Ahad, Disember 15, 2002

New Zealand anyone?



[08:15pm] 14 Dis 2002 - Berlepas ke Auckland

Aku ngan Uda gerak awal dr Balakong tadi.. sampai KLIA pun awal.. punyalah teruja nak pegi jalan-jalan (^^,i). Sesampai jerk kat Airport tadi.. Mak Ngah sefamily termasuk radie, masih belum sampai lagik.. Nasib baik abg atan & kak Nora ader..

Flight kami depart pkl 7.40… Destinasi kitorng : Auckland, bahagian utara New Zealand. Tp perlu transit/singgah kejap kat Brisbane dulu. Dr KLIA ke Auckland amik masa lebih kurang 7 jam.



[05:45am] 15 Dis 2002 - Transit di Brisbane

We all baru mendarat di Airport Brisbane Australia nieh. Kalau tgk jam (yg masih belum ditukar waktunyer dengan waktu tempatan) kat Mesia skrg baru pkl 3.15 pagi tp kat sinie skrg dah pkl 5.45 pg. Dah cerah giler, mcm pkl 8-9 pagi kat Mesia jerk.

Sekejap jerk kitorng kat sinie nieh.. just nak tukar kapal terbang jerk… jap lagik nak kena naik kapal terbang dah.. tp sempat kot, nak bergambar².. skit-skit (^^,)..



[11:20pm] 15 Dis 2002 - Selamat Sampai di Auckland

Erm.. Since isu pengganas nie masih baru.. kawalan keselamatan kat air port tadi sgt ketat. Siap guna anjing tue.. Even diorng cuma bawak anjing² comel.. but still!!.. hello.. anjing???.. aku nak dtg melancong… (^_^)

Nasib baik ader pegawai kastam yg kiyut tue.( Muka dia ala-ala Adam power ranger hitam hitam ~adakah aku sungguh katon? (^^!!)..).

Memula kitorng silap lane masa nak check passport dan beg tadi.. tetiba abg tue dtg kat kitorng sambil tersenyum “Sila tunggu di sini”.. Pastu dier bergegas ke arah org ramai yg bersesak² kat lane paling hujung.

Terkedu gak, sbb dier ckp Melayu.. pastu tetiba dier dtg lagik… ”sana” lembut jerk, sambil menunjukkan arah lane yg betul dengan senyuman manis berlesung pipit di pipi…

hohoho(^.~) saja jer kitorng buat-buat silap tadi tue (^^!)..
nak tgk dier alert tak kat kitorang.. (^^ii)

pastu lepas selesai dicheck dek akak kastam tue.. pegawai tadi lalu kat kitorng lagi. Memula dier lalu, biler terperasan kitorng, dier berhenti.. dier intro aa skit² (nak ngorat la tue…<~ ini ayat radiah (^^li)..) beri salam.. borak² skit...

Eh!. oklah.. luperkan pasal kastam tue...


Erm.. Selain Mr. Robert (tourist guide), kami disambut mesra dek angin sejuk sebaik saja kami keluar di pintu airport.. hoho (^.^) sejuknyer!!.. Sgt-sgt berangin dan sejuk sampai ke tulang.. padahal dah masuk summer dah skrg nie.

Since nak check-in hotel lambat lagi.. so, Mr. Robert bawa kitorg ke Mount Eden untu menikmati pemandangan bandar Auckland dr atas sana...


Pic 1 : Mount Eden

Mount Eden merupakan salah – satu lokasi menarik pilihan pelancong. Dr ketinggian 200 meter dr aras laut dan merupakan puncak tertinggi di Auckland nie, kitorng dapat melihat seluruh bandar - view 360°

Pantai-pantai, pulau-pulau dan bukit-bukau. Mmg cantik pemandangan bandar Auckland dr atas nie dan angin di sinie lebih menggiler..

 Pic 2 : Bersama Radie- Mount Eden

Then selepas hampir sejam, kitorng lalu kejap di One Tree Hill, tempat nie dinamakan One Tree Hill sempena sebatang pokok (hanya sebatang) yg terdapat di atas bukit tue..

dan sinilah bersemadinyer Sir John Campbell- antara org-org penting & berjasa dlm membangunkan bandar Auckland nie.



Pic 3 : One Tree Hill


[02:25m] 15 Dis 2002 Auckland,City of Sails

Selepas solat dan berehat sekejap di hotel, Mr Robert jemput kitorng semula… kali nie kitorng menuju ke Harbour Beach and Mission Bay. Untuk ke sana kami perlu lalu Auckland Harbour Bridge- salah satu mercu tanda yg terkenal di sinie.

On the way tue, Mr Robert berhenti sekejap kat tepi jalan. Katanyer dier nak tunjuk sesuatu. Dari situ, kami dpt lihat Auckland Harbour Bridge dari jauh ..

Jambatan yang menghubungkan Saint Marys Bay (di Auckland City) dengan Northcote ( di North Shore City) nie dibina pd tahun 1959 dengan hanya mempunyai 4 lane sahaja..

Then sebab asyik berlaku kesesakan ajerk, sekumpulan engineer² Jepun telah merangka pelan dan membina 4 laluan lagi di kiri dan kanan jambatan nie pd thn 1969.. so tambahan jambatan tue sampai skrg dikenali sbg the “Nippon Clip on”.

Erm.. ok.. (‘_^)


Kemudian kami teruskan perjalanan kami untuk ke Harbour Beach

Harbour Beach - kawasan riadah pantai... Ada kat satu kawasan tue, banyak sgt kapal-kapal layar singgah.. Katanyer kawasan nie agak popular dengan permainan/pertandingan kapal layar.. American Cup ke aper namanyer ntah. (luper nak confirmkan semula dgn Mr. Robert tadi.. (^^!!)..)

Kami berhenti sekejap, di Missian Bay.. sambil tgk beburung camar berterbangan, singgah-hinggap di pantai. Kat kawasan perkelahan nie, banyak family bawak anak² berkelah.. lepak-lepak.. picnic-picnik.. main piring trow & catch tue.. rollerblading.. jogging-jogging aper semua.



Pic 4 : Di Missian Bay

Kami mula bergerak ke Michael Joseph Savage Memorial lepas tue… kawasan nie adalah lokasi terbaik untuk melihat Hauraki Gulf .. owh!.. dan jugak.. Rangitoto’s Triple Peaks, Auckland Harbour Bridge dan pemandangan bandaraya, sky tower, kapal-kapal layar dan kawasan marine....

Kemudian kami singgah di Roses Nancy Steen Garden.. Kebetulan semua rose tgh berkembang.. sana-sini penuh dengan bunga rose.. besar-besar plak tu bunga dier. Kalo mak ader mesti mak geram.. (^_^)

erm.. Masih lagi mood ronda-ronda, so kami round² kat area Winter Garden plaks, yg kami nampak cumer sebuah rumah kaca.. (^^!!) maybe time winter ader something special kat sinie kot..

Selepas puas round-round sekitar bandar Auckland, kami pun berhenti untuk makan malam... susah gak nak carik kedai makan yg diyakini dan dijamin halal kat sini.. kedai makan biasa bimbang x halal dagingnyer.. last-last kami berhenti di sebuah restaurant Indian~Saffron..



Pic 5 : Makan-makan di Saffron Restaurant

Kami order semua lauk-pauk yg berasaskan ikan dan sayur jerk... Makanan dier boleh tahan tp terlalu banyak sgt rempah...(^-^).. biler makan banyak sgt rempah-ratus nie.. mmg boleh sakit pala dibuatnyer (^^!!).. tp, lapar punyer pasal… blasah jugak laa.. -erm.. mango fresh juice+ yougurt tue best laaa… sedap!

Erm… esok kami akan ke Roturua plaks..... (^^)v





Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...