Sabtu, September 18, 2004

MISI 3M : Mari Melawat Miri




[12 Sept 2004] Melompat lebih jauh..
Dari Airport Sultan Ahmad Shah ke KLIA, dari KLIA singgah di Kuching, dari Airport Kuching baru sampai ke Miri. kiranyer hari nie kitorng turun-naik flight jerklah kejanyer (^^!!)..

Sampai kat airport, dah ader org tunggu.. then terus pegi ke Rihga Royal Hotel Miri… bagus laa hotel nie.. servis dier tip top.. pekerja hotel pun comel-comel (^^!!)..

Bilik kitorng menghadap ke laut.. so dptlah tgk matahari terbenam dr beranda bilik nie tadi..


Erm.. (‘_~)

Tadi masa transit flight di Kuching, ader guy nie beralih tempat duduk dr seat wing kiri ke seat sebelah aku… aku rasa mcm dier sengaja jer tukar seat.. muker dier sgt familiar la.. ermmm...(’_-)..

Teringat laks dulu Jedli penah ckp yg dier kalo balik Tuaran, dia akan check in lambat-lambat.. pastu naik flight pun last-last spy dier bleh pilih seat…

Jangan-jangan Jedli tak? hoho (-.’).. Tp kenapa x tegur? Kenapa senyum² jer? Maybe dier pun mcm aku kot.. was-was..

Muker ada iras.. tp kenapa lain sgt pakaian dier erk? Oh!.. kompius aku dibuatnyer… dan kenapa aku cerita pasal nie erk? Haha.. baka!(^^!!)




[13 Sept 2004] ..Bas Mini Miri Melati
Hari nie jalan-jalan sekitar bandar Miri jerk. Tp kitorng keluar lewat skit.. Nak masuk tengah hari baru keluar. Pagi tadi rasa malas sgt nak kuar.. lepak-lepak dlm bilik jerk..

Tapi sebelum apa-apa, perlu isi perut yg kosong dulu.. so kitorng singgah kejap di gerai-gerai makan tepi laut tue tadi.. sedap gak makan lauk-pauk dan masakan orang Sarawak nie.. (^^!!)..



Midin Ferm/Milin Ferm/Bilin~ Sayur Paku Hutan


Suker sgt sayur paku goreng tue.. Kat pulau borneo nie jer ader tumbuh pokok paku hutan cengginie.. Kat semenanjung takder.. (^_^)

So.. Lepas makan, kitorng naik bas mini Miri Melati untuk pusing bandar, dah lama x naik bas mini.. rasa best plaks… (^^!!)..

Bandar Miri mmg cantik, dan aper yg lebih menarik pasal miri nie ialah, hampir di setiap roundabout kat bandar nie, mesti ader statue kuda laut.

Lepas penat ronda-ronda, kitorng balik ke bilik semula… lepas asar baru aku keluar semula… pegi tepi laut.. lepak-lepak sambil amik udara petang dan tgk matahari terbenam…



Lepak-lepak tepi laut~ Rihga Hotel



[14 Sept 2004] – Ronda-ronda bandar Miri
Hari nie kitorng jalan jauh skit.. memula pegi ke Jambatan ASEAN- Sungai Batam… Jambatan yg menghubungkan Miri dan Brunei..

Biasa jerk jambatan nie tp since dier merupakan jalan darat antara Malaysia dan Brunei, so jambatan nie agak popularlah di kalangan penduduk tempatan.



Jambatan ASEAN


Kemudian kitorng lalu di kawasan minyak SHELL & PETRONAS (miri-bandar petroleum).. singgah di kedai membuat pasu Sarawak. Boulevard Commercial Centre (supermarket terbesar di Miri).. dan Miri Heritage

Kat Miri Heritage nie banyak barang-barang kraftangan masyarakat hulu, khasnyer suku-suku kaum di Miri. Ada mcm-mcm barangan termasuk tikar, gelang, kain samarinda, rantai manik, kipas, mug .. etc.. etc…



Miri Heritage Center~ Jalan Raja


Oh!.. Esok kitorng plan nak pegi Gua Niah.. so, aku dah beli topi, sapu tangan & touchlight dah nieh.. x sabarnyer nak menjejakkan kaki ke Gua Niah (^^!!).

terujanyer \(^^,)/ syugoiii!!




[15 Sept 2004] – Ekspedisi ke Gua Niah
Seawal pagi kitorng dah bersiap.. bas pun pepagi dah sampai.. Dalam pkl 9 we all bergerak ke Gua Niah.

On the way, lalu kawasan marine (khabarnyer akan dibina aquaria bawah tanah macam kat Langkawi).. dan 2 buah taman negara.. Taman Negara Lambir dan Longur Bonut.

Tp kitorng x singgah pun sbb xder dlm plan kitorng hari nieh… so perjalanan diteruskan lagi..

Kemudian we all lalu kawasan penempatan org asli dan ladang kelapa sawit.. menurut tourist guide kitorng nieh, ader banyak ladang-ladang kat sinie dan setiap ladang ada sebuah sekolah dan rumah panjang memasing.

Dalam setiap rumah panjang ada dlm 70 -80 buah family. Ibarat mcm sebuah kampung sebuah sekolah… (^^,)

Selang x lama, we all sampai di Sg. Niah. Kalo kitorng terus lagik dr Sg. Niah nie boleh sampai ke Bintulu. Tp kitorng perlu ke Pekan Batu Niah… So sampai di sana kitorng singgah kejap, untuk beli bekalan makan tengah hari dan sedikit souvenir.

Then perjalanan diteruskan lagik… kitorng sampai di Gua Niah National Park kira-kira pkl 11.30 pg.

Memula kitorng masuk muzium yg ada kat situe dulu… then lepas tue, ketua guide memberi sedikit penerangan. After that, kitorng pun mula bergerak. Ekspedisi ke Gua Niah pun bermula...(^-`)/



atas boat untuk ke seberang


dr atas tebing.. di seberang sungai


Dr National Park ke pintu Gua Niah, memakan masa ampir 40 minit. Nie kalo jalan laju-lajulah.. kalo asyik benti jerk..maybe 2 jam pun x cukup (^^!!)..

So.. kitorng perlu berjalan sejauh 4.5 km melalui jalan denai/ titi kecil yg di bina untuk kemudahan pengunjung.



..3km to go... (^^i)


berhenti amik nafas kejap... 2.5km to go..


Since masa nak start jalan tadi, hujan dah mula turun renyai-renyai.. track kitorng agak licin, so kitorng sampai di pintu gua agak lewat. Dalam pukul 1 camtue.

Seronok sgt masa dah sampai tue… yelah sepanjang-panjang jalan duk berkira… 3 km lagik.. 2.8km lagik.. 2.7km… (^^i)




Gua Niah


Sesampai di pintu gua, kitorng just jalan² sekitar gua, tangkap² gambar, then kebetulan ader beberapa org penduduk tempatan tengah kutip sarang burung kat dinding gua.. so dptlah tgk camner diorng panjat aper semua…

Actually sebahagian peserta masuk ke dlm lagik.. tp group kitorng macam dah malas nak turun ke bawah.. turun mmg senang.. hala balik kang nak naik balik tangga tue hoho (^.^!)..



angin kuat giler.. nasib baik topi x terbang


Lepas lepak-lepak kejap kat rumah usang di pintu gua tue, we all pakat² utk pegi melawat ke salah sebuah rumah panjang yg ader berhampiran dengan Gua Niah.



denai yg perlu dilalui..


Selepas singgah-singgah dah jumper-jumper ngan tuai rumah.. borak-borak ngan penghuni nyer… kitorng pun beransur balik.. masih jauh lagik nak jalan nie.. kang lewat² kang gelap la plaks…

So selepas berjalan hampir 4km, kaki pun rasa mcm nak patah dah… akhirnyer sampai kembali di National park Gua Niah tadi.. Dalam pkl 4 ptg kitorng bertolak balik... Tp on the way tue sempat singgah kejap di Pekan sebenak..



~hohoho.. sgt memenatkan tp fun, mmg percutian yg sgt berbaloi.
~Saiko!! (^^,)v



// bebudak AF2 buat konsert kat stadium tertutup Miri… diorng semua duduk kat Rihga Hotel gak… bilik Adam, selang sepintu jer dr bilik aku.. hahahah siap cover² muker lagik tadi.. mcm lah aku nak kejar dier sgt (^^!!)



Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...