Selasa, Ogos 07, 2012

Travel Log: Umrah 2012 (7)


24JUL2012 [SELASA]
Hari nie berbuka di Masjid.. Bawa bekal mcm biasa; spy x perlu balik lepas maghrib dan boleh berlama-lama sikit di masjid..

Suka tgh suasana before berbuka di masjid.. semua org duduk ramai-ramai.. then diorng bentang plastic alas untuk letak kurma dan air zam-zam..


Di luar Masjidil Haram


Oh!.. masih memilih untuk duduk di ruang bawah, berhampiran ngan telaga zam-zam.. sbb kat situe sejuk skit.. dan Ebah boleh duduk sama-sama untuk menanti waktu berbuka..


lauk berbuka kami hari ini



25JUL2012 [RABU]
Kejap dah Rabu.. esok dah nak balik dah (T_T)..




Lepas solat subuh kami duduk di masjid.. saja berlama-lama. Then dlm pkl 10.00 kami balik bilik kejap sbb nak kena kemas-kemas kan beg.. Then before Zohor datang semula..

Kali nie solat di tingkat atas.. Memula nak naik ke tingkat yg di atas sekali.. tp x jadi sbb cuaca sgt menguji iman.. Jadinya, lepas solat Zohor.. aku ngan Uda just pusing keliling tingkat dua jer..





Lepas habis pusing.. sambung duduk menghadap multazam..


Erm.. (^-‘)
ingat dulu.. time-time camnie.. ramai parent ajar anak mengaji. Sambil pegang rotan sambil dgr anak-anak diorng baca.. bila salah baca jer.. Piaapp!!.. hehe.. mcm kita juga laa dulu².. tp kali nie xder plaks.. maybe diorng buat kelas di tempat lain kot..

Then lepas Asar Bah ajak balik bilik semula..






Oh!..Hari nie Terawih terakhir di sini.. rasa mcm makin ramai org malam nie.. sampaikan ada yg terpaksa bersolat di seberang jalan.. berhampiran kaki lima- kaki lima hotel besar tue..






26JUL2012 [KHAMIS]
Hari terakhir.. Lepas solat subuh tadi kami balik ke hotel. Perlu check out dan letakkan barang² dan beg² di luar pintu bilik.. Mengikut taklimat smlm, pkl 9.00am camtu akan bertolak ke airport..

So around pkl 7.00 pg kami pegi semula ke masjid untuk buat Tawaf Wida’.. Habis saja 7 pusingan terus balik ke hotel; sbb bila selesai saja buat Tawaf selamat tinggal nie x boleh berlengah².. nanti dikira batal.

Tiba di hotel.. bas pun dah sedia menanti.. Kami boleh naik ke bilik kejap jer.. tengok² manalah tau ada yg tertinggal. Then tepat 10.00am bas kami pun bergerak ke Jeddah..


Dalam nak balik ke Malaysia nie.. banyak betul dugaannya. Memang menguji kesabaran.. nak-nak di bulan puasa. Tadi bas kami kena tahan.. x boleh masuk kawasan airport. Ntah apalah pak-pak arab nie nak.. Jenuh juga lah ustaz yg membawa tue berbincang.

Then dah sampai airport.. perlu seal air zam-zam elok².. kalo dah sorang 1 tong.. 40 org?.. group lain plaks lagi.. (^^’)..

mmg bukan kami yg membungkusnya.. tp nak kena tunggu kat luar yg panas terik tue.. SubhanaAllah.. masing-masing mcm dah dehydrated dah kot..

Then dah selesai kat luar tue.. baru lah dpt masuk ke dalam.. barulah rasa lega skit rasa.. sejuk sikit dlm air corn nie.. bila tgk masing² yg dlm jemaah nie lucu pun ada.. basah lecun dgn peluh. Ada siap pegi toilet mandi kejap dan salin baju baru (^^”)..

Kami? Kami cool ajer.. haha cool la sgt.. Hampir-hampir nak berbuka puasa.. mujur masih boleh tahan (^_^)v..


Ceria menanti waktu untuk check in


Alhamdulillah.. lepas check in demi check in kami tempuhi, akhirnya kami selamat sampai di Gate.. Ada waktu lebih kurang 2 jam before depart.

Sementara menunggu flight.. kami solat kat tepi tiang.. Pelik kan? Airport Jeddah xder kemudahan musalla.. Diorng tgh renovate katanya.. Apa-apalah (^-^).. Tak kesah pun, lagi pun kawasan tue bersih dan suci untuk bersolat.


Beramai-ramai before boarding


Aroud 5.30pm kami berlepas.. dan memandangkan kami terbang menjauhi matahari, so waktu berbuka lebih cepat.. Muka masing-masing mmg nampak sgt bersyukur bila tiba waktu berbuka.. Dahaga air yang amat..

Alhamdulillah.. Walaupun banyak dugaan dan pancaroba, puasa dapat dilaksanakan dgn jayanya (^^,).. hehe..


//Sampai di Malaysia pkl 8.15am waktu tempatan- Widaad dah tunggu sambil pakai spek mata itam (^-^)..

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...