Rabu, April 04, 2007

Day 3: Aberdeen - Stonehaven - Dundee

Hari nie kitorng jalan jauh skit.. kitorng turun ke bawah, pegi Dundee. Ikut South Coast Trail.. so, on the way tue, kitorng singgah-singgah memana tempat yg cantik...

Seawal 6 pagi, kitorng dah bangun dan siap²kan sarapan dan bekalan untuk lunch. Kitorng buat spaghetti goreng dan sandwich tuna jer… Dalam pukul 8 pagi kitorng gerak.Tempat tuju pertama : Stonehaven



PICTURE 1: ....on the way ke Stonehaven


STONEHAVEN
Stonehaven nie terkenal dengan kawasan destinasi tarikan pelacong.. sbb dier berhampiran laut, so ader kawasan perlabuhan kapal, istana lama dan jejak menyusur laut yg cantik.

Boleh di katakana hampir sepanjang tahun, ader events menarik kat sinie. Dan ia dikenali sebagai salah satu tempat paling menarik di Aberdeenshire!! - http://www.stonehavenguide.net/



Then kitorng singgah di kawasan bay… kengkunun nak menghirup udara dr laut la.. (^^!!).. mak asyik sejuk jerk.. duk ikat baju dan mafela kat badan… sesambil tue.. aku ngan Uda sibuk duk tanya² org.. camner nak pegi ke destinasi kedua kitorng: Dunnottar Castle



PICTURE 2: Dunnottar Castle



DUNNOTTAR CASTLE
Runtuhan Istana yg masih gah ini dibina di puncak anjung menghadap ke laut. Pernah didiami oleh William Wallace, Mary Queen of Scots dan Marquis of Montrose.

Tp walaubagaimana pun Dunnottar lebih dikenali kerana kubu pertahanan untuk menentang tentera Cromwell selama 8 bulan yg mana telah menyelamatkan tahta kerajaan Scottish drpd dimusnahkan.

Huhuhu (^.^) tempat nie.. cantik sgt!!.. tp sayang kitorng dtg awal.. kaunter tiket x buka lagik time tue.. so kitorng dpt bergambar dr luar ajer. Pastu kitorng sambung gerak, menuju destinasi berikutnya : Tolbooth.

THE TOLBOOTH
Pd kurun ke 15, bangunan² kat kawasan nie digunakan untuk menyimpan bekalan-bekalan untuk istana Dunnottar. Dlm tahun 1600, kawasan nie jadik courthouse & penjara untuk Kincardineshire. Selepas 1745, ianya masih digunakan sebagai penjara, tp untuk golongan paderi Episcopalian pulak.

Dr masa ke semasa, kawasan nie bertukar kembali kepada kawasan simpanan barang, sebelum dibiarkan kosong dan usang. Tp skrg nie dah lain.. dah diubahsuai dan telah jadik sebahagian drpd kawasan-kawasan sejarah bagi daerah Stonehaven.. ada muzium dan restoran semua...

err.. kitorng x singgah pun, just lalu jerk(^^!)v.. Erm.. rugi gak x singgah.. tp yerlah nak buat camner.. dah lepas baru tau kawasan nie banyak history.. almaklumlah.. kitorng nie drive ikut map ajerk.. xder tourist guide bertauliah pun (^^!!).. x sesat sgt pun dah kira bernasib bak (^^,i)...

Then kitorang sambung lagik perjalan .. menuju ke Inverbervie.. dan kemudian ke Montrose.. just singgah kejap kat Bandar Montrose, tp x pegi ke Montrose Basin, yg popular ngan wildlife dier tue.. huhuhu… ('.^)

Perjalanan diteruskan lagik ,kitorng lalu Arbroath.. kat Arbroath kitorng ternampak rumah api, kat tepi jalan (Bandar Arbroath nie hampir ngan pantai… ) so kitorng singgah ah kejap. Jenguk².. rupa²nyer diorng dah jadikkan rumah api tue sbg museum pasal kapal² dan ilmu perlayaran.. Selepas lepak lebih kurang setengah jam kat situ.. kitorng bergerak ke Dundee

Dalam pukul 1.30 pm, we all sampai Dundee.. Actually kitorng nak pegi ke park² di sekitar Dundee.. tp kitorng asyik sesat ajerk.. x jumper pun taman-taman cantik yg diorng duk ceritakan tue… biler dah sesat².. kitorng ternampak signboard Masjid Dundee.. so last² kitorng pegi situe ajer..

lepas solat dan alas perut.. kitorng try sekalik lagik.. pastu terjumper signboard ke University of Dundee.. Singgah la kejap, kebetulan ader taman cantik menghadap ke laut kat area situe..

Then kitorng bergerak balik… dengan hati yg sedikit kecewa sbb x dpt jumper taman masa kat Dundee… tp kali nie kitorng ikut jalan lain.. x ikut jalan ‘South Coast Trail’ tadi.. kitorng ikut jalan belah dlm… ikut Forfar. Dan tak sangka kitorng ‘ terjumpa’ (mcm x sesuai ajerk perkataan terjumpa tue kat sinie.. (^^)..) Glamis Castle.

Masa memula nak masuk ke Glamis Castle nie.. seram jugak sbb semuanyer pokok² hutan yg agak tebal di kiri- dan kanan jalan.. Then suddenly.. Nampak istana lama nie tersergam indah dr kejauhan.. huhuhuh sungguh cantik!!.. mmg terpegun kejap masa drive menuju ke castle nie…



PICTURE 3: Glamis Castle


GLAMIS CASTLE
Merupakan istana yg sering dikunjugi oleh kerabat diraja Scotland, terutama selepas dihuni oleh Sir John Lyon yg berkahwin dengan anak perempuan kepada King Robert II. Istana nie masih dihuni, dijaga sehinga sekarang.

Terkenal dengan kisah² sejarah family diraja dan kisah² lagenda hantu² istana (^^!!)..Kawasan istana nie sgt luas tp kitorng letih sgt.. so just lawat2 cenggitue ajerk.. pastu kitorng bergerak balik. - http://www.glamis-castle.co.uk/



//Ramai org amik gambar dan ada jugak yg buat majlis perkahwinan kat istana nieh!! ('_^)

Perjalanan balik kitorng, lebih banyak lalu kawasan kampung, macam Oathlaw, Brecshire, Birken, Drumstill, Baras.. so, lebih banyak permandangan padang rumput menghijau dan bebiri putih kiut² duk lepak-lepak di sana-sinie, berbanding pemandangan tepi laut+kincir angin & kawasan kilang mcm masa memula dtg tadi.. pastu.. we all keluar kat Stonehaven dan dr Stonehaven kitorng bergerak balik ke Aberdeen.



more pic's? click sinie!!hoho(^.^)

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...