Isnin, September 24, 2018

Temasik Trip: Museum & Merlion Park


Singapore Art Museum


1 Sept 2018 [SUNDAY] 
Hari nie kami keluar pukul 12.00 pm.. sebab penat giler. Semalam seharian berjalan di USS dan Sentosa Island.. Then plan asal nak melawat museum.. Singapore Art Museum (SAM) atau National Museum..

So kami berjalan perlahan-lahan.. menyusur bangunan-bangunan then jumpa School of Information Systems, SMU. Berhenti sekejap di sini untuk lunch; ada Subway..





Museums of Singapore
Then lalu SAM, tengok dari luar macam tak menarik jer.. so kami continue ke National Museum.. Same goes here.. dari luar nampak cam boring.. so bebudak nie ajak pegi Merlion Park. Boleh tengok singa muntahkan air (^^").. 

Lagipun semua museum di sini berbayar.. Lebih baik masuk theme park atau lepak Sentosa Island.. So sekali lagi.. berselfie di luar museum jerlah..


National Museum of Singapore


Hari nie kita naik bus.. memandangkan setakat ini, bus adalah pengangkutan awam yang paling available dan berhampiran untuk ke Merlion Park.


Naik bus ke Merlion Park



Fullerton Square
Bas berhenti di bus stand depan Fullerton Hotel.. then jalan kaki menuju ke Merlion Park.. Cuaca baik sangat hari nie.. tidak panas sangat dan tidak hujan.. view pun cantik..


Fullerton Square



Merlion Park
Dari Fullerton Square perlu berjalan sedikit lagi, untuk ke Merlion area.. Dan semestinya, nama pun kawasan tumpuan pelancong.. ramai betul manusia.

Maybe diorng pun tak suka melawat museum, kot.. (^^').


Merlion Park

The Float @ Marina Bay

Landmark of Singapore.


Then menyusur jalan menuju ke Garden by the Bay.. Nak cuci mata di taman buatan ala futuristik.. Dalam perjalanan, tiba-tiba ada construction skit dan menghalang perjalanan..

So terpaksa memusing dan berjalan lebih jauh sedikit, but then takpe juga, sebab dapat lalu Youth Olympic Park nie..


Youth Olympic Park



The Helix Bridge
Laluan the Helix Bridge, atau dahulunya dikenali sebagai the Double Helix Bridge, merupakan laluan yang menghubungkan Marina Centre dengan Marina South di Marina Bay.

Uniknya jambatan nie, ianya diinspirasikan dari structure DNA..


Helix Bridge



Garden by The Bay
Dari Helix Bridge, terus lagi sampai ke Marina Bay Sands mall dan museum area.. then perlu cross the road, menuju ke hotel di seberang jalan. Dari hotel nak ke taman nie, perlu lalu laluan bawah..

Ada lif disediakan untuk ke laluan underground.. dan dari situ perlu keluar sedikit dan nanti boleh nampak signage tunjuk arah ke taman.. Boleh pilih untuk naik train atau berjalan kaki.

Train akan bawa kita lalu Malay, Chinese and Indian Garden.. then stop di RISIS. Di RISIS ada cafe, toilet, kedai souvenir dan lain-lain.. Dari sini, bolehlah jalan kaki ke Flower Dome, Cloud Forest dan Super Tree Grove.

Oh!.. Kami naik train (^^' ).. Penat dah berjalan tadi..


Laluan underground

Di sekitar the Garden

Pokok emas..

dari atas train.. bergerak balik

Pantang jumpa cermin (^^,)..




------------------------//------------------------


Dalam pukul 6.00 pm, mula bergerak balik ke Beach Road.. Perlu ambil beg yang kitorang tumpang di hotel dan have dinner di Kampung Glam Cafe sekali lagi ..

Sesambil tunggu makanan dan air sampai; aku, nana dan iisya lari sekejap untuk usha souvenir. Ada kedai jual pelbagai t-shirt, beg kain, key-chain, fridge magnet dan lain-lain dengan harga berpatutan.

Kalau dari Kampung Glam Cafe, terus jer menuju ke Masjid Sultan.. then boleh jumpa kedai nie selang 2-3 pintu dari hujung jalan, deretan kedai di belah kanan.. Nama kedai lupa pula (^^')..


Arab St.


Uda pesan siap-siap.. jangan lama-lama sangat.. Bas gerak pukul 10.00 pm. Hehe.. Uda knows us best.. Kami bertiga memang jenis ambil masa lama bila pilih barang time bershopping (^^' )..

Tapi ok jer.. Alhamdulillah.. sempat (^_^)v.


Last pics di persimpangan jalan..

Sebelum naik bus..


Bas gerak on time.. sama macam hala datang, perlu turun untuk urusan kastam.. Then naik bas semula, pastu gerak balik ke Kuantan.

Sampai di Kuantan pukul 4.30 am.. dan terima kasih Fara sebab datang jemput kitorng.. Mujur ada macik (^_^)..


Berakhirlah sudah, trip ke Singapore.. Till next trip (^_^)/.



Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...