Rabu, Ogos 01, 2012

Travel Log: Umrah 2012 (2)

16JUL2012 [ISNIN]

Hari kedua di Madinah: Sekarang nie musim panas; siangnya awal. Maka aktiviti hari nie pun bermula awal.. 6.15 am selepas breakfast, kami berkumpul di lobi hotel. Ustaz Herman nak bawa group kami ziarah Maqam Rasullullah dan sahabat, Perkuburan Baqi' dan Raudhah (taman syurga)..

Memandangkan lokasi²nyer dekat saja.. kami berjalan kaki saja. Mula-mula beri salam ziarah di maqam Rasulullah saw; terletak betul² di bawah kubah hijau nie.. kalau dr dalam masjid, maqam nabi dan 2 orang sahabatnya (Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq dan Sayyidina Umar al-Khattab); terletak bersebelahan dgn Raudhah..


Kubah Hijau dan BabusSalam -Masjid Nabawi


Salam ziarah di buat dr luar masjid.. memandangkan skrg nie agak sukar untuk masuk dan ziarah ke dalam.. kalau dulu kami boleh masuk serentak dgn jemaah lelaki, tapi skrg dah dipisahkan. Jemaah lelaki lebih beruntung, mereka boleh masuk ke dalam kawasan Raudhah bila-bila masa dan lebih luas kawasan yg diperuntukkan untuk solat dan berdoa.

Tapi bagi jemaah wanita; kalau nak masuk ke kawasan raudhah, ada masa-masa tertentu sahaja, pukul 9.00am-11am; pukul 2.00pm-5.00pm dan after 9.00pm shj. 3 waktu tue sahaja dibenarkan untuk wanita berada di kawasan Raudhah.. then kawasannya sgt limited..

Selepas menziarahi maqam dan menyampaikan salam kawan-kawan yg kirim, kami bergerak ke sebelah kiri masjid iaitu kawasan Perkuburan al-Baqi'e yg dikelilingi oleh tembok tinggi. Di sinilah bersemadinya kira-kira 10,000 orang ahli keluarga Rasulullah SAW dan para sahabat..

Kemudian, group jemaah berpecah kepada dua, Ustaz Herman bawa jemaah lelaki masuk melawat Raudhah ikut pintu Babussalam.. jemaah perempuan ikut Ustazah.. masuk ikut pintu no.29..

Sedikit kecewa sbb niat nak solat sunat di setiap tiang x kecapaian.. Tiang Taubat, Tiang Aisyah.. Tiang Mimbar semua tue.. Kawasan untuk jemaah wanita sgt terhad.. malah dapat solat sunat dua rakaat tadi pun dalam keadaan berasak-asak.. ramai sgt orang..


Sudut pandangan dr dalam Masjid Nabawi..


Selepas masuk masjid melalui pintu no.29 tadi, kami tidak terus ke Raudhah (ditandakan dgn karpet hijau). Bila dah masuk tue, perlu duduk satu kawasan dulu.. 30-45 minit juga masa berlalu sebelum bergerak ke kawasan lain.. berhenti-henti di dua tiga tempat baru sampai ke karpet hijau.

Sementara menunggu giliran tue.. sempat juga habis Quran 1 juzuk.. dan solat dhuha+ solat hajat.. Ustazah siap pesan.. bila dah sampai ke karpet hijau, jika terbatal wudhuk, jgn keluar.. berdoa saja sbb nak dpt masuk semula ke kawasan itu, blum tentu ada peluang..

Dr pkl 9.00 masuk masjid tadi.. mmg pukul 11.00 baru keluar dr kawasan karpet hijau (Raudhah).. sampai di bilik, bah yg ikut jemaah lelaki dah siap tidur dah.. kata mak.. bah dah balik dah pegi semula solat sunat kat Raudhah 2 kali, then balik tido baru aku sampai bilik (^^’)..

Aii.. untunglah org lelaki.. (^_^)


Then lepas Zohor terpaksa balik bilik, Uda demam makin panas plaks.. so diorng pegi klinik jap, sementara aku tunggu jer kat bilik hotel, sambung ngaji...

Maghrib dan Isya’.. pegi masjid ngan mak.. then kitorng pakat nak pegi Raudhah lg skali after 9.00pm nanti.. Ingatkan tak sesak mcm pagi tadi, tp sama jer pegi waktu bila pun (^_^).. Semua org nak rebut peluang berdoa di Raudhah..

Asalnya mak dah nak balik.. tp sbb kedegilan aku (^^’).. dpt jugak kami sampai ke Raudhah.. dpt solat di birai karpet jer.. betul-betul di hujung karpet.. lepas mak solat aku plak amik tempat mak untuk buat solat sunat..


Karpet hijau- Kawasan Raudhah


.. dan di sini, perlu take turn untuk jaga sbb bimbang org langkah-langkah dan langgar kepala masa sujud.. Mmg kena buat camtu.. kalau x sampai subuh x dpt peluang.. then berdoa masa sujud.. kalo kita tgh solat dier x halau/ ganggu.. tp kalo dier nampak kita duduk dan baca doa jer.. diorg halau..

dan seperti pagi tadi.. pkl 11.20pm baru sampai bilik.. perlu tido segera dan berehat; esok kami nak ziarah tempat-tempat bersejarah di sekitar Madinah plaks..



Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...