Memaparkan catatan dengan label Summer Holiday 2010. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Summer Holiday 2010. Papar semua catatan

Selasa, Oktober 24, 2017

Girls Trip: Cameron Highland




Kami sambung cuti-cuti ke Cameron Highland pula.. Tapi Radie, Iffah dan Alisya, tak ikut.. Diorng sambung jalan Ipoh, then balik KL.. So, seawal pagi, kami dah keluar, cari brakfast.. then terus menuju ke Simpang Pulai..




22102018 [Saturday]
Cameron Lavender Garden
Tempat tuju pertama ialah Lavender Garden. Antara tarikan baru di Cameron. Kalau nak lihat pemandangan indah ladang kecil Lavender Hokkaido dan Mona Lavender, bolehlah datang ke sini. Tiket masuk pun cuma RM8.00 per entry.




Antara yang perlu dicuba ialah ice cream lavender.. Tapi uda x suka bau dan rasa ice cream nie.. Dia kata macam makan pewangi bilik (^^")..

Pernah rasa ke pewangi bilik? hahaha..




Then kita naik sikit ke level seterusnya.. Taman ni ada banyak level, atas sikit lagi ada cafe dan kawasan untuk ambil gambar..


Cafe

Level atas, Lavender Garden



Hala nak turun dan balik ke kereta, ada banyak kedai-kedai kecil jual souvenir, buah-buahan, jeruk dan manisan, pokok kaktus.. dan dah alang-alang, belikan sikit pokok kaktus yang mak pesan.

Esok pagi, pergi taman kaktus, boleh tambah sikit lagi (^_^)..





Ladang Teh Sungai Palas
Next, kami ke ladang teh.. Nana ajak kami panjat anak-anak tangga semata-mata untuk menikmati haruman teh terbaik tanah tinggi nie (^_^)..




Sesampai di BOH cafe, orang memang dah mula ramai.. So terpaksa separuh cari dan copkan meja, separuh lagi beratur beli air dan kek..




Mujur dapat meja di kawasan anjungan dan menghadap ladang teh nie.. Subarashi Desu (^_^)..


Lepas minum..



Dalam pukul 2.00 pm kami turun dan mula mencari kedai makan untuk lunch.. So singgah di Nova Highlands Resort and Residence Square, makan tengah hari di Teh Tarik Place..


@Nova Highlands Resort & Residence Square



Selesai makan, pusing-pusing kawasan sekitar, then singgah Kea Farm jap.. Nak carik sayur untuk masak steamboat. After that baru kami check in hotel.

Dan bila dah check in, memang rasa malas nak keluar semula..


Makan malam kami (^_^)v



23102018 [Monday]
Pagi juga kami check out tadi.. Pastu singgah sekejap di kedai jual kaktus nie.. Tak ingat pulak nama kedai nie apa.. Just nak tambah pokok bunga kaktus yg mak kirim..


 


Then kami ke Kampung Taman Sedia, area Tanah Rata.. Nak try nasi lemak sambal strawberry (^_^)v.. Dah viral katanya kedai 200 Seeds Cafe nie..




Okey lah, nasi lemak dia.. rasa kelainan bila straberry dibuat sambal, Then kami ambil juga set lontong kuah lodeh dan soto ayam, plus scone..

Tapi kurang comel scone dia (^^")..






Cameron Valley Tea House 1
Then selesai makan, kami bertolak turun ke bawah.. Otw balik, lalu Ladang Teh Bharat, so berhenti sekejap di Cameron Valley Tea House 1..

Sesambil tue, boleh lawat ladang (^_^)..


 


2D1N sahaja singgah ziarah kami ke Cameron Highland kali nie..  Next time kena pegi lama skit.. dan pegi ramai-ramailah pula (^_^)..




Ahad, Januari 23, 2011

The Day We Picked All the Cherries.. (^^')


(It's supposed to be uploaded six month ago.. pardon me if I've caused any misunderstanding.. (/_'\) gome nasai~)


[24 June 2010 THURSDAY]


Erm.. sungguh dolu-dolu la gambar nie... kaler dier mcm nolstalgic (^^ ').. maybe sbb matahari agak kejinggaan time nie, padahal hari baru nak naik.. baru pkl 8.00 am.. nampak sgt x pro amik gambar.. te-he (^^!)

oh!.. hari nie hari ke-empat road-trip we all.. dan kami rasa sgt bertuah.. Actually nak amik gambar depan signboard travelodge.. sekali tetiba Farah nampak ada pokok cherry berbuah lebat.. (^_^)



..mengusha bebuah cherri yg masak ranum



.. sgt mengujakan.. hoho.. (^.^)



..tgk nie.. heee ('_^)..







.. mengredkan bebuah cherry..



..geram tak? (^^,)


We all dpt 2 plastik besar buah cherry hari nie.. bleh buat makan-makan dlm keta sepanjang jalan dari Wellingborough ke New Castle (^_^)v..

alhamdulillah rezki.. rezki... (^-^)..

Isnin, Ogos 02, 2010

Berakhirnya Sebuah Summer Holiday..


Alhamdulillah, dan sampai Malaysia dengan selamat..

Kitorng balik sini last Sunday (27 June 2010).. Hari tue, pepagi buta dah kena pegi Aberdeen Airport.. Uda yg hantarkan dan seperti biasa, perlu timbang semua beg yg ada.. kebetulan dpt akak kaunter yg agak cerewet.. kitorng terpaksa kemas semula beg-beg dan bungkusan yg nak dibawa balik.

Takleh lebih dr 20kg setiap item.. Ala.. lebih 2-3 kg jer pun.. akak tue jer yg terlebih dedikasi (^_^) hehe.. takperlah dah itu kerja dier.. Tapi flight balik kali nie sgt smooth. Transit di Amsterdam pun xder delay-delay dan tak mcm masa aku balik thn 2007 dulu.. siap ada kekecohan beg tanpa tuan yg dikhuatiri ada bom masa transit di Airport Heathrow (^^,)..

Oh! Cumanya kami bertiga agak menjadi tumpuan skit sbb mengangkut bungkusan yg dibalut kemas mcm besday present (^^' ). Semua org tegur maknya parcel tue.. termasuk abg2 cabin crew. Barang2 kaca untuk mak tue, kitorng bungkus leklok mcm dibalut ngan pembalut hadiah.. Parcel tue besar sgt, bila pegang di tangan hampir tutup muka (^^!).. tue yg menarik perhatian semua org..

Selepas lbh kurg 13 jam dlm flight MAS we all pun sampai di KLIA.. Since bah dan abgwan masih blum sampai.. so tolong-tolong Nana kemaskan beg dier.. Nana perlu naik flight ke Kedah plaks.. esok dah start kelas.. hahaha saiko tak? nie mmg betul2 pegi bercuti, balik Mesia bila esok cuti dah habis (^^' ).

penat kan? tp takpe berbaloi (^_^)v..


erm.. ( ^_')

tamatlah sudah percutian musim panas kami untuk kali ini.. mmg sgt x menjangka akan memijak kembali bumi UK.. ingatkan sekali tue jer dulu.. tp nak buat camner, sian budak2 nie nak tgk tempat Kak Uda dier blajar.. so terpaksalah aku temankan (^_^)..

dan sesungguhnya, keterpaksaan itu adalah sgt direlakan.. hahaha (^o^)v

Sabtu, Julai 31, 2010

Hari-hari Akhir di Aberdeen


Sepanjang minggu yg lalu kami telah round England dan sekurng2nya telah cover 1,265 miles.. yang mana jika tanpa berhenti.. dr Aberdeen- Carlisle- Birmingham- Salisbury- Cambridge- Wellingborough- Newcastle- St. Andrews dan balik semula ke Aberdeen; memakan masa lebih kurng 25 hours.. with consistent speed and without stopped for gas/eat/toilet etc (^^,)..

dan masa pulangkan keta sewa siang tadi.. org tue terkejut sbb jauh giler kitorng drive guna keta tue.. haha (^o^)v.. tp x menjadi kesalahan.. janji pulang keta seperti mana yg disewa di awalnya, dah la (^_^)..



More than 1,265 miles! Sugoi ne~? thanx to Uda-chan sbb dia memandu almost 55% sepanjang roadtrip kali nie.. selebihnya aku dan fara.. nana bawak sekejap kat car park di York.. hehehe x berani nak bagi dier bawak (^^' )..


Erm.. ( ^_')

Esok pepagi dah nak kena balik Mesia.. Uda bawa adik-adik lawat school dier.. aku x ikut sbb dah pegi dah dulu.. lagipun beg x siap packing lagi.. Rasa mcm nak nangis, barang2 crystal mak nie dah terlebih berat.. terpaksa aku lupakan sedikit souvenir/brg2 yg aku nak beli lg sblm balik.. beg dah x muat (T,T)..

Oklah.. sementara aku menyudahkan packing bag nie, biarlah korg tgk gambar2 mereka di school Uda siang tadi..








LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...