Kitorng pegi Kelantan.. bertolak dr Kuantan, naik bas Transnational pkl 9.30pg.. sampai kat Kota Bahru dlm pkl 6 ptg.. huhuhu penat giler hampir 9 jam dlm bas (^^!!).. actually sepatutnyer kalo naik bas dlm 7 jam bleh sampai dah, tapi bas berhenti banyak tempat plaks…
Nasib baik sepanjang jalan aku lelap x hingat dunia (^^,).. tp ader satu tempat kat Kuala Terengganu kalo x silap.. tetiba aku terjaga la plaks… so dpt tgk pemandangan tepi laut yg cantik. Tak sangka ader seaside roadway kat mesia nie, ingatkan kat Banf jer yg ader (^^,i)
Then kat sana.. kitorng check in kat Sutera Inn.. kat bandar jer hotel nie.. lepas lepak-lepak sat, dan makan malam.. kitorng gerak ke Pasar Wakaf Che Yeh.
Kat Pasar Wakaf Che Yeh nie ada mcm-mcm barangan… dari barangan basah/dapur.. ke kain baju. Tudung dan kain pasang pun banyak.. naik rambang mata aku… tp since kitorng berjalan malam kan.. so kuranglah beli baju-baju dan tudung.. sbb biler malam nie.. mata x baper betul.. kang salah kaler laks (^^!!)…
Tp dlm ‘kurang membeli’ tue, dpt gaklah 2 helai tudung bawal hoho(^.^).. pastu kitorng banyak beli buah-buahan ajerk.. beli buah jambu, ciku, mangga dan buah kundang gergasi (RM15 sekilo weh… tp sbb teringin gak.. belilah skit…)
Dalam pkl 11 mlm kitorg balik bilik…
[29 Feb 2008] Dok pehe, mu kecek gapo!
Hari nie kitorng round² bandar.. actually aku demam nie, tp biasalah.. biler dpt berjalan kan, badan bleh segar-bugar dibuatnyer..
Dalam pkl 9 lebih, aku ngan Uda kuar dr hotel.. amik teksi dr depan hotel, terus ke Pasar Siti Khadijah. Selepas breakfast jap kat gerai-gerai area situe… kitorng mula gerak.
Dengan berbekalkan peta ringkas dan list lokasi perlu dilawati kat tangan.. kitorng mula bertanya kat macik-macik di sekitar tue.. kat mana letaknyer lokasi² yg kami nak pegi nie, selain Pasar Siti Khatijah yg kami dah nampak tadi.
Rupa-rupanyer kebanyakkan tempat yg kami nak pg tue, hanya terletak berhampiran antara satu-sama-lain jerk… heheh senang aa keja. So kami mulakan cuti-cuti Mesia hari ini dengan melawat Istana Jahar.
Istana Lama ini, mula dibina pada tahun 1887, oleh Sultan Muhamad II, khas untuk cucunya iaitu Long Kundur. Tp skrg nieh dah jadik Muzium Adat Istiadat DiRaja Kelantan khasnyer. Pelbagai gambar dan artifak yang berkaitan Adat-adat DiRaja mcm upacara pertunangan, perkhawinan, pijak tanah, bersalin, berlimau & bersiram-sampat.. dan berkhatan.
Di luar istana plaks ader dua-tiga perahu yg pernah digunakan oleh raja dan sultan² terdahulu. Then actually ader satu lagik muzium kat blkg istana.. tp masa kitorng dtg tadi, kawasan tue ditutup untuk selenggaraan.
Kemudian kitorng nampak pintu gerbang cantek jerk kat sebelah Istana Jahar nie… dier tulis kat depan tue Istana Balai Besar . kami cuber intai² dr luar… kengkonon nak masuk laa… tetiba pacik guard menyapa… (^^!)…
Rerupanyer tempat nie tempat untuk upacara diraja skrg. So menjadi satu lokasi larangan untuk org awam… tengok dr luar ajerklaa yerk… Lepas borak-borak kejap ngan pacik guard tue.. tanya² jalan aper semua, then kami gerak ke Muzium DiRaja laks...
Bangunan kuning nie menempatkan semua Potret-potret DiRaja Kelantan dan Salah-silah Keturunan DiRaja Kelantan. Asalnyer bangunan ini merupakan istana yg dihadiahkan oleh Sultan Kelantan kepada anakandanyer, Sultan Yahya Petra dan Raja Perempuan Zainab II sebagai hadiah di atas penikahan mereka. Tp skrg dah jadi muzium.
Pastu kitorng gerak ke Muzium Kraftangan dan Perkampungan Kraftangan berhampiran dengan Muzium DiRaja. Erm.. diorng kata kat sini ada org main wayang kulit, gendang dan gong, gasing aper semua.. tp x nampak la plaks… (ke aku salah tempat? (^^!!).. ) yg ader kat sinie cumer muzium songket, kedai² barangan perak, barangan kraftangan dan kedai-kedai makan yang menyajikan masakan orang Kelantan.
Lepas puas ronda-ronda, naik turun tangga apa semua… kitorng nak balik ke Pasar Siti Khatijah balik semula.. on the way tue, kami jumper bank pertama yg dibina di negeri Kelantan. Bank Pitih nama dier. Comelkan, bank nieh? (^_^’)
terletak di tepi simpang jalan menghala ke Istana Balai Besar & istana Jahar… khabarnyer bank nie dah wujud sejak zaman british lagik… erm.. baper kerat jerk org bleh simpan duit dlm nie kan? Cam senang nak rompak ajerk (^^!!)
oh!... Kitorng jenguk kejap Pasar Besar Siti Khatijah nie.. saja nak tgk suasana. Lagik pun pasar nie glamer giler, sebab keunikkannyer tue..
Org kata nama asal pasar nie Pasar Besar Buluh Kubu, tp ditukarkan oleh MB Kelantan, Nik Abd. Aziz b. Nik Mat kpd nama skrg sbb hampir seluruh peniaga dalam pasar nie adalah perempuan (mmg pun (^_^)..) kiranya sbg satu penghormatan untuk kaum hawa la nie.. Nampak sgt org perempuan di Kelantan nie minat berniaga (^^,)
Masa terjenguk-jenguk dlm pasar tadi, tetiba ada sowang macik nie tegur.. “carik gapo deh”… (^^!).. mcm rusa masuk kampung kot muka kami nie… Senyum macik tue biler aku ckp aku just nak tgk suasana dlm pasar tue ajerk.. pelik kot…
Lepas jenguk² pasar tue.. kitorng gerak ke Bazar Buluh Kubu sebelah jer ngan pasar Siti Khadijah nie… nak mencarik tudung² bawal.. kami Cuma ronda-ronda tingkat bawah ajer.. sbb dompet makin kempis setiap kali kami masuk dan keluar dr setiap kedai.. (^^,)
Selepas selesai membeli… kami pun blah … banyak jugak tangkapan kami hari nie.. ader kain tudung, ader kain pasang, ader kain batik ader baju kelawar..
ermm.. since bah kata macam nak gi jenguk Tok De kejap before balik.. so kitorng pun memutuskan untuk pulang ke hotel sahaja… lagik pun dah nak masuk pukul 3.. zohor pun blum lagik… (^^,)..
so cukuplah kot jenjalannyer… tp kalau ada kenderaan sendirik tadi.. maybe bleh melawat kawasan nelayan memunggah ikan kat tepi pantai.. xpun lepak² kat Pantai cinta berahiCahaya Bulan kejap ker…
masa balik kitorng naik teksi… pacik tue kecek kelantan ngan 2 org adik-beradik yg naik teksi sesama tadi.. aku ngan uda cumer paham sepatah dua jerk.. yg lain kitorg sengehkan ajerk… x paham sangat… walaupun moyang saya, Nek Mas tue,org Kelate sejati.. tp saya dok gheti kecek klate.. (^^!!)..
erm.. apa-apa pun.. aku suker suasana dan keadaan di Kelantan nie.. aman dan tenteram… kalo kat kuantan mana nak nampak bebudak remaja pakai baju kurung jalan-jalan kat bandar.. gothic lagik ader (^^!!)…
dan sesungguhnyer kat tempat lain takdernyer board² iklan kat bandar mcm nie (err.. kecuali Terengganu laa, ermmm kedah ader tak? … )
oh!.. dan nie jugak...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan