Pak Bara View Point |
20 Jan 2018 -Saturday
Hari nie.. seawal 7.00 pagi kami dah bersiap dan keluar untuk breakfast.. Beg semua pun dah siap kemas sebab after breakfast, kami akan terus bergerak ke Hatyai.
Breakfast @Bara Resort's Cafe |
Tapi usai breakfast, kami ke Pak Bara View Point sekejap.. Saja nak cuci mata tengok pantai dan laut. Kalau diikutkan, nak singgah petang semalam, tapi semalam macam agak lewat.. So singgah pagi nie sahaja.
Selesai bergambar beramai-ramai di view point, kami menuju ke Hatyai.. Nak cuba rasa tomyam putih authentic. Diorng janji nak bawa kami semua lunch di Restaurant Thai-Malaysia. (^_^)
Tomyam memang sangat terkenal di seluruh tanah Thai, atau Poktek (Poktek: lebih kurang macam tomyam, tapi ada daun basil thailand). Nombor dua terkenal di Thailand, Som Tam; dan Kem Som, masakan ala-ala asam pedas/asam rebus jatuh nombor tiga..
So kalau mai Siam.. wajib cuba.. Apa lagi yer.. makanan sini yang best? Erm.. street foods yang best ke?..
Atas bas.. |
Big Bee Garden
But since sampai awal di Hatyai, maka kita ke Big Bee Garden dulu.. Tempat nie, jual product berasaskan madu. ada madu asli, royal honey, porpolis, sabun dan skin care dan macam-macam lagi.
Sebaik sahaja sampai.. Kami ditempatkan di dalam satu bilik untuk sesi penerangan berkenaan khasiat madu-madu yang ada di sini dan produk-produk mereka.
..dan signature Big Bee Garden ialah royal honey.
Di bahagian belakang ada taman hiasan.. tapi kami tak berpeluang nak bergambar sebab hari hujan.. dan agak lebat. So ambil gambar dari kejauhan jer..
Ranu Kohyo
Then sambung ke kedai borong makanan kering.. Tempat ni banyak jual pelbagai jenis kekacang, jeruk dan halwa, maggi, kudap² dan keropok, snack seaweed.. pes tomyam pun ada.
Kalau nak cari ikan kering, sotong dan hasil laut pun boleh, borong semua-semua tue kat sini.
Dapat dua beg plastik.. |
Nora
Selepas memborong makanan kering dan kudap²an, kami sambung bershopping di Nora pula. Kedai ni menjual barangan kulit, t-shirt, gelang dan pelbagai barangan lain. Bersebelahan dengan Nora, ada kedai sarang burung. So kami pegi dua-dua..
Try rasa sarang burung ~harap gebu muka lepas nie.. (^^") |
Erm.. trip nie, trip ikut pakej.. so rasanya, kalau ambil pakej mana² pun, akan pergi ke tempat² yg sama jer.. tempat shopping (^^")..
Dalam 2.00 pm kami mula bergerak ke Restaurant Thai-Malaysia.. Hidangkan tengah hari kami: Tomyam putih, siakap sweet sour, kailan ikan masin, sotong sambal petai, kerabu mangga, telur bungkus dan buah²an.
Tom Yam putih yang x berapa nak putih. Tapi, sedap! Amat! |
Kemudian kami teruskan perjalanan.. melawat The Great Serpent Nag, yang ada replika kepala naga dan badanya kelihatan seperti berenang di atas tanah; dan ke Pantai Samila untuk mencari
..and after that, ke floating market yang sangat terkenal di Thailand..
Naga Siam.. |
The Great Serpent Nag
Menurut cerita, the Great Serpent Nag atau juga dikenali sebagai Phaya Naga ini adalah penjaga wilayah Selatan. Mereka percaya dan sentiasa berharap agar naga ini selamanya memberi rezeki, kebahagiaan, ketenangan jiwa dan akal fikiran.
Replika 'Nag' yang ditempatkan menghadap laut ini sentiasa mengeluarkan air, keluar dari mulut naga. Mengikut kepercayaan mereka, air ini boleh memberikan berkat yang melimpah kepada penduduk Selatan Siam.
Monumen ini terletak di wilayah Propinsi Songkhla atau lebih tepatnya di ibukota Songkhla. Nag dibahagikan kepada tiga bahagian dan terletak di sepanjang Pantai Samila sehingga Pantai Chalathat, Songkhla.
Masing-masing ditempatkan di tempat yang berbeza. Bahagian kepala terletak di Taman Song Song Perbandaran Songkhla, Laem Son On; melambangkan kepintaran dan kebijaksanaan.
Bahagian badan naga yang melambangkan kemakmuran dan kekayaan, terletak di Taman Patung Chaloem Phrakiat. Manakala ekor pula ditempatkan di Chalathat Road Beach, melambangkan karisma dan kekuatan penduduk Selatan Siam.
Pantai Samila
Then kami ke pantai.. dah terlanjur berada di kawasan nie dan boleh juga lepak pantai sambil makan ice cream kelapa (^_^)..
Aiskrim Kelapa |
Pantai ni ada kisahnya. Kisah lagenda ikan duyung dan pemujanya, seorang pemuda tempatan. Katanya, seorang pemuda terlihat seekor ikan duyung sedang menyisir rambut menggunakan sikat emas pada waktu malam bulan mengambang.
Terkejut dengan kehadiran manusia, ikan duyung yang ketakutan terus terjun ke laut sehingga tertinggal sikat emasnya, di atas batu..
Tapi itulah sekali ikan duyung tersebut dikatakan muncul.. Bagaimanapun, kisah nie hanyalah cerita rakyat, rekaan penyajak diraja Raja Kin Rama II, Phra Sunthorn Vohara pada awal abad ke-19.
Ikan duyung Songkhla ini kemudiannya dikenali sebagai Ikan Duyung Emas atau Nang Nguek Thong di kalangan masyarakat tempatan.
..dan atas sebab itulah patung duyung 'emas' ini diletakkan di sini.. untuk mengingati kisah rakyat dan sekaligus dapat menarik pelancong berkunjung ke sini.
budak-budak main pantai.. |
dan kemudiannya, plan terpaksa ditukar.. Kami semua tak jadi untuk ke floating market.. sebab ada janji dengan para jemaah Masjid Ansoruddin..
Lagi pun hari dah agak lewat..
bergambar beramai-ramai |
Masjid Ansoruddin
Kami sempat bersolat berjemaah di sini.. Masjid nie diasaskan oleh Dato' Yusuf Omar, suami kepada salah seorang ahli rombongan reunion sekolah mak, dan mereka memang menunggu kedatangan kami..
Lepas solat dan sedikit ucapan aluan dan penghargaan daripada imam masjid, kami dijemput untuk menjamu selera..
Ya Allah mewahnya diorng nie menjamu kami makan.. Ada siakap tiga rasa, tomyam, singgang tulang/daging, sayur campur, thai-style omelet (Khai Jiao) dan yang paling best; pulut mangga!! (^^,).
Alhamdulillah, kenyang sangat.. dahlah jamu makan sedap-sedap.. siap tapaukan lagi pulut mangga buat bawa balik hotel.. (^_^). Terima kasih.
Then sampai hotel dalam pukul 8.30 pm.. yang masih bertenaga, sambung shopping di sekitar hotel.. selebihnya, naik bilik dan berehat. Esok nak balik dah..
21 Jan 2018 -Sunday
Lepas breakfast.. kami turun dan sambung shopping skit lagi di sekitar hotel. Nak habiskan baht yang ada. Dalam pukul 11.20 am kami bergerak menuju ke Padang Besar..
Nak balik dah.. |
Tak jumpa pula kedai macam nie, masa rayap² tadi.. (^^") |
Alhamdulillah.. Selamat sampai di KL Sentral dalam pukul 10.00 pm..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan