Ahad, Januari 06, 2013

Mt. Fuji Day Tour..

Mt. Fuji

Ah.. 2nd day already?.. Plan untuk hari nie ialah.. a day tour to Mt. Fuji.. Uda-chan dah book before dtg hari tue, via Viator Mt Fuji tour: SunRise.. oklah.. staff dier bleh ckp melayu (^_^). Comel jer masa kami sampai kat kaunter..

"Budak sekolah?" haha.. agaknya dier nak ckp.. student kot.. blasah la kan (^^,).. Okeh.. jom sambung story-mory untuk hari ke-2


[11 Dec 2012 SELASA]-Day Two

Tokyo Tower - on the bus, otw ke Mt. Fuji


Seawal 5pm dah bangun. Semangat giler sbb nak pegi jenjalan. Perlu siapkan bento untuk lunch nanti.. sbb kami tak ambil sekali dengan lunch pakej nie.. confirm² non- halal..

Lepas siap semua.. gerak keluar dr hotel. Ambil Asakusa Line, lalu Nishi Domae dan akhir sekali berhenti di Daimon. Then jalan kaki skit utk ke pick up point, di Hamamatsucho Bus Terminal (err.. kot.. haha..) (^^')\

Lepak kejap di pick up point, then 8.45 am baru gerak.. perjalanan nie ambil masa sejam-setengah untuk sampai ke kaki gunung Fuji.. dan bas yg kami naik lalu berhampiran dgn Skytree.. Tokyo Tower.. Docomo HQ Building.. etc..




Tourist guide hari nie, ialah Itabashi-san. Katanya, hari nie cuaca sgt baik.. so tak ada masalah nak naik sampai Stage 5 Mt Fuji nanti.

Menurutnya lagi, yg dtg semalam dapat naik sampai Stage 1 jer.. sbb salji turun lebat giler dan angin sgt kuat.. Kalau naik lebih tinggi bimbang bleh tergelincir.. Lagipun kalau salji tebal sgt, boleh tutup jalan apa semua.

Nampaknya mmg dah rezeki dan jodoh kami.. dpt jumpa Fujiyama-san up-close dan lebih personal gitu (^^").


Fuji Visit Center

Then kami semua berhenti kejap di Fuji Visit Center.. Cantik kan Mt Fuji kat belakang tue.. x sabar nk dtg lebih dekat.. hohoho (^.^)..


Mount Fuji a.k.a Fujiyama-san
Inilah gunung yg tertinggi di Jepun (12,388 kaki); terletak di sempadan Shizuoka dan Yamanashi; dan di barat Tokyo..  Ianya sebuah gunung berapi yg masih aktif tp kebarangkalian meletus adalah rendah. Kali terakhir pada tahun 1707-08.

Oh!.. Fuji-san dikelilingi oleh 5 buat tasik dan namanya diambil sempena nama tuhan budha- Fuchi. Then adalah sangkut-paut juga dengan agama Shinto.





Around 11.30 am kami sampai di stage terakhir yg boleh naik dan sampai dengan bas (Stage 5). Last stage before org start hiking naik ke puncak.. It's actually a camping area..

Then ada banyak Stage 5 di sekeliling level nie.. paling famos: Kawaguchiko on the Tokyo side.. dan yg kami pegi nie bkn Kawaguchiko.. nie station yg kurng famos.. so x ingat nama dier apa.. Itabashi-san ada sebut tp lupa dah (^^!)..


Tetiba patriotik kan (^^')


Tinggi puncak dr stage 5 cuma around 1.6km; tapi nak panjat ke puncak, route dier maybe akan ambil masa lbh kurng 8 jam pendakian.. Selalunya orang daki awal-awal pagi supaya boleh tgk sunrise masa tiba di puncak nanti..

Tapi kami xlah panjat naik ke atas pun.. (^_^).. tour trip nie hanya benarkan kami lepak dan main-main salji kejap jer.. dlm 30-40 minit.. then perlu turun ke bawah semula, utk lunch before pegi Hakone.. tasik dan naik ropeway..





Tepat masanya, kami gerak ke bawah. Tabashi-san sgt tegas yer.. tak boleh lambat. Dia sgt punctual. Kalau dier kata 12.30.. 12.30 kena ada atas bas.. kang dier marah.. (^^")~garang!.. Kowaii!.. haha

Kami turun ke bawah berhampiran dgn Fuji-Q Highland, theme park in Fujiyoshida.. katanya The Haunted Hospital, the world's 2nd largest haunted attraction pun ada deka² sini.. tp x pegi la ke situ.. just singgah di resort berhampiran untuk lunch..




..so time untuk carik port dan bentang kain picnic.. dan makan bento yg dibawa.. Sapa kata susah nak makan kat Japan nie .. hehe (^_^)

Erm.. tadi Tabashi-san ckp; kat pintu masuk resort nie pun bleh nikmati pemandangan Mt. Fuji yg cantik.. sbb sudut pandangan lebih besar dan penuh..




Nana, Uda and Fara..

bersama Tabashi-san


Our next stop will be Hakone.. So after lunch tadi kami gerak menuju ke jeti di Lake Ashi (Ashi no-ko) for Hakone Sightseeing Cruise..

Nak naik boat besar then cruise sepanjang tasik sampai ke seberang sana.. kemudian kami akan naik ropeway (Komagatake Ropeway) untuk sampai ke station di atas gunung sana.. (^_^)



Boarded in a large boat -Lake Ashi

Arriving.. di seberang jeti


Hakone (Hakone-machi)
Hakone adalah sebahagian drpd Fuji-Hakone-Izu National Park.. Sgt terkenal dgn hot springs, nature area and beautiful view of Mt. Fuji near by. So x mustahil Hakone jadi lokasi pilihan utk bercuti; at least for a break from Tokyo.

Then penduduk kat sini mahir dgn kerja tangan dan hasil seni pertukangan. Antara yg terkenal ialah.. Hakone Trick Box.. X perlu guna kunci but then still bleh lock the box. Subarashi desu ne~?


Kedai hand craft..


Tabashi-san beri kami masa dlm 30 minit untuk shopping kat sini, before kami dibawa naik Mt. Komagatake. Ada Ropeaway kat atas nie.. dan di puncak nanti ader satu lagi shinto Shrine..






Jom naik atas jom..


Dah sampai st Ropeaway kat atas pun kena panjat tangga lagi untuk ke puncak atas sana.. adehlaa.. dah lah sejuk.. hehe.. bertabah la kan.



Dpt tangkap (gambar dgn) pakwe Jepun sorng (^^')


Tadi Tabashi-san ada cerita skit pasal anutan agama org Jepun nie.. katanya majority adalah beragama Shinto, sebahagian lainnya Budha dan Kristian..

Agama Shinto agama yg percaya kpd banyak tuhan dan sentiasa bertambah ikut zaman.. But then.. itu yg kami dgr dr mulut Tabashi-san..



Dgn awek Jepun plak.. (^_^)

Time to balik..


Tabashi-san pesan.. jgn lama-lama kat atas. 4.30pm perlu wajib turun! Bimbang lewat plak sampai Tokyo nanti.. Otw balik, bas turunkan kami berempat di Odawara Station.

Dari Odawara St, kami naik Shinkansen (bullet train) to return to Tokyo .. Oh!.. train nie xder reserved seat.. tp kalau xder kosong, bleh minta org yg ltk beg kat seat alihkan beg diorg, spy kita bleh duduk..

..dan kalau drive ambil masa 3 jam untuk sampai ke Tokyo, tp kalo naik train nie 36 minit jer (^_^)v.. Traffic agak teruk juga kat sinie, sbb tue ramai yg guna Shinkasen nie jer untuk pegi dan balik kerja..

So sampai sinie laa trip kami hari nie..

Esok nak ke Disneysea plaks- hoho Saiko!~


4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

hai...tumpang tanya..pakej ke mt fuji ni include sekali dgn bas tu ye? ke kena beli tiket bas asing?

tima kasih:)

NedLi Sakurai berkata...

Hi.. pakej Mt. Fuji nie.. termasuk bas utk pegi; tiket boat tuk cross tasik kat hakone; tiket tuk naik ropeaway then train balik ke tokyo semula..

kalau nak sekali dgn lunch; perlu topup laa harga (^_^)

Tanpa Nama berkata...

akum, nak tanye
pakej ni dpt mane ye? contact semua? harge pulak bgmn? - ruzanna

NedLi Sakurai berkata...

Ruzanna,

trip ke jepun nie, adik sy yg buat everything.. dia book kat website nie kalau x silap:

http://www.viator.com/tours/Tokyo/Mt-Fuji-Lake-Ashi-and-Bullet-Train-Day-Trip-from-Tokyo/d334-2142TYO_F800_F820

then budjet pakej around RM500++.. Tak berapa ingat sgt, tp try lah tgk dlm website tue..

(^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...