Wednesday, April 11, 2007

Day 10: A Day Tour- Wicklow Glendalough…

Tak hilang lagik penatnyer.. tp rasa seronok lebih menguasai diri.. (^^!!)..

Kitorng pegi Wicklow hari nie.. Best sgt tempat nie.. Mmg berbaloilah €27.00 kitorng. Mmg best.. sgt-sgt menyeronokkan!!.. (^_')/ areee! kalo dtg Dublin, silalah pegi ke sinie.. dan kalo nak ikut tour trip nie.. mintak Mr John jadik tourist guide korng. Hohoho (^.^)

Pic. 1: Di depan Tourist Information Center



Okey.. (^^,)

Tepat pukul 9.00 pg, kami mula bergerak menuju ke Wicklow & Glendalough. Dr awal, tourist guide kami, Mr. John; merangkap pemandu bas (..merangkap kameraman x bergaji kami) dah start berceloteh menceritakan tentang sejarah².. cerita² rakyat, isu-isu terkini mengenai Dublin (^_^).

Menurut Mr.John.. Dublin dulu sgt terkenal dengan jam besar yg diletakkan di dasar sungai Liffey, tp.. sg makin lama makin kotor.. sampaikan org Ireland gelarkan jam tue, “Time in The Slime”.. lama² diorng buat satu lagik tarikan baru untuk pelancong… so diorng bina SPIRE- sebuah jarum panjang menjulang ke langit kat tgh² bandar Dublin tue..

Selang x lama, kitorng mula masuk ke daerah Wicklow.. tempat pertama yg kami singgah ialah Glencree. Glencree nie, merupakan pusat pengumpul dana bagi pesakit-pesakit hati.. (kalo x silap dgrlah..(^^!!)..) kitorng berhenti untuk minum² kopi kat sinie, sambil menikmati keindahan alam.. (^^)..



Pic.2 : Lepas minum2 di Glencree..



Then kitorng sambung perjalanan… lalu Kilmolin (kawasan kampung).. kat sinie, kebanyakan rumah² dier masih dikekalkan bentuk asalnyer… so bleh nampak banyak chimney² di setiap rumah… menurut kater Mr.John, kalo nak tau rumah tue besar & banyak bilik ke tidak.. just kira bilangan chimney rumah tue ada berapa... Makin banyak chimney.. makin banyaklah bilik dlm rumah tue..

Destinasi berikutnyer ialah kawasan Guinness Lake/Lough Tay.. Tp tasik nie jauh ke bawah.. so dpt bergambar dr atas ajerk.. pastu sambung jalan lagik.. kami lalu kawasan black blanket (tanah gambut) takder aper sgt tempat nie..just tanah luas yg banyak pokok² renek.. tp kalo time bunga berkembang.. tempat nie lebih cantik..)

Sesambil tue, kitorng mendengar cerita dongeng dr Mr. John.. katernyer kawasan Wicklow nie amat terkenal ngan org kenit- dan dier sebut, di Malaysia pun ada kepercayaan ttg org kenit nie, sambil mata dier memandang kat kitong (^^!!)… tp kat sinie, org kenit lebih dikenali sbg fairies atau Leprechaun.

Katanyer lagik.. kalo dpt tangkap leprechaun nie, perlu digenggam kuat² dgn tangan kiri dan nanti dier akan bawa kiter ke pangkal pelangi.. kat sana ada setempayan wang emas.. hohoho (^.^).. khayalan manusia nie sama jerk kan.. mesti ada sabit² ngan emas nyer..

Then kitorng lalu kawasan Sally Gap - lokasi pengambaran citer The Brave Heart….. (err.. actually aku x pernah tgk pun movie nie.. (^^,)..) Kat sinie ada gunung ganang yg cantik, tasik, kawasan paya tandus.. dan hutan-hutan renek liar..

Pastu jalan lagi.. lalu kat satu tasik nie.. (luper laks nak tanyer nama tasik nie aper..) Mr John kater, tempat nielah Paul McCartney dpt ilham untuk menulis lagu Yesterday, masa dier tgh duduk², menung² di tepi tasik nie.

Kami sampai di Glendalough, dalam pukul 11.45 pg. Glendalough nie terletak di kawasan lembah.. kawasan tinggalan Monastic abad ke-16 nie, ada banyak kubur-kubur org kenamaan dulu-kala, kubu-kubu lama, menara dan gereja lama.

Kat sinie juga ada 2 buah tasik buatan dan kawasan hutan hijau yang ada laluan pejalan kaki untuk peminat² alam semua jadi berjalan kaki sambil menikmati keindahan alam. Kalo rajin, bleh jalan sampai ke bahagian atas tasik… tp kami malas (^^!!).. kitorng naik bas ajer untuk ke sana.



Pic.3 : Bermain air di Tasik Wicklow


Then.. dlm pkl 2.00 petang kitorng bergerak menuju ke upper lake of Wicklow, di Mountain National Park. Kat sinie.. ada kawasan untuk caravan, kawasan picnic dan side seeing. Tp we all x lunch kat sinie.. just lepak-lepak sambil main air di tepi tasik.. lepas snap² gambar 5-6 keping, kutip² batu tasik dan masuk hutan… kitorng mula bergerak ke Avoca

Pic.4 : Avoca- Di bawah pohon 'sakura' (^^!)...


Vale of Avoca- kitorng brenti untuk lunch kat sinie. Kawasan nie mcm kawasan bandar kecil yg banyak pokok bunga putih .. kitorng lepak agak lama di sinie.. lepas lepak² dan carik sourvenir, Mr John ajak semua org beredar. Dah pukul 4.00 ptg rupernyer.. masa untuk balik ke Dublin.




more pic's? click sinie!!hoho(^.^)




// Tp masa on the way balik tue, kami sempat singgah di kawasan pertemuan 2 sungai Dublin di kawasan Rathdrum. (^_^)v


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...