06 JUL 2025 [Sunday]
Pagi yang indah di (Hotel) Villa Kayu Putih, subuh awal di sini dan kami semua hampir terlupa tentang tue.. mujur tak kesiangan (^.^).. Semalam dah janji dengan Adry, nak start gerak pukul 8.30 pagi; jadi, dalam pukul 7.00 turun untuk breakfast.
Actually, boleh bersarapan di luar café, ada meja dan pangkin khas untuk penginap hotel bersarapan sambil lihat pemandangan yang saujana memandang nie.. Oh, boleh nampak Gunung Talang dari anjungan ini.
![]() |
Gunung Talang |
tapi sebab turun lewat, ruangan makan di beranda luar sudah penuh.. Jadi breakfast di dalam cafe sahaja (bakwan sayur dan lontong pucuk paku dia memang terbaik.. sangat sedap).. Usai breakfast, kami keluar ke beranda untuk bergambar, sebelum Adry sampai.
RAINBOW SLIDE CAMBAI HILL
Cambai Hill adalah taman tema kecik ala² iCity. Per entry Rp.20ribu per person.. and Rp.30ribu per person untuk setiap ride. Ada pelbagai ride yang lain, tapi kurang menarik. Kami datang hanya untuk main Rainbow Slide dan Adry layan jer request kami walaupun tiada dalam itinerary asal.
Bila view di tik-tok slide nie sangat mengujakan.. Erm, memang mengujakan.. tapi sepanjang mendaki ke atas, rasa teruja mula bercampur-baur dengan rasa seriau. Hahaha.. makin nak sampai ke puncak, makin kerap keluar bunyi.. “alaa, takut..”, “boleh ke nie”.. “takutlah..”.. (^^’)..
Last² decide, slide ke bawah serentak berlima.. Masing² pegang each others’ pelampung dan tak sampai seminit, selamat sampai ke bawah.. (^ ^).
Oh.. tak boleh berlama-lama di sini.. kita perlu bergerak ke Pagaruyung.. 4 jam driving untuk ke sana, so dalam 9.45 pagi we get back on the road.. tapi on the way, kita singgah sebentar di Danau Singkarak untuk ambil angin dan beli lemang pisang.
DANAU SENGKARAK
![]() |
Danau Singkarak |
Lemang pisang adalah antara kudapan warga tempatan yang wajib dicuba.. Pisang raja dibalut dengan pulut, dibungkus dengan daun pisang dan disumbat dalam buluh lemang.. kemudiannya dibakar.. sedap tapi tak boleh makan banyak.. kudapan manis nie kami kurang gemar.. prefer bakwan dan tempe goreng lagi
Dalam pukul 1.00 pm macam tue, kami berhenti untuk lunch. Kali nie Adry bawa kami makan Nasi Padang di rumah makan area Batu Sangkar, Pagaruyung.
RUMAH MAKAN SAWAH LAMAN
Alhamdulillah.. dapat makan nasi padang sekali lagi.. dan kali nie, kami pilih lauk yang kami nak sahaja (^^,).. rumah makan yang nie sangat cantik.. dan ada rumah minang berhampiran.. Lepas solat siap² di musolla RM Sawah Laman, kami bergambar sekeping-dua..
Pukul 3:15 pm, mula bergerak ke Istana Basa Pagaruyung.. Mari kita melihat dan menghayati budaya dan adat Minangkabau..
ISTANA BASA PAGARUYUNG
Istana ini adalah istana diraja bekas Kerajaan Pagaruyung, terletak di daerah kecil Tanjung Emas berdekatan pekan Batusangkar, Tanah Datar, Sumatera Barat, Indonesia.
Istana Basa Pagaruyung bukan sekadar sebuah bangunan megah, tapi ianya adalah lambang kejayaan, seni, dan sistem adat Minangkabau yang kaya dengan tatacara dan nilai hidup.
Dari jauh, struktur atap Minangkabau ini amat menarik perhatian, membawa kita menyelami sejarah kerajaan yang pernah menjadi pusat kuasa dan budaya. Ianya dibina semula menggunakan ukiran kayu halus dan warna tradisional.
Istana cantik ini juga menyimpan kisah ratusan tahun. Ruangan dalamnya dikekalkan setiap susun atur bagi mengekalkan suasana di masa silam.
Setiap ruang punya cerita tersendiri; dari balairung utama tempat raja bersidang, ke dapur tradisional yang memaparkan cara hidup rakyat.
Jika singgah melawat istana, kita bukan sekadar datang untuk bergambar, tapi juga dapat memahami struktur masyarakat Minang, nilai adat, dan kekuatan ilmu warisan yang masih dijaga.
..dan di sini ada perkhidmatan penyewaan pakaian adat Minangkabau dengan harga antara Rp35. 000 hingga Rp75. 000, membolehkan kita bergambar dengan latar belakangkan istana dalam pakaian tradisional..
Cantik, tapi takpelah.. Biar Shikin dan Liyana saja yang cuba.. (^.^)
![]() |
Pertemuan di tangga istana (^^') |
Oh! Akhirnya.. bertemu jua (^-^)
Sedang elok kami nak bergambar.. tiba-tiba dengar “Oi, pengantin lelaki dah sampai nie..”, hahaha.. Kami semua tergelak besar, bila perasan baju Liyana berpasangan dengan salah sorang budak lelaki dari group warga tempatan nie..
Memang klakar.. boleh pula bertemu jodoh di tangga istana.. (^^’).. kami masing² duk mengusik “pasangan mempelai”.. Sampai menyorok² malu dia.. Rio namanya.. Mula² malu, tapi last² dia join kami bergambar (^^,)..
Nasib tak ada kompang... kalau tak, boleh proceed dah nie.. (^_^)
Erm.. Lama juga kami bertandang ke istana.. Pukul 5.30 petang baru gerak keluar dari perkarangan istana.. Adry nak bawa kami ngopi.. kali ini kopi herba..
KEDAI KOPI DAUN KAWA PAK MANGKUTA
Akhirnya, selepas lebih sejam perjalanan, kami sampai di daerah Bukit Siangin, Bayun Tanjung Alam, Tanah Datar. Ada kedai kopi kecil yang menyediakan kopi daun kawa di sini.. Kedai kopi seperti di kampung².. Kedai ni sediakan air kopi dalam tempurung (sangat unik)..
Tapi kami tak berani nak minum banyak.. sebab kopi nie, kopi herba.. bimbang terlalu panas untuk kami.. so, kita order dua tempurung kopi kawa; yang lainnya, kopi kampung biasa.. Lepas tue, dapat pula gorpis; dan kudap² gorengan lain..
LALADO RESTO KHAS KAMPUANG
Time ngopi tadi, kami hanya icip² dan rasa² saja.. so untuk makan malam nie, kita cuba baksolah pula.. Jadi, Adry bawa kami ke Lalado Resto.. Kita dah masuk daerah Harau dah nie.. Nak cuba bakso urat, bakso beranak dan bakso biasa..
Erm.. sebenarnya silap.. ingatkan bakso tue, sup.. Nak cuba sup urat/tunjang di sini.. rupa-rupanya bakso adalah bebola.. Tahu maksud bakso adalah bebola.. tapi time order tue.. asyik duk teringat bakso urat adalah sup urat.. Tataulah kenapa, lapar barangkali (^^’).. Dah order, makan jerlah (^^,)
Usai makan malam, kami mula bergerak ke Hanum Homestay.. kita bermalam di sini malam nie.. Okaylah, sampai sini sahaja aktiviti kita untuk hari ini.. Jumpa esok.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan