Rabu, Mac 13, 2019

Muor Short-Trip: Jalan² Cari Asam Pedas

Kami ke Muor sekejap nie, saja teman mak dan bah yang ada reunion dengan kawan² maktab lama.. So alang² dah ke sini, maka kami pun planned trip cari asam pedas (^_^)..


25 Jan 2019 [FRIDAY]
Hari first kami singgah makan tengah hari di Kedai Asam Pedas JJ, di Jalan Joned.. Siap search kedai mana best dan viral. Since kedai nie ada dlm list carian dan berada paling hampir, maka kami terus ke lokasi berkenaan.

Banyak pilihan asam pedasnya, ada pelbagai jenis ikan.. tapi x bolehlah ambil banyak² sebab besar² ikannya.. so last² ambil asam pedas ikan mayong dan satu lagi, kepala jenahak.. Bah paling suka sekali, kalau bab² asam pedas nie (^^,)..


Asam Pedas resepi Muor


Selesai makan tengah hari, kami terus ke hotel untuk check in. Majlis reunionnya esok.. so relax² di hotel sahaja hari nie.. Dinner pun, kami hanya makan malam ni kedai berhampiran hotel..



26 Jan 2019 [SATURDAY]
Hari nie kami ke bandar.. Mari kita bersarapan ala orang Muar (^_^)v.. Kat sini, glamer makan satay time breakfast. Mula² nak cari Satay Maharani tapi x jumpa.. Jadi, kita bersarapan di Renny Satay sahaja untuk hari nie..


Renny Satay


Best juga yer, makan sate di pagi hari.. (^^").. Sedap!

Ada juga kami cuba lontong, mee rebus Muo dan soto ayam di restaurant yang sama.. tapi semuanya manis² belaka. So satay ayam, daging, perut dan hati di sini memang terbaik.. yang lain² memang tidak kena dengan selera kami sekeluarga..

Then lepas hantar mak dan bah ke Marina Bay Cafe di Marina Resort, kami lepak² dan bersuafoto di kawasan berhampiran. Ada dataran dan taman rekreasi di Tanjung Emas nie


Dataran Tg. Emas

Muar State Railway

Muar State Railway menyediakan perkhidmatan kereta api sekitar tahun 1880-an which boleh dikatakan, Muar di waktu itu sudah maju dan ada kemudahan pengangkutan. MSR adalah antara pengangkutan terawal di Tanah Melayu.

Laluannya adalah dari Muar ke Sungai Pulai berhampiran Parit Jawa dan beroperasi sepenuhnya dari tahun 1889 hingga 1925. Ini adalah jaringan kedua kereta api di Tanah Melayu selepas landasan pertama yang menghubungkan Port Weld (Kuala Sepetang) ke Taiping - 1885.

Erm.. sesambil jadi driver dan bodyguard, kita juga boleh belajar sejarah di sini (^^")..



Don Hu Jurassic Park Garden


Kemudian kami ke Don Hu Jurassic Park Garden.. Just to kill the time. Malas nak balik hotel lagi sebenarnya, sebab nanti kena keluar semula..

Don Hu nie, ala² fun fairlah.. Fun fair bertema Jurasic Park. Free entrance tapi kalau nak main apa² dalam tue, perlu beli token (^_^)..

Agak menarik juga Donhu yang terletak di Jalan Pintasan Muar nie ada replika dinasour, ada kedai souvenir, ada permainan untuk kanak².. Tapi kawasan dia kecil, 30 minit jer dah habis pusing (^^,)..


Antara replika dinasour yang ada...

Hud with t-rex and Sauroposeidon  


Around pukul 12.15 pm, kami mula bergerak ke Parit Jawa.. nak lunch asam pedas lagi. Ada kawan suggested, cuba try Asam Pedas Pak Yahya area sana.


Asam Pedas Siakap Pak Yahya


Alhamdulillah.. dapat juga kami rasa asam pedas Pak Yahya nie.. Kalau ditanya, berbanding semalam, aku prefer asam pedas di Parit Jawa nie..

..dan asam pedas di Muar nie, berbeza sikit dengan Asam Pedas Melaka yer.. Kalau Asam Pedas Melaka banyak bumbu dan rempahnya.. yang Muar style nie simple jer.. (^_^)

Then kami try rasa otak² yang ada juga dijual berhampiran gerai asam pedas nie tadi. Sedap.. tapi kami dah kekenyangan.. just rasa sorang satu saja..


Jeti dan Bot Nelayan (Parit Jawa)


Selesai di Parit Jawa kami ke mall, window shopping sekejap sementara nak tunggu pukul 6.30 pm. Kemudian baru kami kembali ke Tanjung Emas.. Sampai di Marina Resort, pick up mak dan bah then balik ke hotel.



27 Jan 2019 [SUNDAY]
Time to go home.. Tapi before that, kami bersarapan di Cafe 434.. Nak rasa kopi yang popular di Bandar Maharani nie: kopi elephant.




Sedapnya ice coffee dan roti bakar dan telur separuh masak tambah kicap dan lada sulah (^_^).. Kalau pergi kopitiam, memang ini menu wajib..

Tapi bah nak makan lain.. dia nak cari satay sebenarnya.. haha.. tapi kami paksa juga datang sini.. So untuk nak beli jiwa kembali, maka kami ajak bah makan asam pedas di Bemban, Melaka..

Maka dapatlah rasa asam pedas orang Melake pula (^^,)


Asam Pedas Tok Kabil

Asam Pedas Daging Tetel


Serious sedap weh.. Asam Pedas Melaka juga yang tiada tandingan.. Bah order asam pedas ikan sembilang.. Uda dan aku ambil asam pedas daging tetel..

Last time trip JJCM:Melaka dulu, dah planned nak makan Asam Pedas Tok Kabil.. tapi kedai nie tutup. Syukur kali nie dapat.. So lepas nie, kalau ke Melaka.. bolehlah singgah lagi (^_^)..





Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...