Memaparkan catatan dengan label Teater / Live Show. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Teater / Live Show. Papar semua catatan

Isnin, September 10, 2018

Temasik Trip: Seberang Tambak


Arab St.


31 Aug 2018 [FRIDAY]
Cuti Merdeka tahun ini, kami bercuti ke Singapore. Last time masuk Singapore, masa sekolah rendah.. giler lama (^_^).. baru sekarang nak ulang-ziarah..

Untuk trip nie, kami bertujuh, lima dewasa, dua toddlers.. Yup, ini pengalaman baru.. Last time bawa seorang jer budak kecik, kali nie dah ada dua dah.. haha.. Aku, uda, Iffah, Nana + Che yam, dan iisyah + Baby Naura..

..dan kali nie naik bas jer.. sebab ada bas direct dari Kuantan ke sana. Bertolak malam, 30 August, pukul 9.00 pm.. dan sampai kastam dalam pukul 3.15 am. Selesai sahaja urusan kastam, then bus dropkan kami di stesen bus (Transnasional Express S'pore) around 3.45 am..


Mari menuju kejayaan.. 

Menunggu Subuh


So dr stesen bus, kami jalan kaki beramai² menuju ke Masjid Sultan.. untuk solat subuh dan refresh skit.. Sesampai di Arab St, belum masuk subuh lagi, so tunggu sekejap di luar masjid..

Dan since hari nie hari jumaat, kira beruntung dapat solat subuh berjemaah di masjid (^_^)..


Masjid Sultan

Taman Warisan Melayu


Selesai urusan di Masjid Sultan, dalam pukul 8.00 am kami bergerak untuk mencari breakfast. Tak jauh sangat perginya.. Along Arab Street memang banyak kedai dan restaurant yang menjual halal-food.


Kampung Glam Cafe..


Then sambung jalan.. perlu bergerak dari Arab Street ke Beach Road. On the way nak sampai ke Beach Hotel, jumpa banyak street arts.


Lorong Haji..

Street Art near by..

OTW nak ke Beach Road..


Asalnya just nak drop all the bags then sambung stroll around the street, lawat museum (^^'), but then orang hotel kata ada satu bilik dah siap.. boleh simpan beg dan rest sekejap.

So kami sambung berehat sekejap di bilik dan refresh before keluar semula. Tapi perlu cari 7E dulu.. nak cari simcard untuk data plan.. but then hampir lima buah 7E kami singgah, semuanya kehabisan stok..

Akhirnya jumpa satu dalam Bugis Junction Mall.


Shopping Mall


Dah alang² di sini.. we had lunch and drag the time. Pukul 1.30 pm baru bergerak ke Marina Bay Sands.. Nak melawat Marvel Studios: Ten Years of Heroes exhibition di Art Science Museum.

However, kami tak enjoy sangat di sini.. Sampai sana dalam pukul 2.15 pm.. dan kami perlu balik awal sebab nak collect tiket concert Alif di sebelah malam (T_T).. Terkejar-kejar.

Tapi bergambar adalah satu kewajipan (^^,)..


Inside the building..

Outside at the bay..

In the mall..


Sampai semula di hotel, pukul 4.30 pm.. then terus pegi ambil tiket. Live concert nie, buat di bangunan seberang jalan Beach Hotel nie jer.. so takdelah jauh sangat nak bergerak malam-malam..

Oh!.. Just Us - Alif Satar + Siti Nordiana LIVE Concert in Singapore is the other main reason kami plan trip kali nie (^__^).. dan untuk concert nie kami enjoy sepenuhnya.. haha..

TQ Alep dan Nana!


Sebelum concert bermula

Shhh!!.. 

mission accomplished


A friend of mine tanya, kenapa jauh sangat tengok konsert Alif Satar.. Well my dear.. demi Ahnaf Wafi.. Selat Melaka pun sanggup direnangi, apa ntah lagi Selat Tebrau (^^")..


Oh!.. Nana dan Iisya x join tengok concert sebab tak boleh bawa budak² ke event nie, so diorng lepak hotel dan jaga anak masing² (^_^)..




Selasa, Mei 20, 2014

Projek Disko Baldi Sings @Jaya One

Hehe.. kami pegi lagi tgk live art show nie.. mmg semata-mata nk jumpa Redza Minhat dan Iedil Putra je pun (^^").. kali nie aku ajak Radie berjimba² sesama.


the disko ball + the baldi

them..

Redza


Kalau dulu diorng buat pasal dreams.. kali nie lebih kpd berjenaka dlm lagu.. Since lebih kpd nyanyian.. maka tiada seat disediakan.. free standing shj (^-^).. ala-ala mini konsert gitue..

Tapi aku tengah 'menderita' sakit pinggang kot.. mana boleh berdiri lama-lama atas kasut tumit tinggi nie (^^').. Makanya aku duk kt blkg jer sambil bersandar ke dinding.


Radie, aku dan Ila

with Redza

With Iedil
Radie, Balqis dan Ona bersama Tuan Faisal

with all of them.. group photo (^_^)


Tiba-tiba ada Afdlin jugak kat sinie.. (^-^)


Erm.. PDB kali nie mcm boring skit.. sbb lawak diorng limited dlm nyanyian jer.. diorng better buat PDB# the Musical kot.. bnyk skit boleh dijenakakan.. Aku rasalah (^^,). Anyway, takpelah.. yang lbh penting adalah after event tue..

Bukan sbb dpt bergambar dgn artis yer (^^').. (Actually itupun best jugak..). Yang best bg aku kali nie ialah dpt hang out ngan diorng nie.. Radie, Ona, Ila, Posh dan Kartini.. dah lama x berborak dan makan² reramai sambil bergosip²an..


Aii.. tuelah nasib, duduk jauh dr geng sekepala.. jarang sekali dpt together-gether.. Nanti aku turun KL lagi yer. Kita gi karok plak ke.. hehe..  (^_^)v





Sabtu, Jun 29, 2013

Projek Disko Baldi Dreams @PJ Live Arts

Turun KL semata² nak pegi tengok Projek Disko Baldi nie.. Thanx to Ona sbb berusaha dptkan tiket tuk aku (aku dah pesan suh belikan tiket.. kalau tak nanti, Ona duk seronok cerita sensorang jer.. tp aku tak paham pun.. (^^')..)..




Masa nk datang tgk live show nie.. kitorng agak kelewatan. Ona siap buat Tokyo drift lagi kat traffic light sbb nak kejarkan jugak sampai pkl 3.00pm.. Show start pkl 3.00 (^^').. haha.

Tapi terlewat jugak (lewat sikit ajer).. Masa kami masuk mini studio tue, show dah start around 10-15 minutes.. then kami agak sedikit mengganggu semua org (minta maaf semua.. kami x sengaja -gome ne~).

Yg pelakon² kat atas stage tue plak, siap berhenti kejap skit diorng.. then alu²kan kami supaya duduk (cepat²).. haha.. rasa malu giler time tue (^_^).. Dah ler duduk depan sekali.. dekat giler kot dengan stage.





Oh! ( ^-')..

comedy sketch show nie mmg klaka tak hingat! sampai sakit² pipi sbb bergelak ketawa, walaupun banyak jugak yg perlu di 18SX-kan.. dan terpaksa menonton dan gelak dgn pipi yg blushing².. tp oklah.. Jangan bawa budak² sudahlah kan (^_^)v.

Aku suka sapa tue.. Sherry yer nama dia?.. Iedil pun klaka.. Redza pun.. erm semua²-lah klaka.. klaka slumber.. Best! (^_^)..

Okeylaa.. Sesi bergambar dgn pelakon-pelakon:


With Redza Minhat

yg nie.. err.. sapa erk nama dier? (^^')

The Thunder- with Iedil Putra (Jetlag)

Wajah² gembira sbb dpt bergambar dgn artis (^_^)


Eh!.. lupa plaks..

Okey.. Ni adalah gambar-gambar yg paling digemari. Hontoni sukides!. Terima kasih Posh sbb tolong amikkan gambar-gambar nie. Sukis!! (^__^)


Sweet giler Iedil time nie.. err Ila pun (^^')..

Gambar nie? Sweet tak? Sweet tak? haha (^-^)v



//Ona.. nanti kalau korng nak pegi tgk lagi, info aku yer. Saya nak ikut! (^-^)/


Isnin, Mac 19, 2012

Cuci-cuci The Musical last Kopek



Akhirnya impian ku tercapai jua.. (^_^)V.

Last weekend; Ona, ila, Posh, slide & aku gi tgk teater musical nie kat Istana Budaya.. actually dr yg first season lg aku teringin nak gi tengok.. tp x berkesempatan..

Yang si Ona laks, asyik datang kat aku dan bercerita betapa bestnyer teater musical Hans Isaac nie; tp x pernah ajak pegi tgk sesama.. bikin hati panas sajer.. baik takyah cerita.. hehe (^^")..

So kebetulan aku turun KL.. makanyer merancang plan baik punyer bersama mereka.. Thanx a lot kat korng ber-4 sbb telah merealisasikan impian ku untuk bertemu Hans Isaac (^^,). Sayang korg!



with Hans.. (*me muka sgt excited (^^")..)


Ermm.. Macam x perlu la kot buat synopsis-nya kat sinie.. sbb teaternyer dah habis pun.. dan rasa²nyer hampir semua org kat mesia nie tau jalan cerita cuci-cuci the musical nie, kan?..

Tp sesungguhnya, teater nie mmg sgt sempoi dan klaka ya amat!.. dr mula start dah gelak sampai berlinang air mata, dek penangan C-Koma-Di-Atas-Tan (Nabil); Jojo (Awie); Fairil (Afdlin Shauki) dan Khai (Hans Isaac)..



A few scenes semasa teater berlangsung


Oh!.. walaupun org kata Adiba dulu lebih besh.. tp biler tgk Dina perform, tak kurng hebatnyer.. nak-nak masa dier tarik suara dier time nyanyi dengan baju Friday nite tue.. siyes sedap suara Dina.. Superb! ..

Ermm.. Suara Awie pun sgt pleasant to hear.. selama nie dengar kat radio mcm x best pun.. ha-ha-ha (^^’).. Sowie Posh.. Gome-gome (^^”)..



Setelah teater tamat


..and niat asal nak jumper Hans jer.. tp biler dtg tgk teater.. sekali Douglas Lim pun jadi salah sorg drpd pelakonnya.. heheheh.. Hip!-Hip!-Horey!!.. Hip!-Hip!-Horey!! Hontoni Tanoshi desu!! (^,^)..



..with Douglas Lim (^.^)

//sorry posh.. terpaksa crop gambar nie.. spy hanya tinggal I dan En. Douglas Lim jer dlm satu frame (^^").. hahaha.. lalalala.. (^o^)..


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...