Khamis, Mei 31, 2018

From Taiping With Love


Menara Condong Teluk Intan


Mak dan bah join konvoi group kawan-kawan reunion sekolah ke Manjung,Taiping dan Teluk Intan .. So aku dan uda-chan jadilah peneman merangkap driver merangkap bodyguard (^^'). Dah alang-alang.. bolehlah bercuti di Perak..

Untuk hari pertama, selepas hantar mak dan bah, kami mulakan misi mencari mercu tanda bandar Teluk Intan; menara jam yg condong (^_^)..


Di luar menara

Explore dalam menara pula..


Menara ni taklah tinggi sangat dan kalau dari luar nampak seperti 8 tingkat.. tetapi kalau masuk ke dalam.. dia cuma ada tiga tingkat sahaja.

Cantik menara nie.. dengan seni bina yang banyak pengaruh dari China dan berkonsepkan pagoda; terletak pula di tengan-tengah bandar teluk Intan, sangat sesuai jadi mercu tanda (^_^)..


Oh!.. Di sebelah malam, aktiviti kami adalah mencari medan ikan bakar (^^').. So group reunion mak, ajak semua ke Medan Ikan Bakar Hutan Melintang..



Medan Ikan Bakar Hutan Melintang



------------------------------//------------------------------



Hari kedua, kami naik ke Taiping.. seperti semalam, lepas drop mak dan bah, kami ronda bandar Taiping berdua. Walaupun banyak tempat menarik di Taiping.. Tapi tak larat nak round dalam cuaca panas (^^")..

So, kita jalan-jalan cari makan jerlah.. Cari Pusat Penjaja Taiping. Ramai kata ada rojak sotong, yong tau foo dan popia yang best giler kat sini.. Tapi awal sangat sampainya, banyak kedai masih belum di buka.. pukul 5 macam tue baru ada.

Kawasan nie, petang bawa ke malam lebih meriah.. So tak ada rezeki kami nampaknya.. lepak minum ais kacang special jerlah..



Pusat Penjaja Taiping


Nak melawat museum Perak, Taman Tasik atau zoo, macam ambil banyak masa pula.. Apa ntah lagi nak ke Bukit Larut atau Kuala Sepetang, makan Mee Udang Banjir (^^,)..

Lagipun, dah janji nak ambil mak dan bah, pukul 4.00 pm.. Mungkin lain kalilah.. datang semula ke Taiping.. dan try rojak sotong diorng yg viral sangat tue..



------------------------------//------------------------------



Last day.. kami hanya breakfast bersama-sama dengan semua ahli konvoi..




Then masing-masing bergerak balik.. begitulah short vacay kami di Perak.. Semoga dapat jalan lagi ke sini..


#cikdriverdancikcopilot




Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...