. Kater abah, kalo nak berakit esok, kena ikat seluar.. kena ketatkan life jaket… zzzzzz

then.. abah sambung lagik, sejarah gua char.. nie.. ader kubur org paleolitik semua.. pastu aku tertido semula.. sedar².. semua org dah perkenalkan diri.. pastu bangunlah kejap kenal²kan diri aku yg tgh kemamaian tue..

Lepas abis sesi bercerita dan suaikenal.. masing² mula nak tido. Takder yg tergerak hati nak main kad, atau cap kalicap mahupun seven up lagik kot.. sbb terlalu letih. So mmg lena giler tido malam tue.

Dan oleh kerana aku tido awal giler malam smlm.. aku terjaga tgh² pagi. Semua org tido (kecuali aida ngan azma.. diorng kater diorng takleh nak tido, tp x perasan ah diorng x dpt tido pagi tue sbb terjaga pun dlm sleeping beg) pastu selubung diri leklok semula.. dan sambung tido..



.:________________________:.



[01 Sept 2005] Day 3 : Cabaran Nenggiri diteruskan – Cekodok Segera Pojan..


Sedar² dlm kul 6 kot... Semua org tgh sibuk² bersiap nak solat.. Lepas pusing² kejap. Kemas² sleeping beg semua, kitorng turun untuk siap²kan sarapan. Mana yg masih x puas tido, ader yg sambung balik..

Dlm kul 9.00 masing² turun untuk sarapan.. dan siap² untuk mulakan aktiviti seterusnyer. Makan² reramai, borak² kosong sesambil berkemas dan punggah barang atas rakit semula.


Pics 8: Ekspidisi diteruskan …


Dlm pkl 12.45 kitorng sambung berakit balik semula. Kali nie abah kater jeram tue lebih mencabar berbanding smlm. Tp masih blum sampai jeram grad A.. setakat B+ jerk. Tp dlm grad B-grad B pun, kumpulan Lanun bocor satu tiup. (^^,)

Masing² dah cuak.. camner nie, camner? Nanti kiter tenggelam.. tp abah cool jerk.. “takper.. takper.. dah sampai darat karang kiter tukarlah”, kater abah dgn selambanyer.. so kitorng pun teruskan jugak, walau rakit hampir senget sebelah.



Pics 9: Berhenti sebentar untuk menukar tiup


Pics 10: Masa untuk kembali berakit


Pics 11: Kumpulan LANUN


Selepas baiki tiup yg bocor, perakitan diteruskan lagi. Group 3R dah x kelihatan.. pastu abah kater.. diorng maybe singgah amik buah² kat kebun kot.. so lega skit. Bimbang gak, takut diorng tersangkut kat memana.

Then, biler nak sampai kat Jeram Kalong kitorng berlepas satu-satu, sbb jeram nie agak sempit skit, kalo bergerak serentak, bleh terbalik rakit dibuatnyer. Lagik pun, kami nak masuk kamera ..hahahh (^_^il)..



Pics 12: Cabaran di Jeram Kalong


Kami terpaksa menunggu Group 3R sebelum meneruskan perakitan... Dlm 30 minit kemudian, Group 3R pun sampai. Tp sayang ah.. diorng x masuk laluan yg sepatutnyer.. so x nampak cantik sangatlah masa turun jeram tue… huhu (‘.^ )

Pastu sambung berakit, menuju ker Kuala Jeneral.. but b4 that perlu amik air bersih kat Pasir Lian kejap,buat masak malam nanti.Then.. selepas 4 jam berakit, selepas bermacam² adegan tolak menolak di atas rakit, berkaraoke secara hentam kromo, dan simbah menyimbah, kitorng pun sampai lah di kawasan Check Point ke-2- Kuala Jeneral



Pics 12: Tapak khemah di Kuala Jeneral


Kali nie, group abah & the geng yg masak. Org pompuan relek skit. dan oleh kerana otai yg masak daging kari malam nie, so memasing makan sehingga menjilat jari kaki(^^!!).

Then diorng sambung ngan sesi suai kenal dan game² dr geng abah. Oleh krn si talib a.k.a Farid_Carmill_7 Perjeraman dan sham, belum memperkenalkan diri memasing lagi smlm.. so dedua jadik mangsa buli kami.. hohoho(^o^)

Erm. walaupun baru lepas hujan lebat, tapi panas semacam. Lepas masing² masuk dlm khemah induk, abah bukak cerita pasal petua² kalo masuk hutan. Sesambil tue, ader gak citer² misteri nusantara di selang-selikan.

Then sesi bercerita tamat dlm pukul 11 camtue. Masing² bawa diri memasing. Ader yg berborak , ader yg makan cekodok, ader yg tgk bintang ader yg main declare dan ader yg masuk tido (akulah tue.. (^^i)..) Tp masuk jer awal.. tidonyer lambat gak.(^^!l)

.:________________________:.



[02 Sept 2005] Day 4 : Cabaran Nenggiri di Jeram Berhala - Perang lumpur!!!


Pics 13: Seawal matahari mula meninggi di Kuala Jeneral


Pagi nie bangun dgn segar sekalik. Masing² bergegas-gegas menjalankan tanggungjawab memasing. Then pagi nie diorng masak mee hoon goreng . pastu diorng masak sekalik untuk lauk tengah hari nanti. Sbb karang kitorng akan singgah darat kejap untuk lunch kejap.

Hari nie,kami perlu tempuh Jeram Berhala- Jeram Grad A++ nyer. So, lepas siap², dalam pukul 9.15 kitorng mula bergerak. Since kitorng kena lalu kat Jeram Berhala nie,so hari nie merupakan hari yg paling mencabar..

Kumpulan lanun pecah tiup 2 kali (dua-dua ditempat yg sama)… dan kumpulan 3R plaks satu tiup. Semuanyer gara² jeram berhala. Tp yg bestnyer kat sinie, kitorng bleh gerak serentak sbb kawasan dier lebih luas berbanding Jeram Kalong sebelum nie.

Then sampai kat benteng pasir camtue, kitorng berenti untuk lunch. Lepas makan² bebudak nie ajak main cap kalicap ngan seven up. Dah mcm org meroyan dah memasing, biler acara makin rancak…

Pastu cikgu man paksa kitorng berlumba ala lipan atas pasir berlumpur tue. Oleh kerana group pompuan lebih ramai, kami jalan lebih lambat, so group lelakilah yg menang. Sapa kalah kena calit Lumpur. Elok jerk bebudak pompuan kena lumpur, perang lumpur pun bermula.. dengan abah² pun kena sekalik.. (^-^)v

Then, dlam pukul 1.50 ptg, kitorng teruskan berakit... kembali kepada mood santai. Sambil melalak² di atas rakit, sambil makan ceklat. Tp yg paling best, biler farid Carmill secara tidak sengaja telah mendendangkan sebuah lagu Dari Kekasih Kepada Kekasih, eksklusif untuk group lanun (^_^)..(pojan paling hysteria sekalik(^.^)..)



Pics 14: Sampai di Pos Pulat dgn jayanyer...


Pics 15: punggah-punggah barang..


Dalam pukul 3.50 ptg, kitorng sampai kat Kg Pos Pulat. Punggah² barang bawak naik atas. Siap²kan barang unutk masak malam nanti.. then diorng reramai ajak gi mandi air terjun. Perghh.. giler ah. Cantik betul air terjun kat sini. Dah ah jernih air dier.. masa mandi tue mcm tanak naik jer. Tp semua org dah nak balik.. so kena balik gak ah.. (^^!)



Pics 16: Sesi mandi-manda


Then.. semua dah selesa², diorng ajak makan meggi.. heheh lapar gamaknyer.. (^_^).. lepas lepak², makan meggi.. sebahagian peserta dah mula nak masak untuk makan malam. Menu makan malam tadi, ayam masak kicap, kacang panjang goreng, telur dadar dan air oren panas.

Lepas makan, abah ajak buat postmortem. Then lepas tue, abah citer serba-sedikit pasal floating untuk esok. Masa dgr abah bercerita tadi, mmg cuak giler.. tp wawa nampak lebih cuak ah.. haha(^^!!). Walaupun ramai penyelamat esok, tp masih berkira², nak join ke idak, ke just duduk atas rakit jerk.

Pastu.. masing² malas nak tido lagik. Lagikpun baru kul 10 lebih. So ader yg sambung borak. Ader yg main declare. Tp pojan nak goreng jemput² sbb ader “org tue” mintak pojan gorengkan..(^.^).

Sesambil goreng jemput, dengar Abg Die bercerita, pastu pekena kopi O panas.. pergh.. mmg best ah.. (^^,) Dah leka² tue.. dlm 12 lebih baru semua org sibuk² nak masuk tido..

.:________________________:.



[03 Sept 2005] Day 5 : Cabaran Nenggiri di hari terakhir perakitan –Free Floating…

Sedar² dah kul 6 lebih. Bangun dan siap² untuk buat sarapan. Pagi nie, diorng masak nasi goreng ngan air teh O panas. Pastu diorng masak sekalik untuk lunch. Sbb kitorng akan benti selepas floating nanti.

Selepas taklimat ringkas dan senaman ringan. Kitorng memulakan acara berakit seterusnyer.. masa kat rakit aku masih berbelah-bahagi sama ada nak join floating ke idak, tp lepas diyakinkan oleh seseorng, aku rasa kurng cuak, so try lah. Why not, yer tak? (^^,)



Pics 17: Bergambar beramai-ramai b4 bergerak untuk floating


Pics 18: Dah masa untuk bergerak!!


Lagipun biler lagik nak merasa benda² cengginie. Pastu sesambil berakit, abah suh belajar² dulu floating. So kitorng pun turun dlm air belajar skit².. huhu(^.^) tp aku mmg cuak pun, sbb tatau nak berenang. Rasa mcm tanak lepas jerk palang besi rakit tue. Lama² okey skit.. then.. naik semula..

Pastu kitorng berhenti kat tebing batu untuk mulakan acara floating. Selepas masing² perkemaskan life jaket memasing, sowang² dibenarkan turun dlm air. Abah, syam ngan cikgu man jaga depan, jebat, eijam dan syuk jaga tengah, exs, abg fizal, abg Die dan farid carmill jaga belakang.

Masa floating nie, ader gak yg masuk kat air pusar, air mati dan bawah kayu (itu pojan ngan syam, (‘_^)..) wawa laks org first yg tenggelam sbb kena telan ngan arus sungai. Aku pun kenyang gaklah minum air sungai (^^i).. sbb x reti lagik nak melompat² ikut arus sungai tue..

lama gak kitorng floating nie aderlah dlm 20 minit. Arus sungai agak deras, so bebudak yg x reti berenang tue, mmg selalulah dihanyutkan ke kawasan yg lebih deras. Puas gak nak berenang semula ke kawasan kurang laju. Banyak kali kena tarik dan tolak. Dah lemau sgt (^^ii) sapa suh tak belajar berenang sblm nie (^^!l).

Tp mmg bestlah, kalo x turun floating mmg akan menyesal seumur hidup lagik pun dpt belajar berenang skit², mmg syok wooo..

Then acara floating beramai² berakhir di Pasir Mayat. Kat situ we all lunch. Makan nasi goreng dan sambal sardine.



Pics 19: Lunch & Pasir Mayat



Lepas makan.. tetiba diorng start main perang lumpur lagik..aper lagik, larilah selamatkan diri. Tp sian kat wawa (‘_6) dier paling teruk kena.. bebudak nie siap angkut dier nak campak dlm sungai, jahat betul, kalah lanun.

Aku ingatkan, aku bleh selamat biler dah melarikan diri.. last² kena jugak lumpur bertubi² hampeh tul diorng nie.. (^_^). Selepas hilang penat berlari (melarikan diri) dan mengejar, kami teruskan berakit ke check point terakhir, Kg Star. Masa berakit nie, kitorng lalu kat kawasan batu kapur tue.

Maha Suci Allah, mmg cantik giler batu² kat situe.terpegun sekejap. Dengan air² yg menitik dr batu, pokok² menjuntai mencecah air... Mmg puas hati sbb dpt tgk dgn mata sendiri. (harap² kamera aku tue xder problem..)



Pics 20: Group SURAU..


Then kami kembali ke mood santai… kitorng biarkan ajerk rakit kitorng dihanyutkan arus sungai… Dalam pkl 4.00 kitorng sampai di Kg Star. Nampaknyer lori pun dan lama tunggu kami. Masa nak naik ke darat tue, mcm berat jer rasa (dah abis dah berakit rupernyer.. sekejap sgt mcm x puas jerk.. )

Then masing² tolong bukakan rakit untuk dimuatkan dlm lori.. lepas bergambar semua naik lori.. dgn abah² sekalik ader kat dlm lori tue. Masa dlm lori kitorng sambung main cap kalicap ngan seven-up.



Pics 21: Tiba masa untuk balik…

Pics 22: Main Cap Kalicap dlm Lori.. giler betul!! (^^!!)

Dalam keadaan terhoyong-hayang tue, masih sempat denda si talib a.k.a Farid_Carmill berjoget (pojan histeria sekalik lagik...(^^!!)..) ngan abah sekalik join main seven up. Kira happening ah. Tak macam memula naik lori hari tue.

Pastu sampai umah abah dalam pukul 4.30. Azan asar dah berkumandang dah. Lepak² kejap.. minum air sirap sambil makan kuih pau goreng & kuih cekmek molek.Lepas minum² petang, diorng ajak mandi sungai kat belakang rumah abah. Pergh.. jernihnyer air.. best tul mandi sungai air bersih² camnie.

Lepas memasing dah cantik², kitorng bertolak ke stesen Gua Musang. Oleh kerana keretapi dtg kul 9 camtue.. so kitorng makan mlm dulu. Kali nie hyunck yg blanjer. Makan masakan Thai.. Berselera sungguh kami tadi(^-^)… Tq Hyunck .. almaklumlah, dah tiga hari duduk dlm hutan.. (^_’).

Dlm kul 8.45 camtue, abah dtg, hantar kitorng.. (^_^) terharunyer.. Sementara tunggu keretapi, tetiba si Farid Carmill baru perasan dier ader bawak kamera.. haha(^^,).. apooolaaa\(‘o^).. barulah dier sibuk² bergambar ngan semua org.. kiyut betul..(^.^). Oleh kerana Kodak dier masih banyak.. sowang² bergambar ngan dier.

Then keretapi sampai dlm kul 9.25 mlm. Tak sempat nak capai Gempak kat kedai majalah tue. Sbb keretapi dah sampai. Bimbang gak. Karang terlepas keretapi.. Lepas bersalam² semua, terus panjat tangga keretapi.

Oleh kerana masing² kepenatan.. semua org tido sampai x ingat dunialaa.. (‘_^)



.:________________________:.



[04 Sept 2005] Day 6 : Masa Untuk Pulang..


Pagi tadi, aku dikejutkan dengan petikan gitar lagu Hindustan.. haa(^-^) terasa bagaikan di syourga.. (^^,i)

Rajin betul bebudak muda kat blakang tue main gitar pepagi buta.. Tgk h/set, dah kul 6 pagi. Tp cam malas nak bangun lagik.. so tarik balik sleeping beg.

Dlm 15 minit camtue.. semua org dah bangun.. kemas²kan diri. Pastu sambung borak² . sampailah kat stesen kajang (8.00 pagi) separuh turun situ, yg lenlain turun kat KL central. Lepas mandi² kat umah pojan, kitorng gerak gi KL Central sbb nak gi sambung main bowling kat Mid Valley plaks…

Dapat lah dua game.. lepas bowling, sambung makan together-gether di shakeys. Exs & Niha plaks yg blanjer. (^_^) sungguh kekenyangan.. Dlm kul 2 ptg, masing² bergerak balik ke destinasi masing..





// XPDC yg paling Syok tahun inie… Saiko!!



Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...