Hari nie kitorng sambung jalan-jalan lagik.. kali nie kitorng naik atas plaks.. menghala ke Banff. So dengan berbekalkan nasi lemak (.. x cukup syarat, yg kitorng masak seawal 4 pagi) kitorng bertolak keluar dr rumah uda tepat pukul 8.00 pagi.
Tp oleh kerna pilot & co-pilot kurang cekap dan tatau langsung jalan.. so kitorng agak sesat gak la.. harharhar (^^!!)... Akhirnyer selepas 30 minit round² bandar old Aberdeen, kitorng berjaya mencari jalan keluar ke Braemer.
Kali nie kitorng lalu country side dulu.. sbb kebanyakkan castle² nie duduknyer di dalam hutan (^^,). Tp kali nie.. kawasan2 ternakan bebiri diorng lebih cantik & bersih dr semalam… selang x lama.. kitorng masuk kawasan Drumoak.. kat sinielah letaknya Castle pertama yg kitorng singgah : Drum Castle.
DRUM CASTLE
Istana lama nie kalo dilihat bebetul, macam kita melalui beberapa zaman sbbnyer, bangunan² di sinie dibangunkan sedikit-demi sedikit.. zaman nie, org nie tambah sikit. zaman kemudiannyer di tambah sedikit.. So akhirnyer, kiter boleh jumpa menara zaman pertengahan, rumah agam zaman sebelumnya dan beberapa bangunan lain pula dr sentuhan yg lebih moden...
Senang ckp, jenis seni bina dier berbeza-beza sbb dtg dr banyak zaman.. hasil kerja 21 generasi keluarga Irving yg mana mereka telah tinggal di situe lebih drpd 650 tahun.
Kalo pegi masa bunga tengah naik, mesti boleh tgk macam2 jenis dan warna bunga rose kat sinie.. tp kitorng pegi time baru lepas winter.. bunga baru nak berputik.. so x derlah sgt bunga rose yg berkembangnyer.
Then kitorng bergerak menuju ke istana berikutnya yang terletak lebih kurang 5 ela ajer dr Drum Castle; so dlm lebih kurang 10 minit, kitorng sampai di Crathes Castle.
CRATHES CASTLE
Istana nie dibina di kawasan estate untuk keluarga Burnett dalam tahun 1322 oleh King Robert the Bruce. Dan istana nie merupakan antara istana yg terkenal dengan keunggulan tower housenyer pd abad ke-16.
Istana nie juga terkenal dengan ‘penghuni maya’-nya (ala-ala misteri nusantaralah plaks.. jgn biarkan diri anda diselubungi misteriii!! (^^!!)..).. hantu nie dikenali sbg The Green Lady- mula muncul dan dilihat pd abad ke-18. Maybe she still has an unfinish business.. err.. kotlah kan?.. (^^!i).
Kawasan istana yg luas berekar-ekar nie ada banyak bahagian-bahagiannya. Ader woodland, farmland, freshwater habitat dll.. kiter boleh nampak mcm² jenis binatang.. ada roe deer, tupai merah, burung woodpecker, burung raja udang ( burung nie kan jengka pun banyak (^_^)..)burung pucung.. dan kalo bernasib baik leh tgk memerang...
Tp oleh krn, sekali lagik kitorng terawal sampai.. kaunter tiket masih tutup.. (omputih nie selalu bukak opis kul 10 lebih).. so kitorng x dpt nak masuk dlm tgk castle.. just tgk dr kejauhan dan dr celah² pagar taman dier ajerk.. Lagikpun dier mcm private skit.. So kitorng bergerak ke castle yg ke-3 :Craigievar Castle.
Lokasi castle nie lebih jauh skit.. kitorng terpaksa naik ke Banchory, sblm sampai di Torphins, perlu lalu Bogenchapel & Lumphanan.. baru lah sampai di perkarangan istana.. (^^!!)..
CRAIGIEVAR CASTLE
Istana yg terletak di atas bukit dan perlu melalui kawasan ladang ini di bina oleh Master William Forbes di awal abad ke-17. Istana@ Great Tower ini dikekalkan bentuk asalnya sejak dulu dan terus didiami oleh waris keturunan keluarga William hingga 350 thn selepas kematian beliau. Then, istana nie didermakan kpd National Trust for Scotland pd thn 1963.
Actually kat sinie, selalu jugak diorng buat acara-acara untuk pelancong, tp time kitorng pegi nie.. diorng tgh dlm menaik taraf kawasan.. so dpt main-main bola kat kawasan perkarangan/padang istana ajerk.. kalo idak bleh ah tgk abg-abg Scottish pakai skirt, main pipe (^^!!)
Selepas hampir 2 jam menghabiskan masa kat situe.. kitorng mula gerak ke lokasi berikutnya : Fraser Castle.Untuk ke sana, perlu naik ke Alford then baru masuk Kintore.
FRASER CASTLE
Istana kebanggaan dan lambang kekuatan keluarga Fraser ini amat dikenali terutama pada tahun 1575 hingga 1636. Kalau naik ke atas menara, kita boleh lihat pemandangan taman-taman istana dan ladang-ladang dan dr situe kita boleh rasa suasana hidup di zaman pertengahan era Victoria.
Dan skrg nie..di beberapa kawasan ader penambah-baikkan.. dlm thn 2005 kalau tak silap… pihak yg berkenaan telah membina ‘Woodland Secrets’ area. Kawasan nie mcm taman riadah untuk family bersantai bersama-sama.
Erm.. actually mmg ramai family yg dtg untuk picnic kat sinie pun.. maybe sbb banyak kemudahan untuk bersantai bersama keluarga di sinie berbanding 3 castle sebelum nie.. (^^,).. Kawasan padang diorg pun lapang.. tp masa kitong dtg petang tadi.. diorng baru letak baja pokok kot.. sbb busuk laa (^^i).. kitorng nak landing-landing sambil guling² ala SRK & Kajol pun terpaksa pk 3 kali (^^!!)
Kat sinie pun lepak lama gak.. then kitorng gerak ke kota yg ke-5 : Fyvie Castle. Actually kitorng nak pegi ke Tolquhon Castle & Haddo House dulu, tp terpaksa skip sbb bonda & ayahanda dah x larat (^^!!)... actually aku jer yg berkobar-kobar sgt nyer.. (^^)v..
Untuk ke Fyvie Castle, kitorng perlu naik ker Inverurie, Oldmeldrum dan terus mengikut ‘Castle Trail’ yg sedia ada menghala ke Turriff.. so on the way tue, ada banyak sungai² dan jambatan Old English yg sgt cantik.. tp kitorng x dpt nak berhenti untuk bergambar.. sbb laluan dier sgt sempit..
Di kiri-kanan jalan pun takder ruang untuk berhenti.. tatau ah tp mmg diorng cengginie kot.. diorng tak runtuhkan jambatan² lama tue walaupun laluannyer sempit.. so sapa nak lalu perlu bertolak-ansur.. ikut giliran.. comel kan?(^^,)
So aper yg kitorng buat ialah.. drive slow-slow.. spy dpt menikmati keindahan kat kawasan tue.. (nasib baik xder keta kat blkg masa tue (^^!!)..) Selang 30 minit, kami sampai di pintu masuk kota.. huhuhu.. (^.^) Istana nie jauh ke dalam.. dan yg paling cantik antara 5 istana yg kitorng singgah hari nie.
Dier cantik bukan aper.. sblm sampai ke istana.. perlu lalu kawasan tasik di sebelah kanan ( banyak itik kepala hijau, angsa dan swan) dan sebelah kiri laks kawasan hutan.. then.. baru Nampak istana kat hujung jalan.
Perasaan masa tue.. ermm….. mcm dlm keadaan tercarik-carik..terpinga-pinga.. then tetiba; menjelma istana di depan mata.. Huwaaaaa!!! (‘-^) heheh.. Dier mcm .. iskh.. susahlaa nak tulis..tak tergambar ngan kata-kata.. (^_’)..
mcm masa kitorng masuk Glamis Castle smlm laa.. memula hutan.. mcm dah cuak-cuak dah.. then suddenly.. muncul kawasan lapang yg luas terbentang dengan istana tersergam indah di hujung jalan, hoho (^.^)..… kalo naik keta kuda time tue.. mesti romantic gilos... oh! i(^.^)i
Okey-okey.. kembali ke dunia nyata (^^!!)
FYVIE CASTLE
Istana ini mengumpul semua kisah-kisah lagenda, kisah hantu dan kisah-kisah rakyat dalam satu lebaran sejarah Fyvie bagi selang masa 800 tahun. Bagi setiap menara yang ada, didedikasikan kepada 5 keluarga ahli istana iaitu –Preston, Meldrum, Seton, Gordon dan Forbes-Leith.
Kesan dan pengaruh zaman pertengahan & Iavish Edwardian masih dpt di lihat dr ukiran, seni bina dan seni hiasan dekorasi istana yg telah disemadikan untuk keluarga dan tetamu diraja di sinie.
Bagi peminat seni, Fyvie banyak menyimpan koleksi-koleksi potret, termasuk hasil tangan Batoni, Romney, Gainsborough, Opie, Lawrence dan Hoppner.. dan juga pihak istana ada menyimpan koleksi² peribadi Raeburns.. (Koleksi peribadi terbesar di dunia!!)
// tp aku kureng skit gambar2 potrait nie.. so tak gi tgk pun (^^!!)..
Erm.. kalo x silap. Pacik kaunter tue ckp.. bleh menginap & buat tempahan bilik kat sinie.. so sesiapa yg teringin nak jumper hantu istana ala-ala mcm dlm citer Harry Potter tue, blehlah amik bilik untuk satu malam kat sinie.. hohoho.. heeeheheheeeee... (‘-^,)!..
Tp mesti best kan.. dpt merasa tido ala raja di zaman silam.. harga sebilik dier… err.. erm..err x berani nak tanyer pacik tue tadi.. (^^!!).. tp sure mahal kot… (^^ )..
(`_^ ) Ok…
Then.. kitorng bergegas ke Duff House pulak… DuffHouse nie dah dekat-dekat dgn bandar Banff & Macduff.. so kitorng terus lagik ke atas.. tanpa singgah di Delgatie Castle.
DUFF HOUSE
Dibina oleh William Adam untuk William Duff, Lord Braco di antara tahun 1735 dan 1740. Merupakan salah satu bangunan bersejarah yang menyimpan banyak koleksi-koleksi fine art bertaraf dunia.. (ini diorng yg katalaa.. kitorng tak dpt nak pastikan betul ke idak sbb x dpt nak tgk brg² tue pun. kitorng sampai lewat.. kaunter tiket dah tutup (^^!!)..)
10 tahun dulu, ada restaurant tp skrg gomen dah amik alih.. so diorng beroperasi di bawah usahasama National Galleries of Scotland, Historic Scotland dan Aberdeenshire Council. (diorng suker gune perkataan ‘shire’ -lahh… suker!!.. mcm dlm citer LoTR laks.. (^^,)..)
Bangunan nie ader pelbagai kemudahan, ada tearoom, kedai, bilik pandang-dengar, ruang letak kereta taman riadah untuk keluarga, kawasan piknik dll.. So, kat sinie diorng boleh buat pelbagai events, pameran dan program² berkaitan sepanjang tahun.
Lepas penat bergambar sakan kat sinie.. kitorng pun mula bergerak balik.. memula nak balik ikut North Sea Trail.. spy kitorng bleh cover Macduff, Fraserburgh dan Peterhead b4 sampai Aberdeen.. lagik pun dr Banff nak balik Aberdeen ikut North Sea Trail nie maybe makan masa dua jam.. atau 2 jam setengah ajer.
Tp mak dah nak balik sgt .. so kitorng ikut jalan dlm, sama mcm nak pegi tadi.. kalo ikut jalan dlm amik masa sejam setengah ajerk.. kalo laju skit.. maybe bleh sampai lebih awal..
Memandangkan masa tue pun dah dekat kul 4 petang.. kitorng plaks ader janji ngan kak umai nak dtg besday party Rayyan.. so kitorng batalkan plan asal untuk menyusuri pantai di bahagian Utara Aberdeen.. (org nak tgk laut!!! huhuhu(T.T)..)
Untuk menyedapkan hatiku, kitorng berhenti kejap kat Banff Bay untuk bergambar.. (actually aku teringin nak pg Macduff sbb ramai yg ckp tempat tue cantik giler…tp apa kan daya.. masa begitu membenciku.. huhuhu (ToT)..) Pukul 5 ptg kitorng bertolak balik..
On the way tue,tetiba nampak signboard Eden Castle… hehehe ..awal² mak dah sound dr belakang..”dah.. dah.. xyah singgah” (^^!!).. oleh kerana driver kena patuh arahan mem besar... so, kitorng x singgah laa..(^^,).. kami terus balik ke Aberdeen..
So begitulah Amazing Race kitorng hari nie- menjejak istana dan kota di zaman silam. Tapi kitorng berjaya dapat tempat ketiga ajerk.. sbb drpd 10 castle yg dirancang, cumer dpt pegi 6 castle ajer.. (^_^)v
// Kitorg sempat pegi umah kak umai... dptlah peluk si rayyan yg comel tue tadi… (^^!!)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan