Jumaat, Ogos 03, 2012

Travel Log: Umrah 2012 (4)


Kubah Hijau-Masjid Nabawi..


18JUL2012 [RABU]
Hari nie akan berangkat ke Mekah.. siapa yg blum buat ziarah Wida’; bolehlah buat after solat subuh..

Actually ziarah Wida’ (ziarah selamat tinggal) nie sunat saja, tp adalah lebih afdhal dilakukan sebelum meninggalkan Madinah bagi mengucapkan selamat tinggal dan semoga dpt kembali menziarahi baginda di masa akan datang. (^_^)..


Uda and me..


So selepas subuh tadi, around 4.30am.. aku, uda, kak Za dan Tiqah pusing masjid menghala ke Kubah Hijau..

Teman kak Za dan Tiqah buat ziarah Wida’. Then dah alang-alang.. aku dan uda buat ziarah Wida’ sekali lagi.. (Tak menjadi halangan utk buat berapa kali pun)..



Antara pintu-pintu masuk ke masjid..


Orang-orang kat sini suka duduk di perkarangan masjid ramai-ramai satu family. Duduk-duduk bersantai satu keluarga.. Siap bentang karpet dan bawa bekal.. berkelah kot? (^-^)..

Having a quality time with family, ne~ (^_^)..


Lepak-ing


Pepayung gergasi yang unik..


Then kami balik ke bilik.. kemas beg dan bersiap untuk bertolak ke Bi’r Ali.. Dalam 9.30 am, semua jemaah berkumpul di lobi hotel.. Beg-beg perlu di-load ke dalam bas, so amik masa skit sblm mula bertolak ke Mekah..


Sebahagian drpd jemaah Rayhar (Perempuan)..

Ebah dan kawan-kawan..


Bas bergerak 10.30am.. then lebih kurng 45 minit after that, kami sampai di Bi’r Ali. Di masjid area Bi’r Ali nie, bolehlah kita solat sunat ihram 2 rakaat dan berniat ihram umrah. So sebaik shj berniat, maka wajib menjaga larangan² semasa berihram..

Kami bergerak semula ke Mekah.. Dari Bi’r Ali ke Mekah, ambil masa hampir 7 jam.. Actually tidak sejauh itu, tp sbb OTW tadi kami berhenti di perhentian rehat untuk solat dan lunch.. lebih sejam juga di sana..

Around 6.45am.. kami sampai di Tharawat El Mashaer.. hotel utk kami sepanjang berada di Mekah. Agak jauh dengan Masjidil Haram.. lbh kurng 250m.. Sepatutnya dpt yg lebih dekat tp hotel tue, sedang di-renovate.. takpelah, janji ada tempat untuk menginap (^_^)..


So.. since dah masuk maghrib, kami diminta untuk htr beg dan bersolat maghrib sendiri di bilik sahaja.. then turun untuk makan malam before pegi ke Masjid untuk solat isya’ berjemaah.. seterusnya selesaikan umrah kami..

Untuk umrah pertama nie, ada ustaz yg akan bawa untuk sama² buat Tawaf dan Sa’ie.. Tapi tuelah.. bila dah beramai², ambil masa skit sbb perlu bertunggu supaya dpt selesaikan sama².. So kalau dah biasa, x perlu ikut ustaz pun xper, bleh buat sendiri².

Erm..( ^_') tapi aku rasa bagus juga yg first nie ikut ustaz.. dr mula dia tunjuk jalan utk ke masjid (bimbang sesat (^^’)..) then pintu mana mudah nak masuk, ingat nombor pintu.. baca doa ketika melihat ka’abah sama².. sampailah habis bertahalul..

Dan.. Alhamdulillah, habis selesai semua tadi pkl 12.15am. Jalan kaki semula balik ke hotel. 12.40am, sampai bilik.. Masa untuk tidur dgn selesa di katil.. dan dapatlah tido dgn hati yg lapang.. sbb x perlu menjaga pantang-larang dah sehingga berniat umrah seterusnya (^_^)..



Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...