Isnin, Mac 03, 2014

100 Doraemon Secret Garden Gadgets Expo..




Hujung minggu kami bawa anak² buah jenjalan tgk expo Doraemon.. Terlambat skit bawa diorng dtg sinie. Dah nak habis dah expo nie, baru dpt tunaikan janji.. so turunlah aku ke KL semata² nak tgk pameran Doraemon nie.. (^_^)

Oh!.. Ini adalah pameran sempena 100 tahun sebelum kelahiran Doraemon (^^,).. Kompius?.. Doraemon kan robot dr zaman akan dtg.. jadi masih ada 100 tahun lagi (dr September 2013 yg lepas), baru Doraemon akan dilahirkan..


With Najla, Aneem and Widaad

..and Makde (yg tolong ambilkan gambar)


Doraemon adalah karektor manga series and merupakan signature popular pelukis komik jepun yg terkenal; Fujiko F. Fujio. Idea pelukis nie mmg superb.. Imaginasi dia mmg kengkadang diluar dr yg kita sendiri boleh fikirkan..

keylah.. jom masuk ke ruang masa Doraemon!


pintu masuk ke ruang masa

Doraemon nak bawa kami ke tahun 2113..


Tidak dibenarkan panjat kereta merentas masa nie.. Tapi kalau dpt pegang tepi kereta pun boleh sampai jugak (^^').. Bunyi macam Makngah yg lebih excited dr anak-anak buah (^^").. hahaa..





Akhirnya sampai ke tahun 2113.. atau lebih tepat lagi, 3 September 2113. Lokasi adalah kilang robot abad ke-22, Tokyo, Jepun..

Doraemon asalnya adalah robot kucing berwarna kuning.. tp sbb telinganya dimakan tikus.. dia menangis sehingga warna badannya bertukar biru.. dan disebabkan itu juga, Doraemon xder telinga dan sgt takutkan tikus (^_^)v..


pintu masuk ke ruang pameran 100 gadget..


Jom masuk ke ruang pameran 100 gadget rahsia Doraemon (Alatan yg tersimpan di dalam poket 4D Doraemon) pulak..







Banyaknya alatan.. dr magical take-copter yg fames tue; then Pintu Suka Hati.. Roti Sifir.. Awan Petir.. Lampu Pengecil.. Doraemon Mini.. Si Mulut Murai.. Bantal Mimpi.. etc. Semua aku dah baca dlm komik dia.. hahaa..

Deng!... Seriously mmg lebih untuk Makngah drpd anak² buah (^^!)..


Nobita + Shizuka's Wedding..


Then kami sambung ke bahagian Comic Zone.. Boleh rasa mcm berada di dalam buku comic (^-^)v.


..dgn Cik Widaad..


Padang permainan Nobita dan kawan²

Konsert Mega Giant.. (^^")


Kawasan kejiranan keluarga Nobita..


Pintu Suka Hati..

Dewi 3 Permintaan.. (err.. kot.. aku pun luper.. (^^')..)


Makde dan anak² buah..


Actually budak² nie dah letih.. lapar pun yer.. Yelah keluar rumah pkl 10.00am. Pusing² sbb sedikit sesat alih² dah pukul 11.15am baru sampai VIVA Home Mall.. Patutnya gi makan dulu.. bila dah masuk dlm nie lama la baru bleh dapat makannya..

So Kitorng pun duduk kejap.. lepak tepi tembok (^_^)..




Lepas hilang penat dan sakit kaki.. kami sambung skit lagi di bahagian pameran.. ambil gambar sampai lebam.. then beransur keluar dr kawasan expo..







.. Pameran 100 gadget Doraemon nie aku rasa fun.. tp pihak penganjur perlu banyakkan game/ activiti yg boleh bebudak main.. Sian budak-budak nie tadi.. lepas patung Doraemon ke 4.. diorng dah bosan (^^')..

Masa nak datang, dalam kereta sikit punya gumbira.. siap menyanyi² diorng bertiga kat seat belakang.. "Bulatan besaaarr!!.. Bulatan besaaarrr!!.. Tarik Kiri.. Tarik Kanaaaan.. Lurus ke Bawah..".. Alih² sampai, patung jer bebanyak..


Ermm.. ( ^_')

Tambahan pulak, kami datang hari Ahad.. Orang memang sgt ramai.. Sesak.. Memasing nk bergambar dgn setiap patung Doraemon dan gadget yg ada (macam aku).. Dah cangne? (^^,)


Last Pics before ke Subway..



Tapi apa pun.. aku enjoy jer sbb dpt luangkan masa sesama bebudak nie.. (^_^)v.. Next time kita pegi tempat lain pulak.. yg ada game dan aktiviti mcm kat pusat sains KLCC tue yer.. InsyaAllah..


Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...