Selasa, Mac 25, 2014

Viewtiful Vietnam: Ha Long Bay Cruise


With Ngo Tung @GreenDiamondHotel


Dah masuk hari ke dua dah kami di Vietnam.. Walaupun blum habis ronda bandar Hanoi, tapi kami perlu bergerak ke Ha Long Bay.. nak naik boat tengah hari nie..

Since nak jalan jauh.. maka perlu mulakan hari dgn breakfast yg sihat (^_^).. (and here is my another Vietnam Coffee (^-^)..)


tgh tunggu breakfast dihidangkan..

Toast with jam and butter


11 March 2014 [Tue]
Lepas breakfast.. Mr. Hung panggil kitorng naik bus. Actually sepatutnya kitorng gerak 8.30am.. tp dah curik skit masa dia.. yerlah.. duk sibuk makan, tapau roti dan bergambar ngan Ngo Tung (^^')..

Nasib x kena marah.. (^^,)


last pics with Ngo Tung, before naik bus..


Dalam bus.. Mr. Hung, selaku tourist guide kitorng banyak bercerita pasal sejarah Hanoi dan kisah² Vietnam War. Katanya banyak tinggalan sejarah, kesan perang dan statue dibina selepas perang.

Ada juga dia bercerita pasal John McCain yg hampir kehilangan nyawa semasa incident di teluk Tonkin.. jadi tawanan perang apa semua.. then org Vietnam buat statue John McCain dekat Silk Lake berdekatan dgn spot di mana kapal terbang John terhempas.. etc.

Tapi aku xleh nak explain detail sbb antara dgr tak dgr (sbb busy amik gambar).. nantilah tanya mak pasal perang vietnam nie (^_^)..


Mr Hung, houses and world's largest ceramic mosaic 2010

dlm bas.. bawak bekal pisang mcm Ochan (^^')..


Memandangkan kami ada 4 jam dlm bas nie.. Mr. Hung sambung bercerita.. katanya lagi, traffic kat sini mmg huru-hara.. tp jgn panic kalau kena hon, tue bukan diorng marah kita melintas.. tp nak kita alert dan be extra careful.

Local people mmg suka makan street food, lepak² di kaki lima dan sgt friendly. So kalau sesat jgn segan bertanya.. nak² kalau aweks² yg datang bertanya.. lelaki² Vietnam boleh tlg tunjukkan jalan.. kalau nak dipimpin tangan pun boleh.. kata Mr. Hung ..

Boleh tahan jugak sembang pacik Hung nie (^^')..




Seni Sulaman Tangan org Vietnam..


After 2 hours journey.. kitorng singgah kejap di ABC Stop Over.. kotlah nak beli hasil tgn org Vietnam.. ada sulaman, ukiran batu.. baju, kopi etc. Tapi aku dan bebudak nie x beli apa pun.. malas nak beratkan beg lagi..

After 30 minutes kami gerak menuju ke jetty. Group kami akan naik Royal Heritage Boat.. kami berempat dan 2 pasang couple dr Canada.. so cuma kami berlapan sahaja. Pastinya boat tue kami yg punya.. Wuhuuu (^.^)


boat-boat sedia menunggu..

Jetty..


Ha Long Bay
Sampai di jetty pkl 1.15pm waktu tempatan. Kami naik boat kecil untuk ke Royal Heritage Boat yg berada di tgh laut.. After check in room dan refresh, we had our lunch..


The Royal Heritage -Our boathouse..

our luxury rooms

di luar bilik


Lepas lunch which is so delicious and we've been served like kings (^_^).. kami rehat sekejap before dibawa ke Amazing Surprise Cave (Sung Sot Cave)..


~Credit to Ila   

atas boat kecil..

..otw ke Sung Sot Cave..


Sung Sot Cave
Merupakan gua yg terbesar di Halong Bay. Gua yg terletak di Bo Hon Island dan di tengah² kawasan Warisan Dunia UNESCO ini mendapat nama dr seorang panglima Perancis yg terkejut dgn saiz gua yg sgt besar ketika ianya ditemui..

Sung Sot = surprise = terkejut (^^")



Panjat tangga before masuk gua..


Gua batu kapur nie byk dibangunkan utk tujuan pelancongan. Ada laluan pejalan kaki yg berturap sepanjang 500m dan lampu utk memudahkan pelancong. Elemen² semulajadi spt stalactite dan stalagmite sgt dijaga..

..dan kami diminta agar tidak kerap menyentuh permukaan gua dgn tangan terutamanya untuk memastikan ianya kekal terpelihara.. Jom kita masuk gua.. (^_^)


the entrance

masuk gua pakai selipar.. (^^")



..pintu keluar..


Cantik guanya, tapi lebih kurang jer dgn gua² batu kapur yg aku pernah pegi sebelum nie.. Cuma lelangit gua agak sedikit unik dan berlainan.. berlopak²; hasil kesan drpd pukulan ombak.

Erm.. tinggi juga air laut kat sini.. sampai ke langit gua.. ( ^-')..


Oh!.. Hampir 45 minutes jugak kot berjalan dlm gua.. (campur tolak masa ambik gambar sekali.. hehe).. then kami keluar dr gua.. perlu panjat tangga ke atas pelantar pemantau. Ini antara view yg boleh dilihat dr atas..


View from the top

Di atas pelantar

Dah masa utk turun ke bawah..

kedai runcit terapung ('_^ )

Kembali ke jetty..


Selepas Sung Sot Cave.. kami singgah boat besar kejap, kot-kot ada yg nak ke tandas.. after that baru gerak ke Ti Tov Island. Hung kata boleh mandi kat pantai nie.. tapi air sejuk giler kot.. Lain kali jer lah (^^').


Jetty Ti Tov Island


Ah-moi chantek

Amy.. Posh and Ila..


Cantik pantai dia.. pasir pun putih.. kira mcm romantika de amour la jugak.. dan utk sekian kalinya aku tanya ila, kenapa aku dtg sini dgn dia? (^^").. haha..


di tepi pantai (Ti Tov Island)


Since x mandi laut.. maka kami decide tuk panjat bukit yg ada kat situ tuk lihat view dr atas.. Giler mencabar. Siap kena tegur dek pelancong lain bila diorng tgk kami cuma berselipar..


dataran pemantau..


20 minutes gak lah mendaki bukit nie.. Penat! Tapi sangat berbaloi.. Pemandangan dr atas mmg sgt memukau. Aku amik gambar then compare.. aku rasa jauh berbeza.. (nampak sgt aku x reti ambik gambar (^^")..)



Menuju puncak.. for a subarashi view..

..Subhan'Allah ..All praise to Allah


Lepas puas menjamu mata dgn view yg indah nie.. kami pun turun. OTW turun.. posh suruh tukar selipar ngan dia.. bimbang aku jatuh tergolek dog kot.. heheh bagus budak posh nie.. sgt menjaga kakak dia yg sorang nie.. (^_^). TQ Posh.


with Mr and Mr. Derick.. Amy-Rose and her bf.


Sebelum balik ke boathouse, kami bergambar utk kesekian kalinya (^^').. So then baru kami balik untuk refresh and cooking class before dinner.

Since kami malas nak masuk bilik lagi.. kami pegi lepak di sundeck. Tak sempat lg nak lepak sini hari nie.. sbb tue kami naik. Kengkonon nak tgk sunset.. tp kebus sgt tebal.. tak nampak matahari..




Boat-boat dan sampan di kala senja..


Pkl 6.30pm kami masuk dan tunggu Hung.. Cooking class dah nak start! Yatta!

Hung kata diorng nk buat cooking class, masak Vietnam spring rolls. At first aku ingat dia nak ajar buat kulit popia, rupa-rupanya ajar camner nak gulung popia ajer (^^').. oklah drpd takder.. kan? (^-^).


Hasil tangan kami berempat


Selesai cooking class, kami masuk bilik utk rest.. mandi dan solat.. 7.30 dinner pun ready.

Kami makan seafood. Yelah duduk atas boathouse tp x makan seafood mcm x logik la pulak (^^').. First time makan tiram. Fresh and juicy.. mecha-mecha oishii. Then diorng hidangkan fried spring rolls yg kami gulung tadi.. Terbaik!




Activiti lepas makan malam ialah samaada pegi squid fishing atau karaoke. So kami pilih squid fishing (^_^)v. Macam pelik tak? Hung pun pelik bila kitorng kata nak mencandat sotong instead of karaoke.

Tp mcm klaka jer mencandat kat sini.. kami hanya diberi sebatang kail dgn tali tangsinya tak sampai dua meter panjang.. (^^')

Oh!.. tapikan.. masa mencandat tadi, dua kali sotong naik dan main² kat kail Amy.. tp sayang tak tersangkut.. Sedey jer.. kalau tak, dpt merasa makan sotong celup tepung di Ha Long Bay (^^")..





Okeylah.. till next post. Bye for now..


7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

k.aini......sung sot cave bukan amazing cave....surprise cave la....huhuhu.....tetibe nk terharu bley yg psl ckp sy suoh tukar slipar....hahahahah.....byk gak gmbo akak yg lawa pe kt halong bay....hehehehe
- posh -

NedLi Sakurai berkata...

Oh! dah tukar erk?.. okey-okey.. nanti edit.. (^^,)..

Tanpa Nama berkata...

hahahah....bukan dh tuka...mmg itu name dia....the surprise cave...hohohoh
- posh -

NedLi Sakurai berkata...

akak rasa mcm ternampak perkataan Amazing masa kat papan tanda depan pintu gua tue.. tue yg letak Amazing instead of Surprise.. tp takpe akak dah edit post (^_^).. tq for the info

Ceemoo Mazlan berkata...

As salam, awk book trip cruise kt Halong Bay tu direct ngn hotel ke atau cmne? and bape hrga?
^_^ tq in advance

NedLi Sakurai berkata...

yg tue.. kitorng beli kat Groupon.. kebetulan lepas book tiket ke Hanoi, ader pulak promotion kt groupon.. so beli terus jer time tue.. Harga tak brp ingatlah.. dlm RM200++ kot

Ceemoo Mazlan berkata...

Tq..hehehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...