Sabtu, Mac 02, 2013

Snowy Historic Village of Hokkaido in Sapporo..

Adik aku tanya.. "Ngah, bila nak habiskan trip jepun tue?".. dan aku.. "..eh!".. hahahah aku luper dah.. x habis lagi rupanyer (^^").. orang dah boleh plan pegi tempat lain dah nie patutnyer.. aku x tamat-tamat lagi bercerita-nyer..

Okeylah.. nie story pasal last day berjimba-jimba di Sapporo.. esoknya kami dah kena balik mesia..


[16 Dec 2012 AHAD]-Day Seven
Hari nie snow agak heavy.. kejap jer salji dah tebal kat tanah.. budak-budak nie giler excited main salji kat luar hotel.. Sementara nak tunggu aku turun, diorng sempat main snow fight depan hotel..

Aku pun nak main salji kat luar rumah jugak sbnrnyer.. tp kena gerak segera ke Historic Hokkaido Village Park (Kaitaku no Mura) kalau tak kang kejap jer dpt jenjalan kat situe.. tempat tue luas kot.. (^_^)v..


Depan hotel Chisun


Untuk ke Hokkaido Village Park perlu naik bas; JR Hokkaido Bus.. So dari hotel jalan kaki ke station bus.. Sepanjang jalan tue, terpaksa meredah hujan salji yg agak kasar .. nak kata blizzard.. mcm bukan tp kasar dan keras lah salji yg turun hari nie..


Ranjau Salju sepanjang jalan

menuju ke stesen bas..

Sapporo Bus Station


Sampai di bus station, around 9.00 am. ikut jadual lg 30 minutes baru bas bertolak.. so lepak-lepak jap kat situ.. Elok jer 9.30 am, kami bergerak ke Hokkaido Village Parks.. since park nie terletak di luar skit dr bandar Sapporo, so kira mcm kami round satu bdr jugak laa..

Sepanjang jalan masing² dah genki² dah tgk salji kat luar.. then bila sampai jer kat Village Park tue.. haa.. bertimbun salji.. x nampak jalan pun (^-^').. Suki desu! Memang kitorng nak main salji puas² pun hari nie.. hahaa..


Sapporo Station Building- the main entrance..

The Green House- Colonization Headquaters 


Historical Village of Hokkaido Park
Tempat nie actually ala-ala Taman Seri Malaysia kat Melaka tue.. tp dier limited kpd suasana Hokkaido tradisional zaman pertengahan era ke 19 hingga awal kurun ke 20.. kat sinie ada 4 main areas; which include The Town; Fishing Village; Farm Village and Mountain Village..

Aktiviti bersama pelancong kat sinie mengikut musim.. Kalau pegi musim bunga.. boleh tgk diorng celebrate Girls Festival (hina matsuri) dan Kids Festival.. Kalau pegi musim panas ada Start Festival; Kalau musim luruh boleh join diorng ber-Moon Viewing.. Then kalau time winter boleh belajar buat mochi, dan celebrate Christmas..


Kurumasa Inn

The Pink House- Urakawa Government Building


.. di kawasan bandar (Town Area).. ada banyak bangunan besar-besar.. macam yg kami lalu nie.. ada bangunan colonial, bangunan kerajaan.. Industrial office.. school.. etc.

Sesambil jalan kaki dan meredah salji nie.. kita boleh masuk ke dalam setiap building yg ada.. sbb kat dlm nie semua ada pelbagai pameran.. dan interior-nya disiapkan seperti zaman dulu.. so bolehlah kita lihat camner Hokkaido dulu-dulu..


Temiya Stationmaster's House

Pondok tepi jalan..


Since dah dekat tengah-hari so kami berhenti rehat dan lunch kejap di pondok kecil tepi jalan nie.. Bagus jugak diorng buat pondok camnie.. bila penat-penat boleh berhenti berteduh..


Tepian hutan..


Then.. jumpa sekolah dan rumah ibadah nie.. Kat Hokkai Middle School nie.. suasana dier lebih kurng mcm skolah kita jer (^^,).. Tapi aku sukalah uniform pelajar diorng.. yg belah-belah Osaka dan Tokyo lagi lawa school uniform dier..


Hokkai Middle School

Ryūunjii Temple


Then kami bertembung dengan oba-san nie.. kiyut jer macik nie petik DSLR dia sana-sini.. Then kitorng ajak dier bergambar sesama. dia kata dia dr selatan, luar dr Hokkaido.. saja jenjalan dan bercuti ke sini..

pastu dier mintak nak amik gambar kitorng berempat.. hehee.. boleh ajer.. tapi sila bawa balik dan tunjuk kat anak-cucu obasan yer, kata kami dr Malaysia nak berkenalan (^.^)v


at the clock..

Teresat di Bangsal Keluarga Ogawa..

Ogawa Family's House near the Dairy Barn 


Erm.. actually kami sedikit sesat.. hahaa.. mana taknya mata asyik berair, spek asyik kelabu jer.. x nampak jalan sgt.. dah lah asyik skidded sampai jatuh terduduk (^^').. dah pakai but PCK pun boleh tergelincir gak (^^")..

Kitorng sesat sampai nak masuk kawasan hutan area Mountain Village tue.. bila mcm dah x nampak jalan pulang tue.. kami just patah balik ke main road..


Mencari jalan pulang..

main pondok + berhenti rehat di pondok kayu.. 


Alhamdulillah.. jumpa jalan balik.. tp before that, sempat berhenti rehat menghilangkan lelah kat rumah kayu nie.. lama gak lepak sinie.. sempatlah fara ngan nana main-main sodok salji kat luar rumah..

Ha-haa.. Suka-suki buat macam rumah sendiri.. (^^")..



The main road

Police Box at Minami..


Sepanjang jalan nie.. ada church, noodle shop, barber shop, clinic, pondok polis, Oishi Sweet Shop, Ota Farriery, Cart and Sleigh Factory dan pelbagai lagi.. tapi dah malas dah nak masuk (^^').. haha penat la buka-pakai kasut..

Kitorng just jalan terus menghala ke Sapporo Station Building.. tp laluan nie cantik kan? agaknya time musim bunga/ luruh lagi lawa.. sebab diorng tanam pokok yg sama sepanjang jalan.. elok jer tersusun..


Post Office.. Yamamoto Barber shop.. Watanabe Grocery's Shop..

Mangsa buli- buat Happy Chicken Dance..

Snowman.. ke snow-alien? (^^")


Oh!.. sementara tunggu bus sampai, kitorng sempat buat snow-man.. cita-cita sblm dtg sinie lagi nie.. snow angel dah dpt buat dah kelmarin dan semalam.. tp tuelah, x comel la snowman nie.. cam alien.. hahah huduh (^_^)..


last pic di Hokkaido Park before balik..


pkl 2.30 kami bergerak keluar dr park.. nak pegi Tanuki koji- another shopping street.. Kami naik semula bus untuk ke Shin Sapporo. Then naik train untuk ke Odori Station.. dr situ boleh jalan kaki jer..

Sampai di Odori Station jam dah pukul tiga lebih.. Jalan-jalan sampai sesat. Last-last jumpa Daiso.. Bila dah masuk Daiso, ter-lama la plaks kat dalam tue.. sedar-sedar dah gelap dah hari bila keluar dr Daiso Sapporo nie..

Memandangkan tak sure jauh lagi ke Tanuki Koji nie dr tempat kami berdiri, maka kami decide untuk terus ke Mt. Moiwa jer.. (..dan sbnrnyer x jauh pun.. 15 minutes jer jalan kaki dr Daiso bila balik check kat google maps.. huhuu (T_T)..).


Aiko-chan dan Uda-chan mencari street car station


Dr situe kami cuba bertanya jalan.. kami tanya pd Aiko-chan. Bagus budaknya.. dahlah tahu berbahasa Inggeris, comel.. baik hati plak tue.. Kami tatau kat mana tramp/ streetcar stop tu.. Dia siap bawa kitorng ke sana.. hahaa.. tp jalan mmg super-laju laa.. jenuh nak kejar.. ~ kaki saya pendek (^^!)..

Lepas hantar kami, Aiko-chan pun balik.. so kami yg tinggal, teruskan perjalanan ke Mt. Moiwa.. nak tgk pemandangan malam bdr Sapporo dr puncak Mt. Moiwa.. Untuk ke stesen Mt. Moiwa, perlu naik street car, then naik bus..


With Morris-san @Sanroku Stesen of Mt. Moiwa


Sampai di Sanroku station (first station).. kami terus ke kaunter tiket ropeway dan cable car.. tp masa nak beli tue, staff dier ckp cuaca kurng baik hari nie.. so maybe x nampak apa-apa sgt kat atas.. then kami jadi hesitate untuk naik.. lepak jap untuk berfikir (^^')..

Pastu.. ader satu family dr singapore turun.. kitorng tanya-tanya laa.. ok tak view kat atas.. diorng kata, better naik. sbb dah sampai sinie kan.. then view memang sangat cantik kat atas tue..


Ropeway dan Cablecar


Dr Sanroku St.. naik ropeway ke Chufuku Sta.. then ada platform kat sini.. ada cafe, kedai souvenir dll.. ada kawasan lapang untuk main salji jugak, boleh keluar dr situe.. Then untuk ke platform seterusnya, perlu naik cablecar.. naik terus ke Sancho Sta. ..


Di luar Chufuku Sta. dan Sancho Sta.

3 orang awek jepun


Dari Sancho Sta.. perlu panjat tangga skit untuk ke summit area. Kat atas nie xder apa sangat, kecuali lapangan untuk kita tengok pemandangan bandar Sapporo jer.. Tapi yg penting, pemandangan dr atas tue mmg sgt cantik.. Tak nyesal naik Mt. Moiwa (^_^)v..


Panjat tangga untuk ke platform akhir..

summit view platform..

Pemandangan bdr Sapporo dr puncak Mt. Moiwa


Bila dah rasa penat dan sejuk x terbendung, kami pun turun la.. tiba masa untuk balik hotel.. perlu berkemas-kemas.. beg semua blum packing leklok lagi.. Esok dah nak balik Mesia dah..


Bye-bye Moiwa-san..

Last nite @Sapporo..

Sempat masak dinner (^_^)

..erm.. tanak balik... nak tinggal sinie.. (T_T)..


2 ulasan:

lynkhalil berkata...

hi tumpang tanya.. dissapporo you menginap dimana ya?

NedLi Sakurai berkata...

hi Lynkhalil.. kat Sapporo tue kitorng duduk kat Chisun Hotel.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...