SUBARASHIKI SEKAI - A Brand New Day.. |
[13 Dec 2012 KHAMIS]-Day Four
Pukul sepuluh suku camtu baru kami keluar dr hotel.. Lambat! Sangat!.. Then tetiba nampak kedai souvenir. Berhenti pulak untuk shopping².. Akhirnya pukul 11.00 baru betul² bergerak ke train station..
So awal² lg dah terpaksa skip Meiji Shrine sbb dah lari dr schedule kami hari nie. Actually kalau ikut plan asal.. kami nie pegi kat semua tempat nie hari nie..
- Korakuen Koen (garden)
- Tokyo dome
- Tokyo Dome City Attraction (Theme park)
- Nihon university
- Yanaka Ginza street (Shopping Street)
- Yomisedori (Shopping street)
- Sakura Dori
- Shitamachi Museum
- Hanami Michi (cherry blossoms lining- 1000trees)
- Kiyomizu Kannon Temple (Bentendo)
- Tokyo National Museum,
- Kaminarimon Gate and Hozomon Gate
- Nakamise Dori (shopping)
- Temples – Dompoin, Pagoda, Sensoji, Asakusa shrine
- Sumida River
haha giler tak? sekali tgk pun nampak x sempat.. dan mmg x sempat pun (^^').. tp takpe target biar sampai Cosmos.. ne~? Then just Step and Go.. hahaaa..
A.Ra.Shi |
Hari nie ada Arashi Popcorn Concert di Tokyo Dome. Concert will be held for four days; hari nie adalah hari pertama Arashi in Tokyo.. So mmg org akan dtg sini untuk beli Arashi merchandise..
Tiket dah x dijual dah masa nie.. lama dah sold out.
BE WITH YOU @Tokyo Dome |
BEAUTIFUL DAY - Tokyo Dome City Amusement at the back |
So tadi.. Sampai Tokyo Dome around 11.25 am.. org dah ramai.. Sgt ramai rasanya.. dan agak terkejut masa memula sampai sbb masih blum biasa ngan budaya org jepun yg time weekdays pun x pegi kerja/skolah semata² nak beli brgan konsert (^_^)..
Then alang² dah sampai, kitorng pun beratur la sama.. memula x nampak sgt queue dier panjang.. sekali bila cari mana hujung barisan, baru nampak barisan yg berlingkar-lingkar (^^').. hambik.. mmg sekerat hari habis kat sini jer kot..
Pasrah jelah.. pasrah sambil nyanyi.. "Arashi.. Arashi.. for dreammm.."..
hohoho (^.^)
KITTO DAIJOUBU - a long queue for Arashi |
WE CAN MAKE IT- lets sing a FIGHT SONG! |
Sangat ramai manusia.. Diorng nie dr smlm ke apa beratur nak beli brg-an Arashi nie?.. Giler ah. Masa sampai² jer tadi, dah ader yg siap beli dah sbnrnyer.. muka masing² ceria-warna..
Sbb tue kami pun teruja nak beratur dan beli jugak.. dan rasanya mcm kami jer bkn org jepun kat situe (^^,).. actully nak beli dust-proof plug arashi tue.. dah aim dr Mesia kot, bila kitorng tau 13hb Dis, first day Arashi consert kat Tokyo Dome..
Oh! YEAH.. Finally.. queue ONCE AGAIN?.. YES?NO? |
Giler!.. nie mmg kerja giler.. hahaha.. kami beratur hampir 2 jam 30 minutes tadi.. dan alang-kepalang nak beli dust-proof plug, terbeli beberapa brgan Arashi yg lenlain (^^'')..
Oh!... gambar kat atas nie kami minta tlg satu group bebudak jepun tolong amikkan.. one of them, minat ochan.. giler² excited dier tadi.. masa borak².. diorng tanya.. "Doko kita?.. doko kita?".. then bila kami ckp Malaysia.. diorng siap terkejut.
"Yaaa!! Mesia? Sugoiii!!..." hahah.. x sangka kot.. jarang ada org Mesia minat Arashi (^-^)
The tickets are sold out - FACE DOWN |
Seronok sbnrnya lepak kat Tokyo Dome time² camnie nie.. tp tuela kan ticket dah lama sold out.. kalau tak mesti bertambah² seronok. Next time kita try lagi ne~.. Gambarimasss!!! Nanti kita repeat (^_^)..
Okey.. ( ^_')
Lepas beratur panjang, perut pun lapar.. so kami cari port kat area belakang.. ada mcm small park.. Cantik tempatnya.. dan sgt bersih.. boleh berhenti solat sekali kat situe.
Lunch with this kawaii KAZAMIDORI.. |
Around 3.00 pm kami gerak ke Asakusa. Nak lawat Asakusa Shrine kat sana.. So dari Tokyo Dome, patah balik ke Suidobashi St.. naik train dan turun di Asakusa St.
GIFTS of HAPPINESS @7-Eleven near Tokyo Dome |
KOTOBA YORI TAISETSU NA MONO.. ne~ |
Okey.. jom pegi tgk shrine.. Tapi sebelum sampai ke shrine, kita akan lalu 2 gate iaitu Kaminarimon dan Hozomon; dan satu kawasan shopping- Nakamise Dori (^_^) dulu..
Kaminarimon Gate |
Lantern of Kaminarimon Gate |
Kaminarimon Gate
It’s also known as the Thunder Gate.. gerbang pertama/ paling luar untuk ke Senso-ji di Asakusa nie.. Ada dua statue kat gate nie; Fujin (god of wind) terletak di bhgn timur gate; dan Raijin (god of thunder) di bhgn barat..
Shrine nie dipercayai dibina pd thn 941 yg asalnya terletak berhampiran Komagata dan pernah beberapa kali musnah kerana dimakan usia.. dan ada juga beberapa kali musnah kerana terbakar.. Last kali dibina semula utk baikpulih pd tahun 1960..
okey... jom shopping-shopping skit kat dori nie plaks
Nakamise Dori |
shopping-shopping-shopping |
somewhere in Nakamise Dori |
Nakamise Dori
Kawasan nie yg terletak di sepanjang jalan antara dua gate utama shrine. Khabarnya shopping street nie dah berusia 250 tahun.. Kedai² di sepanjang jalan nie kebanyakkannya menjual brangan souvenirs..
Then ada juga yg jual kasut dan barangan harian biasa.. tp tue area kedai-kedai kat blakang. Oh!.. some vendors jual snack-snack traditional Jepun.. tp kami x berani nak cuba (^_^)..
a walk away to the next gate.. |
menghampiri Hozomon Gate |
Hozomon Gate
The second gate named Hozomon or known as Treasure-House gate.. gate lapisan kedua (belah dalam) before boleh jumpa Senso-ji. Gate nie bertingkat.. katanya di tingkat 2 ada tersimpan banyak Senso-ji’s treasures..
Dibina pada thn 942, then pada tahun 1631 gate nie musnah terbakar.. 5 tahun kemudian baru diorng bina semula. Then 300 tahun gate nie bertahan, pastu terbakar sekali lagi semasa Tokyo Air Raids (1945). Tapi seperti yg dpt dilihat sekrg.. diorng dah bina semula dan pelihara..
Asakusa Shrine
Shrine nie juga dikenali sebagai Sanja-sama; shrine of the three gods. Merupakan salah satu Shinto shrine yg ter-famous di Tokyo. Since shrine nie terletak di tengah² bandar; so banyak Shinto and Buddhist festivals diadakan di sini.
Festival utama yg diadakan kat sinie ialah Sanja Matsuri, yg mana akan diadakan setiap kali tibanya penghujung bulan May. . dan ramai juga yg buat wedding ceremony/ renew wedding vow kat sini, terutamanya pelancong² asing..
Macam yg kitorng nampak tadi.. ader satu couple omputih pakai kimono dan traditional hakama.. comel plak tue dua².. tp sayang.. gambar ada dlm HDD yg corrupt tue (T_T)..
Around 5.15 pm kami mula gerak keluar dr kawasan shrine.. Sesambil tue tgk-tgk kedai makan dan cari combi-store.. Nasib baik jumpa kedai org turkey nie.. so dptlah makan kebab ¥600 (^_^)v..
Then kami gerak sml ke Tokyo dome. Konsert start pkol 6.00pm.. Haha.. mcm bleh masuk pun.. Saja jer.. just nak rasa suasana dekat berada agak-hampir dengan Arashi (^^')..
my HERO.. (^_^).. Mata ne~! |
Pkl 7.40 gerak balik.. Ingat nak lepak lebih lama tapi tak boleh la.. tak tahan sejuk.. Lagipun esok nak gerak ke Sapporo awal pagi. So kena balik dan kemas beg.
WISH for a ticket.. |
Oh!.. nie.. gambar bebudak yg nak beli tiket drpd org yg lalu lalang.. diorng pegang kertas tulis mintak jualkan extra tiket konsert pd diorng.. actually dr Suidobashi st dan sepanjang jalan sampai ke Tokyo Dome ada fans yg buat camnie..
Giler bersungguh budak-budak nie..
..keylah jumpa esok di Sapporo (^_^).. Jya ne~
4 ulasan:
Nice post. The market near Asakusa shrine was our favourite spot for cheap souvenirs!
It's true.. unfortunately, we found it out late.. we already bought most of the souvenirs somewhere else.. (^^")..
I see what you did there~! hahaha dgn banggenye ko letak pics concert tokyo dome tu haha hazukashi. Ni students ko tak bace ke? Pics ni semue dr kamere biru n kamere nana? Dah bg lappy merah kat abuwan, tp abg cam penat kemas rumah baru. Btw, taula plak ko lagu GIFT dgn lagu KAZAMIDORI nino..
haha.. yo yo ne~? (sambil buat aksi ai-chan).. nie semua dr kamera biru dan enset nana + enset akak skit.. sedey.. x cukup gambar. Yang day 5 nyer lagi sedey; sbb balik2 muka nana jer.. hahahahaha.. (^^')
student tatau aku ader blog nie.. haha (^^,).. yg pd HDD lappy merah tue.. biarlah lambat pun.. kalau dpt nanti aku top-up kendian jer..
Gift dan Kazamidori tue lagu nino ker? haha.. aku amik jer kat list lagu2 arashi.. kretif tak? (^_^)v
Catat Ulasan