Wednesday, April 16, 2014

Viewtiful Vietnam: Mekong Delta Tour

Hari yg ke berapa dah nie yer? haha lost count.. (^^").. These two weeks aku sedikit busy.. then tetiba ila_amoi drop gambar² tambahan.. terus blank tatau nak buat apa dah..  (^^,)..

Erm.. so kita sambung semula laa..


16 Mar 2014 [SUN]
Semalam naik bus, aku tido sampai sudah.. Oh!.. kami budget sampai around 5.00am sbb kalau sampai awal sgt kang, hotel pun x buka lagi.. Tapi kalau lewat, jenuh jugak..

Ikut perkiraan; dr Da Lat ke HCM amik masa lbh kurng 7 jam.. tp awal pula kami pagi nie.. 3.45am dah sampai.. Agak terpisat² gak lah kan (^_^).. Last² ambil teksi terus ke hotel..

..dan mmg betul pun tekaan.. Sesampai kat Ruby Hotel tue, budak jaga kaunter tgh tido kat sofa (^^').. Kami mintak check in awal satu bilik.. so perlu bayar USD25 extra. Takpelah, janji dapat sambung tido kejap, relaks².. refresh dan solat dgn selesa.


Wajah-wajah suci di awal pagi.. (^_^)


Hari nie kami nak pegi lawat Sungai Mekong.. After fast and simple breakfast dlm bilik, kami tunggu agent dtg pickup.. Janji dlm pkl 8.00pg camtu.. Tunggu kat lobi hotel jer..

..dan time lepak² kat lobi.. kami jumpa one group kakak² yg gerek nie (^_^)


Di lobi ruby Hotel..


Kami ambil pakej yg separuh harinyer tue.. dan walaupun badan letih dan masih ngantuk.. tapi tetap nak pegi jugak Mekong Tour nie.. Bukannya apa.. cuma nak bergambar mcm Sho-kun; naik perahu kat Sg. Mekong sambil pakai topi Vietnam cam nie (^^")..




Mekong Delta
Sungai Mekong merupakan sungai terpanjang di Asia Tenggara dan ke-10 terpanjang dan terbesar di dunia. Sungai sepanjang 4880 km nie mengalir dari Dataran Tibet di utara melalui Yunnan di China, Myanmar, Thailand, Laos, Kemboja dan Vietnam.


Bandar Saigon dr dlm bas..


Untuk Delta Tour nie, kita perlu ke My Tho City terlebih dulu.. My Tho nie bandar perlabuhan kecil, main gateway to Mekong Delta lah kot..

Dari Saigon (Ho Chi Ming City) ke My Tho City mengambil masa lebih kurng 2 jam.. Kalau diikutkan banyak jer pemandangan menarik tp sepanjang² perjalanan kami tido jer dlm bas.. Penat (^^')..


Hammock Cafe


Bas ada berhenti kejap for a break kat kedai tepi jalan.. kami terpaksa turun walaupun tanak minum sbb duduk dlm bas mcm duduk dlm oven. Menggelegak rasa otak dek panas sgt cuaca hari nie.. Belah² selatan nie mmg terik skit..

Then sambung gerak dan x lama pastu sampai di jeti. Banyak kedai jual souvenir kat jeti nie.. Aku beli topi Vietnam satu.. Tensen jer budak² nie tgk aku gedik membeli topi (^-^).. I panas.. x tahan.. hahaha..




Dari Jeti kami naik boat besar untuk ke perkampungan² yang ada di seberang.. First kampung yg kami pegi ialah Hoa Mban.. Kat sini ada Bee Farm.. katanya Royal Bee First Class..


Kampung Hoa Mban..


Sampai² jer kampung nie, tourist guide kami beri sedikit penerangan tentang lebah.. permaisurinya.. khasiat madu.. etc..

kami sekadar mendengar dan ambil gambar.. Then diorng serve honey tea + lemon.. adalah jugak kudap² seperti kerepek dan halwa halia.. Sesambil tue, diorng promote produk² royal honey..


minum honey tea..


Then..kami dibawa ke next stop.. tp jalan kaki jer masuk pelusuk kampung .. Lalu kampung dan kebun orang.. Then banyak jugak gerai² kecil menjual kraftangan dan brng-an souvenir..

Lebih kurang 5 minit berjalan, sampai di kawasan naik sampan tue..



jeti penambang..


Errr.. beria aku beli topi Vietnam nie tadi.. aleh² diorng bagi jer pinjam kat semua orang time naik sampan.. ( ^_')..


semua org ada topi.. (^_^)

 


Dari kawasan sempit tadi.. diorng dayung dan bawa kami menyusuri sungai dan pokok² bakau nie.. menuju ke area muara sungai.. Tak jauh mana pun, tp kesian jugaklah kat makcik yg mendayung tue..

Kejap jer naik sampan nie. Jadilah kan.. nak bagi rasa jer naik sampan kat sungai vietnam nie.. (^_^).

Then dari situ, kami tukar naik speed boat yang lebih besar skit menuju ke kampung seterusnya.. Tak ingat apa nama kampung nie.. tp famous dgn gula-gula kelapa..


Atas  speed boat..

Kilang gula-gula kelapa..


Proses membuat candy kelapa nie boleh dikatakan masih menggunakan cara traditional.. mesin² yg digunakan pun banyak yg manual.. kena tolak dan pusing sendiri.. bungkus pun sendiri jer..

Oh!.. Kitorng pakat beli sorang skit sbb rasa mcm takkan jumpa gula-gula nie kat HCM nanti..


Berkubang.. ~ Sekadar gambar hiasan..



Next.. kitorng nak ke kampung Hoi An.. Nak makan tengah hari kat sana.. So perlu naik balik speed boat tadi.. Memang dah lapar pun perut nie.. (^_^)




Lepas keluar dr kawasan kampung gegula kelapa tadi..kami tukar ke boat besar yg first tadi semula, before continue bergerak ke Kampung Hoi An..

Aii.. Jenuh jugak yer.. nak bergerak dari satu kampung ke satu kampung.. semunya kena naik boat/ sampan.. Kalau yg takder boat/ sampan camner yer? nak kena berenang ke ('-^?)..


Nampak tak udang di sebalik mee..? (^^")


Ada intention lain sbnrnya gambar yg kat atas nie di ambil.. tapi takperla.. yg paham tue.. paham lah yer.. (^^") ..


Sampai Hoi Ai..


Jauh jugak berboat bagai semata-mata nak pegi makan tengahhari yg kami ambil sekali dgn pakej nie (^_^).. tp amik vegetarian lunch meal lah..

Since nampak mcm xleh kenyang jer, so aku order air kelapa sejuk.. Perghh.. Air kelapa.. sejuk.. campur dengan cuaca panas.. mmg heaven. Apa lagi nikmat-Nya yg kita nak nafikan, ye dak?


Lunch kami hari ini..


Lepas makan.. kami ronda² sekitar kawasan restaurant.. takder apa sangat.. macam kawasan kampung kat tempat kita jugak la..


rayau kawasan boat ditambat..


Lebih sejam kami kat sinie.. lepas² semua org dah habis makan.. agent kami bawa melawat kampung terakhir.. pun aku lupa apa nama kampung nie (^^")..

Kat kampung terakhir nie, diorng hiburkan kami dengan musik dan lagu² traditional Vietnam.. kami x paham pun.. tp dengar jer lah kan (^_^).. sesambil tue makan buah²-an yg dihidangkan..


Ahlil Musik..

Buah + live band? (^_^)..


Lepas habis buat persembahan, kami try main alatan musik traditional diorng.. Cam real jer bebudak nie.. Kalau bab belakon tuk masuk gambar, menjadi ajer (^^,)..




Selesailah sudah, tour kami hari ini.. Kami sampai semula di jeti lebih kurang pkl 4.00pm. So bergerak balik semula ke Saigon City.. dan kami sambung tido utk 2 jam perjalanan balik nie juga.. (^_^)..


Jumpa lagi..


------------------//------------------


After maghrib baru keluar cari makan.. Perut lapar.. Kat HCM nie xyah risau pasal makanan halal.. banyak jer restoran halal, kedai² makan org melayu kita pun banyak.. dan utk malam nie kami pilih Restaurant Saigon Sri Penang..

Habis makan, baru kami jenjalan nite market sekitar kawasan hotel.. Dari pkl 9.00pm bawak ke 11.00pm.. baru ingat nak balik.. itupun sbb kedai banyak dah start tutup.. (^_^)


@nite market yo!

Hasil tangkapan mlm ni..


So.. rasanyer lengkaplah kalau nak tido.. Badan selesa; hati pun tenang.. yelah, dahlah dapat katil empuk.. bilik pun cantik.. pastu hasil tangkapan tuk malam nie pun agak memuaskan.. (^^,) ..

So.. kita tido tuk charge tenaga.. Besok baru betul² game bermula.


Till next post.. Jya!.



2 comments:

Cahaya said...

amboi kak aini. tahu dah apa niat tangkap gambar macam tu wakakaka. tapi keciklah tak nampak di 'belakang' tu. heeee.

NedLi Sakurai said...

hehee.. lalalaaa..


Eh!Tak nampak ke? meh dtg tgk kat pc.. clear skit (^^")..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...