Ahad, Disember 30, 2012

Tokyo "Cuci_Mata" a Day Tour..

Sesampai di Narita, mendarat pkl 6.15 am (waktu tempatan).. kami terus gerak cepat². Dah sampai jepun, mana bleh slow-mo.. (^^').. xderlah sbb kami nak kejar train, bimbang lambat sampai hotel; nanti lambat la pulak nak gerak jalan² pusing Tokyo..

Nihonbashi

After selesai urusan passport dan beg semua, kami gerak ke kaunter Suica.. Nak jenjalan kat Tokyo nie better guna Suica card.. senang nak naik-turun train. Nak beli brg kat combi-store atau vendy-machine pun boleh..

Lepas beli Suica card.. kami bergegas cari line train yg sepatutnya.. then kami comfius.. nak naik train yg mana? (^^?)..

Nasib ada abg polis yg kawaii nie.. Tapi jenuh dia dibuat kami.. dan jenuh jugak kami dibuatnya.. (^o^).. Dr awal dah glabah mamat nie.. kejap raba poket cari pen.. kejap cari phone.. pastu tulis² kat map kitorng.. pastu tiba²; "Ah! Chotto matte kudasai".. ~for u my dear, i'll wait a hundred yrs.. (^^!)..

Then dier gi kat train attendant.. lari² dgn kiyutnya. Then kami pun pegi dekat diorng.. Akhirnya pacik attendant tue yg tolong kami.. tapi polis tadi elok jer duduk sebelah, dgr sekali..

Dan habis selesai pacik tadi beritau jalan dan naik train apa semua baru abg polis tue pegi.. itu pun selepas beberapa kali duk tunduk².. (Kami pun sibuk terikut tunduk² hormat balas). Sopannya. (^_^).. Pulangkan pen pun pegang dua belah tangan.

Aii.. sopan sungguh. Anak sapa la nie (^-^)..


Dah sampai.. Hotel Nihonbashi Villa


Okeh.. naik train menuju ke Chiba.. then Nihonbashi.. amik masa lebih kurang 2 jam camtue.. pkl 11.15 kami sampai dan alhamdulillah.. keluar jer dr tangga station terus nampak hotel; bolehlah disimpan beg² yg berat nie (^_^)..

Then settled semua urusan bilik, check in dan lain-lain.. maka agenda utama untuk hari ini pun bermula.. v(^_^)v Yea!!


[10 Dec 2012 ISNIN]-Day One

Sebelum naik train semula, kami singgah combi-store.. ada banyak kat sinie.. Seven-E, Lawson etc. Nak beli onigiri dan air mineral.. boleh buat bekal untuk lunch.

Kanda river + Asakusabashi bridge


Boat-boat yg ada kat situe sebenarnya kedai minum.. kedai minum-minum actually (^^').. bukak malam jer..

Erm.. kalau kat sungai pahang tue buat kedai kopok lekor dlm boat camnie best gak kan? tapi muat ke nak duduk ramai² makan kopok? Jatuh sungai la plaks pelanggan² nie karang (^^").


Kedai runcit dier jual atsui Oden (^_^)..

ikut tentatif hari nie.. kami nak pegi tgk Sumo Museum, Edo-Tokyo Museum, Takeshita Dori, Harajuku, shibuya Crossing, Central Park, Divercity.. Rainbow Bridge.. Fuji TV...


erm.. ( ^_')

Okey.. tempat tuju pertama ialah museum.. 2 buah museum yg agak terkenal di Tokyo sbb 1 museum sukan sumo.. dan satu lagi museum zaman Edo.. Both museum terletak di Ryogoku dan kami perlu naik train utk ke sana + jalan kaki skit (^_^)..


Train st. near Asakusabashi Bridge

Mencari Sumo Museum..

Arashi pertama dijumpai.. ~Arashi wa, doko kana?


Kami nak cari Sumo Museum.. tp x jumpa... then xder plaks org nak ditanya.. kami cuma jumpa kedai-kedai makan nie jer.. dan kalau diikutkan dah dekat sgt dah.. ( .' ')


berhampiran Sumo Museum (err.. kot.. haha)..


.. Bila dah pening.. dan main ikut gerak hati dan langkah kaki jer.. last-last sampai kat Edo-Tokyo Museum.. sekali lagi agak kurang bernasib baik.. museum nie tutup setiap Isnin.. Adeh (-_-)..


Edo-Tokyo Museum

Close on Monday.. (-_- )


Sbb dah semuanya tutup.. kitorng berhenti untuk lunch kejap. Makan Onigiri jer hari nie. Kedai² makan mmg banyak tp semuanya kedai chanko-nabe; sbb nie kawasan org sumo. Makan daging panas-panas ngan nasi kan..

Oh!.. Chanko-nabe nie stew special utk diet sumo wrestler- rikishi's diet.  Actually meals nie diet yg sihat; ada ayam, ikan, tofu dan sayur cooked in broth. Tp kalo makan banyak² sekali hadap x bleh la juga kan.


Onigiri for lunch

Then kitorng jalan lagi.. pastu ternampak cam ada bangunan cantik kat hujung jalan.. makanya terus menuju ke sana.. Alang-alang dah sampai..


Menuju ke Yokoamicho Park


Yokoamicho Park
Rupa-rupanya tempat yg kitorng tuju nie adalah public park.. dan ianya dibina sempena memperingati mangsa bencana alam yg tragis tahun 1923 dulu. Time tue selepas Great Kanto earthquake, seramai 44,000 org mati di pukul taufan. Bkn taufan biasa, tp firestorm katanya.

Iskh.. mesti dasyat kan time tue.. tp park nie cantik..






Then dr Ryogoku kami ke Shinjuku.. Nak pegi tgk seluruh bandar tokyo dr tingkat 45. So kami bergerak menuju ke bangunan kerajaan tokyo nieh..


Tokyo Metropolitan Gov. Building
Juga dikenali sbg Tokyo City Hall or Tochō for short nie adalah bangunan pentadbiran kerajaan untuk bdr Tokyo secara keseluruhan. Ada 3 bangunan utama kat sini. Yang paling tinggi, main building No.1 ada 48 tingkat..

Kami nak naik ke observation decks tue.. kat tingkat 45. Boleh tengok seluruh bandar tokyo dr atas. Sugoi na~?


Bersama macik Yuko-san


Masa sampai kat info center tadi.. tetiba kami disapa dek macik Yuko-san nie.. dier kata dier nak bawa kitorng tour bangunan nie dan lawat kawasan sampai ke kawasan meninjau kat tingkat 45 tue.. ~ well rezeki jgn ditolak..

Masa borak ngan macik Yuko-san.. dia tanya "What make u came here?".. then uda jawap "Ah!.. Arashi san of course".. pastu macik tue diam jap.. then "aaa matsumoto jun to?" hahah.. macik nie ingat yg ensem jer..

Dia tanya uda lagi suka sapa?.. uda ckp Satoshi san.. then tetiba dier tanya aku.. aku yg mcm terkedu tp masih menjawap "Ah!.. Sho-kun".."Oh! the clever one" macik yuko-san jawap.. "Ya.. the Keio boy ne~"..

See.. walaupun jurang usia kitorng dgn macik Yuko san sangat besar.. tp kitorng bleh borak pasal Arashi.. Subarashi desu na~.. (^_^)


Metro Twin Tower + Tokyo today_Tokyo Edo


Tokyo city from above


Lepas di bawa melawat kawasan oleh macik Yuko-san, kami bergerak sendiri.. Masuk semula ke information center tue.. sbb nak tgk hiasan dinding yg agak menarik nie..

Hiasan dinding tue mewakili setiap daerah di Tokyo dgn tarikan pelancong masing².. Macam Akihabara- ada budak pelik² (^^,); Ryogoku- sumo; Shibuya- Hachiko + Shibuya Crossing; Harajuku- Takeshita Dori; Yokohama- tempat dating favourite Sho-kun dan lain-lain..



Tokyo Tourist Information Center


Then kami gerak ke Harajuku.. nak shopping (la konon) kat Takeshita Dori yg femes ngan lorong shopping.. Dr Twin Tower Building, terpaksa menapak skit untuk ke Shinjuku Station; before turun di Harajuku Station.


looking for Shinjuku Station..


Harajuku Station terkenal dgn bangunan Clock tower antique nie.. unik plaks rasanya bila bangunan nie dijadikan train station (^_^).. suki!.


Harajuku Femes Clock Tower Station


Takeshita Dori -Shopping road
Erm.. Takeshita-dori nie sbhgn drpd Harajuku.. satu lg kawasan lepak budak² remaja di Jepun nie.. katanya kalau pegi hujung minggu bleh tgk lagi pelbagai ragam manusia kat sinie terutama dlm berfesyen.

Takeshita-dori pula laluan atau kawasan untuk bershopping.. Everything berkaitan dengan fesyen, accessories, top brands store, low-priced products.. semua ada kat sini. Erm.. tp walau bkn weekend pun, agak sesak jugalah jalan nie..

Oh!.. Nak carik bento tools sebenarnya.. dan kami hanya singgah di kedai row depan jer.. sbb x larat nak jalan satu hal.. (panjang giler road nie).. then nak kejar kan Gundam menari plak.. lg pun adik² dah tensen sbb aku shopping lama (^^”)..


Takeshita Dori -Shopping road


Then, it should be Shibuya.. nak duduk kat tgh-tgh Shibuya Crossing yg femes tue.. tp mcm kalau pegi juga kang x sempat nak tgk robot 18 meter menari-nari.. so kitorng skip Shibuya.. frust jugak.. terlepas Hachiko monument.. tp takpe laa.

..so next.. Divercity

erm.. nampak mcm smooth jer kitorng jenjalan hari nie kan? mcm dah biasa jer.. tp actually tersesat jugak.. (^o^).. train line kat Japan nie mmg sangat mengkompiuskan Uda-can..

Aku? Aku mmg dah sedia x paham langsung pasal train system kat sini (^^i).. Aku buta jalan. Sian budak² nie tp nasib baik diorng hebat.. Sugoi korng!~ Sugoi!! \(^.^)/


Sesat di Yokohama St.


Then kami cepat² patah balik ke Odaiba.. Tapi awal sgt la plaks sampai Odaiba (^^,).. dah la sejuk sampai ke tulang.. hari dah makin gelap.. nak tgk robot menari pkl 7.30 pm kot.. So kami masuk jenjalan dlm mall dulu..


Diver City Tokyo


Jenjalan dlm mall tanpa tujuan actually.. then tetiba ternampak kedai Hello Kitty Japan.. Kenapa aku x masuk dlm kedai nie pun aku tatau.. WHY!! haha.. lepas balik baru aku tau dlm nie banyak Bento picks.. sy sedikit menyesal (-_-).. maybe kena repeat dtg sini dak? (^_^)


Hello Kitty Japan


Oh! kami keluar awal skit untuk tgk robot.. Dan mujur keluar awal.. sbb untuk bln December, show dier awal skit. Kalo leka kat dlm tadi mesti x dpt tgk Gundam menari.. Then ingat dier nari ala-ala kakkoi.. sekali nari ikut lagu Jingle bell.. (^^!)


Gundam


Besar sungguh rupanyer patung robot nie.. Gundam nie pernah jadik idol budak² jepun kot.. ke masih lagi diminati? Eh!.. mestilah kot.. (^_^) kalau tak takkan ada Gundam café dan Gundam Outlet kat sinie kan?..

Then kami gerak ke Aqua City Odaiba.. Nak tengok nite view dr atas deck. Dr sini, bleh nampak Rainbow Bridge.. berhampiran Aqua City.. ialah Fuji TV.. sayangnya dah malam.. Arashi dah balik tido kot.. x pun tgh practise kat Tokyo Dome untuk konsert esok-lusa..


Fuji TV

Rainbow Bridge

Aqua City Odaiba


Tak lepak lama pun kat sinie. Sejuk menyucuk-nyucuk tulang.. 7˚C suhu mlm nie; then dgn angin kuatnya.. Memang x boleh lama-lama. Lebih kurng pkl 9.15 kami mula bergerak balik.. Minna kairo.. hayaku.


@ the train st.. beratur untuk naik train? Subarashi desu ka?

dah time untuk balik bilik..


..lagi pun esok nak kena bangun awal.. nak pegi panjat gunung (^_^).. x sabar nak pg Mt.Fuji esok.

Fuji San.. watashi wa ikimasu!
Mata ne~



4 ulasan:

huD berkata...

Aku pun hulur pen due belah tangan jugak, dozo2~ haha kawaii policeman is kawaii. Kanda river btw name sungai tu, yg kite cross tu asakusabashi bridge if tak silap... We want more, we want more :))

NedLi Sakurai berkata...

hahaha.. tp policeman tue buat lagi comel (^^").. ok dah update.. nanti nak up hari-hari berikutnya plaks..

Tanpa Nama berkata...

Hai ned,
nak tgk gundam menari ni kat area mana ye? cam best jer...:)

NedLi Sakurai berkata...

Dear Anon..

Nak tgk Gundam kena pegi ke Diver City Tokyo.. kalau datang dr Odaiba Train st, perlu masuk ke dlm mall tue dulu.. then keluar ke pintu satu lagi.. (^_^).. robot besar tue kat area situe..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...