Selasa, Januari 27, 2009

Un-sangkarable Fabulous Trip to Cameron..

Sakit pinggang.. huhu.. (^.^)

Baru balik dr percutian ke Cameron Highland yg penuh dgn surprises + advanture + bunga²_chenta + spontan + gamble + giler slamba + main aci redah hujan ajer. Bau daun teh boh pun x hilang lagik nie (^^i)..

Actually trip nie hampir tidak berjaya dilaksanakan.. pernah ditunda dua-tiga kali dan hampir² dibatalkan. Tapi nasib baik ader kata-kata perangsang drpd Radie.. So dptlah dikumpulkan 8 org kesemuanyer bagi menjayakan trip cuti-cuti mesia kali ini..

Dan… beginilah cuti CNY kami bermula..




24 Jan 2009] SABTU – Cabaran demi cabaran

Lepas keluar dr Alamanda -ada Farewell Party utk Pojan, terus ke rumah radie (read -rumah Abg chik) kat percinct 18. Plan asal nak gerak ke Cameron dlm pkl 1:00, tp amy sampai lewat, then kami tersilap jalan.. so dlm pkl 4 ptg baru kami betul² masuk highway.

Budget² dlm pkl 5 lebih bleh sampai kat Tapah, tp nasib krng baik, jam gila kat highway… sampai exit Tapah dlm pkl 8 suku.. then hujan turun mencurah², lebat giler. Mcm nak ribut pun ader.. dgn jalan gelap x berlampu.. huhu ("_ ).

Last-last Ona stop tepi jalan.. kitorng bincang² dan akhirnyer dpt kata sepakat untuk bermalam di Tapah sahaja, esok pepagi baru naik ke Cameron…


erm.. ('_^)

Nak dijadikan cerita kami lebih advanture, semua hotel dan rumah rehat kat Tapah dah full… mmg rasa mcm nak nangis.. tp nasib baik Ona still cool dan radie keep on (read -masih mampu) buat lawak dlm keta.

Dlm kekeliruan & ketakkeruan itu, kami sempat bertanya kat budak jaga rest house, katanyer paling dekat Grand Kampar, so perlu turun ke Kampar.. Lebih sadis lagi, budak_bertuah tue kasik direction jalan yg jauh. Instead of 18 km, jadik 40km.. giler saja suruh kami memusing² Tapah…(Òó')

Lepas bersusah-payah… sampailah kami ke hotel Grand Kampar.. dptlah menarik nafas lega sbb hotelnyer mmg standard hotel biasa… kalo ala-ala rumah urut ah-sheng… confirm kitorg akan tido berendam air mata.. (^^ii)

So.. kesimpulannyer.. walau mcm mana kuat aku kerah bebudak nie spy gerak awal.. betapa lajunyer keta Ona boleh dibawa… betapa hebatnyer plan asal dibuat.. kalo dah x ditakdirkan untuk sampai Cameron hari nie.. maka x sampailah kami…


//… dan bermalamlah kami ber-8 dgn tenang di Hotel Grand Kampar, sambil mengharapkan percutian ke Cameron esok akan berjalan dgn baik dan lancar. ~amin


||-----------------------------||



[25 Jan 2009] AHAD – Percutian bermula

Oleh kerana berkongsi 1 bilik air.. maka dr pkl 7.30 pg, membawa kpd pkl 8.15… Kami check out then singgah sarapan di warung Makcik Diba (bkn nama sebenar) ~mee rebus dier sgt best!




Dlm pkl 9 lebih, kami mula mendaki bukit menuju ke Cameron… On the way tue, tetiba bunyi periuk berlaga².. sgt annoying dan mengganggu konsentrasi aku nak memandu.. so kitorng pun bentilah sekejap di tepi jalan berhampiran kedai runcit macik hasnah..

Kebetulan ada sebuah keta Myvi hitam tersedia park kat depan skit drpd keta kitorng. Tetiba sowang pakwe kachaks keluar dr keta… ~ patutlah diturunkan hujan dan angin ribut semalam, rupa-rupanyer nak diketemukan dgn sang pelangi hari nie.. (^^ii)

Memula dier mcm segan² tp last² dier dtg kat kitorng jugak.. rupa²nyer Myvi dier rosak.. bateri problem.. so dier nak mintak air bateri kalo ada. Since pakwe kachaks yg mintak.. kitorng pun tolong la mana yg mampu (‘_^ )

Lepas sesi taaruf dan wishing for luck untuk pakwe kachaks, kitorng meneruskan perjalanan ke Cameron. Memandangkan Ringlet pun x sampai lg, so xleh berlengah².. hatta turun Edward Cullen sekalipun lps nie, kereta tetap perlu dipandu ke tanah Rata secepat yg mungkin.


okey… (^_’)

Kami sampai di tanah Rata lebih kurng pkl 11 suku.. time tue hujan dan mula turun.. dan makin lebat. Agak kecewa jugak sbb for sure susah nak gerak atau jenjalan dlm hujan.. tp takpelah… so kitorng terus ke apartment yg dah dibook Ona awal²…

Oleh krn kitorg mmg plan nak masak² kat sinie dan plan asal telah bertukar hampir 80%.. so kitorng decide untuk masak sendiri dan lunch di apartment saja.. lagikpun hujan masih lebat kat luar…

Lepas Zohor.. kami mulakan aktiviti merayap. Tempat tuju pertama ialah Smoke House~ untuk sesi amik gambar dgn D80.. Tapi disebabkan trafik yg teruk… drpd 15 minit jadik lebih 40 minit untuk sampai ke sana..




Plan asal nak pg ke Ldg Teh Sg. Palas, lawat Rose Center/ Rose Garden & Cactus valley, Makan scone+ jem strawberry di Raju’s Farm, minum strawberry milk shake kat - strawberry park.. semuanyer x sempat sbb jam teruk aa ptg tue.. maybe sbb hujan dan skrg nie CNY …

Last-last kitorng just singgah-singgah gerai sayur/buah dan kedai kaktus jer.. On the way balik dr arah Blue Valley pun sama.. trafik sgt slow. Kitorng gerak balik dlm pkl 6 lebih.. tp sampai kat pasar malam area Brinchang dlm pkl 8.35 mlm… x sangka seteruk itu trafiknyer..




Dan mmg kami plan nak pegi pasar malam … so kami singah kejap.. nak carik sayur² dan lauk tambahan untuk masak steamboat nanti… Alhamdulillah dr Brinchang tue dah reda skit trafiknyer.. maybe sbb dah hampir pukul 10 mlm kot…

So sampai apartment.. terus siap² untuk dinner.. kami plan buat steamboat. Sbb tue bawak periuk belanga (^^ii)… ~periuk jodoh namanyer sbb periuk nie, kitorng dpt jumpa ngan pakwe kachaks pagi tadi.

Alhamdulillah… dpt gak buat steamboat spt yg di-plan awal².. perut sgt kenyang dan mata pun sgt mengantuk.. so lepas solat dan bincang² kejap plan untuk hari esok, kami pun masuk tido..



||-----------------------------||



[26 Jan 2009] ISNIN – Percutian kini, benar² bermula (^^,)..

Hari nie sgt cerah, cuaca baik… kontra dgn hari semalam. So, after breakfast dan masak-masak utk buat bekal berkelah di lata iskandar.. kitorng sambung aktiviti percutian kitorng hari nie...




Dlm pkl 10 pg kitorng keluar dan serah kunci apartment.. then terus naik ke arah Brinchang utk makan aiskrim strawberry dan milk shake di Kasimanis…

Not bad aiskrim dier.. Cuma kalo aiskrim tue homemade & guna strawberry Cameron, sure lebih sedap berbanding guna aiskrim walls je kan. (^^,)




Kat sinie selain aiskrim & milkshake, ada gak hasil² strawberry yg lain mcm jus, jem dan sirup… since aku dgr org kata jem Strawberry Cameron sgt sedap.. so aku pun belilah satu… nanti nak try buat scone. Nak makan ngan jem nieh.

Lepas makan ais krim dan minum strawberry milk shake.. kitorng gerak turun menuju ke Tapah. Memang plan nak singgah-hinggap jer tempat² tuju berikutnya pun… then nanti bleh terus balik ikut Tapah.




On the way turun.. kitorng singgah kat Cameron Valley Bharat Tea Plantation. Saja nak try minum tea di tepi ladang.. dan Ona nak rasa scone yg dikatakan sedap tue…

tp lepas makan.. rasanyer scone yg kitorng beli kat pasar malam Brinchang smlm lebih best drpd yg kat kedai nie (^^i)…




Actually memula bukanlah nak pg sinie. Kitorng plan nak pg Ladang Teh Boh belah barat.. tp ingat dah terlepas simpang ke ladang teh tue... so singgahlah kejap kat sinie… lagik pun kalo pg Cameron tp x lepak ladang teh mmg x bermakna rasanyer (^_^)

kitorng sambung drive balik… singgah-singgah beli sayur dan teh… makin ke bawah makin mahal laks sayur-sayur dan produk² Cameron nie.. maybe diorng rasa kiter x mungkin nak naik balik untuk beli yg lebih murah (^^,)

Then.. tetiba Nampak signboard tulis Ladang Boh barat (^^i)… jadiknyer kitorng singgah sbb teringin sgt nak naik dan tgk pemandangan ladang teh dr atas… mcm yg kak uda pernah pegi dulu…





Dan mmg x sesia kitorng meredah jalan sempit dan berlopak-lopak menuju ke ladang Boh nie… kat ladang nie ader point view, bleh nampak pemandangan ladang teh Boh dr atas..

Sangat cantik.. tp tuelaa, penat giler nak daki huhu.. sampai sakit-sakit kaki dibuatnyer.. mujur semua org pakai flatshoes (^^ii)




Oleh kerana leka sgt lepak-lepak atas point view tue.. kitorng terpaksa batalkan plan nak berkelah di lata iskandar sbbnyer hari mcm dah lewat sgt..

perut pun dah lapar giler.. so kitorg just piknik kat depan tasik berhampiran dgn LakeHouse jer…





Lepas lunch di lewat petang tadi… kitorg sambung tengok² sayur, teh, kaktus dan lain-lain di sekitar gerai-gerai berhampiran… before balik ke KL.

Hala balik.. mmg x jam langsung.. so lebih kurang pkl 11.00 pm kitorng sampai di putrajaya… Alhamdulillah… ('_^ )

trip kali ini walaupun mcm serba x kena.. mcm agak huru-hara dan aci redah.. tp berjaya jugak akhirnyer… dan yg paling penting.. we do have fun there! Saiko!!(^_^)v



Tips for next trip to Cameron :

  • Try rasa strawberry milk shake kat strawberry park near cactus valley
  • Cuma rasa jagung bakar/ubi keledek merah rebus– area Kg. Raja
  • Beli halwa Strawberi/Jem – mmg sedap
  • Sayur/kaktus lebih murah di pasar malam berbanding gerai-gerai tepi jalan
  • Jgn pg time cuti perayaan/ musim hujan- trafik sgt teruk
  • Bawa sleeping bag jika ada
  • try makan scone kat Raju's farm plaks..
  • Make sure isi minyak full before ke Cameron, after Ipoh sampai ke Simpang Pulai takder petrol pam


14 ulasan:

amoi berkata...

semlm still tade mood nak update blog...mlm ni insyaAllah aku update...tungguuuuu...hehe..

NedLi Sakurai berkata...

haha.. gambar2 tue, kalo rajin.. email2 aa skit dulu (^^,)

Tanpa Nama berkata...

wahh aku bernasib baik walaupun terperangkap jugak dlm jam, hasil pemanduan "berhemah" abahku, kami sampai pukul 3 ptg di cameron..

nasib baik x kena saman weiii..polis dah ready tunggu kat depan :P

NedLi Sakurai berkata...

alaaa.. mana aci ader abah yg drive.. kitorng semua pompuan.. so x berani bawak lelaju (^^i)..

tp mmg jam giler kan? x sangka teruk sampai gitue sekali.. baper tempat jer dpt pg.. huhu

Tanpa Nama berkata...

hahhaha aci tak aci...aku dah bawa dari KL sampai ke rawang (actually sesat sebab tak tau dari KL nak pegi highway utara macam mana), pastu naik highway, stop kat Behrang, tukar driver sebab abah dah ngantuk aku bawak slow :P ...

Tanpa Nama berkata...

tak aci!!! satu jerk aku jeles kat sini
insiden jumper adik kachak ahahhaha
sure mamat tu malu2 kamben kene ngusik ngan kakteh hahahhaha
nak ikutt!! huhuhuhu

NedLi Sakurai berkata...

bkn budak tue jerk yg malu,
ngan aku-aku sekali malu
hahahah.. (^^ii)

Tanpa Nama berkata...

aini?? malu-mallu?? ~~hidup aku kompius selama ini.... heee

kuizikel berkata...

akhirnyer.. jauh2 kat cameron gak jumpa pakwe kacaks...kena journey smpai utara, mesti lagi ramai..

eh strawybery n jus kat raju's farm mmg sdp... lupa nk ckp aritu... :)

NedLi Sakurai berkata...

Whooz
korng bermalam kat mana hari tue?

Ona,
Kenapa? x percaya ker? (^^,)

Kui,
org dah balik baru nak ckp.. kitorng lalu banyak kali kat Raju's farm tp x singgah pun (^^ii)

Tanpa Nama berkata...

kitaorang bermalam kat KRS Pines Guest House, kat Tanah Rata tu

cantik jugak eh ladang boh yg kat bawah tu, x singgah pun aritu.

bnyk tempat nak kena gi next trip ke CH nih :P

NedLi Sakurai berkata...

whooz,

ha'ah cantik.. first time kitorng sampai atas puncak tue.. kira puas hatilah ngan trip Cameron kitorng kali nie (^^,)

amoi berkata...

tu je la satu2nya tempat yang memuaskan hati aku...tapi still tak dpt minum teh boh...huhu...

tambah lagi 1 tips...jgn bawak tuala kaler putih kalo nak tido hotel...tuala aku tertinggallllll...arghhh...

NedLi Sakurai berkata...

hahhahahaahhah... sian ko ila (^^,)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...