Memaparkan catatan dengan label Resepi / Masakan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Resepi / Masakan. Papar semua catatan

Jumaat, Julai 13, 2018

Nasi Impit dan Kuah Lodeh


Tak nampak nasi impitnya di bawah


Sempena meraikan habis puasa enam.. kita buat nasi impit dan kuah lodeh then makan beramai-ramai di office. Tapi kuah lodeh bukan style johor.. Nie style yang dah ditokok tambah.. ikut selera family sendiri (^_^)v


Bahan-Bahan:
4-5 pcs kepak ayam - potong kecil
200gm pedal ayam - potong kecil
2 biji lobak merah - potong bite size
2 biji terung bulat (kecil) - potong bite size
5-8 urat kacang panjang - potong bite size
3 keping tauhu puchuk - potong pendek; direndam hingga lembut
secekak suun - potong pendek; rendam dgn air panas
sedikit cendawan hitam (black fungus) -  rendam hingga kembang; potong kecil

1 kotak besar santan
2 biji kentang sederhana besar - potong kecil
2 bungkus tempe - potong kecil
2 biji tauhu - potong kecil
3-4 biji cili merah - hiris
3 batang serai - titik/ketuk
2-3 keping asam keping
garam dan gula
1 kiub ayam/ ikan bilis (optional)

Bahan untuk dikisar:
3 tb sp udang kering
3 biji bawang besar
6 inci kunyit hidup


Cara-cara:
Siapkan bahan-bahan kisar dan ketepikan. Goreng tauhu, tempe dan kentang yang telah dipotong kecil tadi dan ketepikan. Naikkan periuk, masukkan ayam, pedal, bahan kisar, serai, asam keping dan dua cawan air atau santan cair. Hidupkan api dan mula mereneh

Masukkan sayur dan bahan-bahan yang lambat masak dahulu seperti lobak, puchuk dan cendawan hitam. Then masukkan kacang panjang, terung, kentang, tempe dan tauhu. Kalau kuah kurang, boleh tambah sedikit air panas.

Bila semua dah lembut, masukkan santan dan perasakan dgn garam dan gula.. Masukkan suun dan cili merah, kacau rata dan dalam 5-10 minit kemudian, bolehlah dimatikan api.


Selalunya, kuah lodeh dimakan dgn lontong. Tapi x sempat nak buat.. so just rebuskan ketupat mini segera (^^").. Then.. org johor, makan lodeh dgn sambal tumis, serunding kelapa, begedil.. then ada telur rebus lagi..

Tapi semua tue xde.. x sempat (^^").. Mujur ada serunding daging Kelantan.. bolehlah buat topup kekurangan yang ada nie..


Ahad, Februari 12, 2017

Let's have Jjigae for Dinner


Persiapan untuk Jjigae..


Hari nie.. semua orang rajin nak memasak.. Tak tahulah kenapa (^^").. Mama Maryam goreng behoon goreng Singapore, pastu breakfast, we have laksam derhaka.. Then dinner kami makan Jjigae.

Seronok kan? Menambah berat badan di hujung minggu.. haha (^^,)..


Asalnya uda kata, Jjigae nie makanan askar korea.. Diorng masukkan semua bahan makanan yg ada, buat satu jenis hidangan.. ala-ala stew..

Tapi resepi utk Jjigae nie perlu tunggu Uda-chan, sebab dia yang siapkan sos dan masak Jjigae nie tadi.. Kemudian nanti update (^_^)..


Letak ramyeon sebungkus..

Jjigae siap untuk dimakan..


tak cukup sebungkus ramyeon, so topup lagi sebungkus.. Bahan-bahan untuk hidangan nie.. cukup untuk 4 orang makan..

Selesa sangat perut.. Alhamdulillah..



Sabtu, Februari 11, 2017

Chilli Con Carne




Nie resepi Uda-chan.. dia yang masak, kami tumpang makan ajer.. (^_^)v


Chilli Ala Uda-chan

Bahan-bahannye :
500 gm daging cincang
4 biji tomato - potong dadu kecil
1 tin kacang merah (kidney beans) - basuh bersih
4 sudu besar sos tomato/ 2 sudu puri

Awas-awas :
1 biji bawang besar - potong dadu/ cincang
1 biji bawang putih - racik halus
2 biji lada benggala merah/ hijau - potong dadu/ cincang
1/2 batang seleri - potong kecil/ cincang
2 sudu besar serbuk cili
1 sudu besar serbuk jintan putih

1 sudu besar gula/ gula merah
1 sudu kecil serbuk lada hitam
Garam secukup rasa

Tumis bawang dan semua awas-awasnya seminit dua. Kemudian masukkan daging, goreng sehingga masak. Tambahkan tomato, sos/tomato puri dan kacang merah, kacau seketika. Biarkan kuah mereneh dengan api yang kecil selama lebih kurang 15 ke 20 minit.

Kemudian boleh seasonkan dgn garam, gula dan serbuk lada hitam. Rasa-rasa dan pastikan kacang merah empuk dulu sebelum tutup api. Hidangkan bersama roti bakar. Kalau dapat garlic bread lagi best. (^_^)..



Khamis, Jun 23, 2016

Air Kedondong Asam Boi

Hari nie kitorng x masak.. panaskan leftover smlm jer (^^').. Tapi udachan terlebih rajin.. so dia buatkan air kedondong asam boi nie.

Marbeles!




Bahan-bahan:
12 biji buah kedondong
10 biji asam boi jenis putih
2 biji epal hijau
air masak/mineral
Gula secukup rasa
Ais kiub secukupnya


Kupas kulit kedondong dan epal hijau.. buang biji dan blend jer dengan air dan gula. Then letak asam boi dalam gelas beserta ais kiub. tuang air kedondong dan boleh terus dihidang..

Ada orang suka tambah jus limau kasturi.. bleh juga.. lebih sedap rasanya.. tp kami takder buah kasturi plak tadi.. so mana yg ada jerlah (^^,)..



Selamat berbuka!






Shell Out @Home




Semalam cuti Nuzul Quran.. maka kami bleh masak beria skit.. So pakat² empat beradik nak buat shellout sendiri kat rumah.. Tapi ala² sopan gituew (^^')..

Haha.. Tak sempat nak beli kertas majong dan plastik alas meja.. so tak dapat nak buat makan berselerak cam kat kedai.. Kami just letak dalam dulang pembakar..





SHELL OUT

Bahan kisar: 
10-15 tangkai cili kering
1 labu bawang putih
2 inch halia
2 sudu udang kering
Sedikit belacan

Bahan tumis: 
1 biji bawang Holland -racik halus
6 biji bawang merah -racik halus
3 sudu butter
6 tangkai daun kari -ambil daun sahaja
3 sudu sos tiram
3 sudu sos ikan
2 sudu rempah kari (optional) -bancuh jadikan pes
1 sudu black pepper (optional)
1 kiub pati ayam

Hiasan/tambahan: 
2 biji lemon (dipotong wedges)
Brokoli dan Jagung (optional) -kukus dan letak butter

Seafood:
2 ekor ketam sederhana besar
500g pepahat
1kg lala
1kg kerang
300g udang kasar
Sedikit isi kepah (ada lbh dlm peti ais)

Seafood pilihan ikut suka-hati masing².. kalau ada tambahan seafood jenis lain pun boleh. Quantiti ikut berapa ramai nak makan.. untuk potion nie.. boleh makan dalam 7-8 orang..


Cara:
Sediakan seafood.. siang dan bersihkan.. untuk ketam boleh potong dua. Then perapkan dgn serbuk kunyit dan serbuk lada hitam sekejap. Ini untuk hilangkan bisa makanan laut (org kata.. Wallahualam).. Then siapkan bahan tumis dan bahan kisar.. ketepikan.

Panaskan air setengah periuk, dan rebus seafood half cook.. Rebus skit² kalau periuk x muat dan simpan air rebusan untuk masak kuahnya nanti. Untuk lala, udang dan pepahat kitorng rebus sekejap jer.. sebab tanak nanti jadi liut. Ketam dan kerang lamakan skit.. sbb isi ketam tebal bimbang x berapa masak isi dia.. Kerang perlu rebus sehingga dia terbuka.

Rebus dulu siap², nanti senang.. Bila kuah pedas dah masak, just balik² dan siram jer atas seafood.. tak perlu tunggu lama.. Selesai rebus, kita siapkan kuahnya pula.. Dalam kuali lain, tumis bawang², daun kari dan bahan kisar dengan butter. Letak minyak masak skit supaya butter tak mudah hangus.

Bila dah naik bau, dan layu sikit.. masukkan serbuk kari, sos tiram, sos ikan dan kiub ayam.. Tambahkan sedikit air rebusan seafood jika kuah terlalu pekat.. Bila minyak dah terbit, boleh masukkan seafood yg dah direbus awal tadi.. Kalau x muat kuali, boleh masukkan separuh².. Selesai semua, hidangkan then taburkan brocoli, jagung dan lemon.. (kami xder lemon.. so x letak)





Okey.. itu untuk yang bercengkerang.. Meh kita masak sotong goreng telur masin plak, ala mama Maryam dan Makde style.. (^_^)..


SOTONG GORENG TELUR MASIN

Bahan²:
3 ekor sotong sederhana besar
4 sudu besar tepung goreng serbaguna
2 biji telur masin -direbus dan hancurkan
3 tangkai daun kari -lurutkan, ambil daun sahaja
2 ulas bawang putih -cincang
5 biji cili padi
1 sudu butter

Cara:
Bersihkan sotong dan potong bulat². Panaskan minyak dalam kuali. Gaulkan sotong dengan tepung goreng serbaguna dan goreng dalam 4 - 5 minit. Toskan sotong atas penapis supaya sotong kekal crunchy.

Panaskan sedikit minyak dalam kuali lain, masukkan butter. Biar butter cair sikit then tumis bawang putih sehingga naik bau dan masukkan telur masin yg telah dihancurkan beserta daun kari dan cili padi. Gaul rata dan teruskan kacau, then masukkan sotong goreng tadi.

Besarkan api.. kacau sehingga bergaul mesra sotong dan telur masin tue.. Tutup api dan sedia untuk dihidang.



Rabu, Januari 06, 2016

Sunny Day Bento




Alhamdulillah.. hari² di tahun baru nampaknya cerah dan ceria jer.. so kita buat tema bento untuk hari nie bersempena dgn sang suria yg indah memancar² - giler poyo bahasa (^^,)..

Untuk breakfast makan nasi goreng dan telur mata + nuggets ayam dan ulam timun.. Lunch, lauk simple jerlah.. ayam goreng berlado..


Jemput makan semua.. (^_^)..




--------------//--------------



Menu semalam.. sbb x sempat nak up gambar bento hari semalam.. so share jer kat sini..


Ikan Talapia Goreng Asam Jawa


Hari Kelmarin, beli ikan talapia dgn Mai.. So dptlah buat lauk utk tengah hari.. Goreng jer pun, tapi perap dgn asam jawa semalaman so lagi sedap rasa dia..

Lepas siang dan cuci.. ikan² mcm nie, aku selalunya akan lumur dgn tepung skit spy boleh hilangkan lendir² pd bdn ikan.. then basuh, dan rendam pula dgn air asam jawa/ limau nipis dlm 30 ke 40 minit..

Then basuh bersih, baru simpan dlm fridge.


Tapi utk goreng asam jawa (resepi Dayah) nie.. lepas basuh dan bilas.. lumur asam jawa, simpan dlm peti ais dan esok, bila nak goreng, tambah serbuk kunyit+ lada boh+ garam; dan lumur semua bagi rata..

Pastu goreng.. kalau rajin boleh buat sambal kicap, boleh cicah².. Serious sedap.. Lebih pecah selera; dapat pulak nasi panas.. (^_^)..


.. Iskh.. bercerita jer pun bleh droolling nie (^^,)..






Ahad, Oktober 11, 2015

Bento: Bila Ahad pun Kena Kerja (^^,)




Hari nie kena gi kerja.. (^_^).. So terpaksa buat bekal juga di hari ahad nie.. Breakfast dgn chicken meatballs, scramble eggs, timun dan tomato cherry..

Lunch ikan goreng dan sayur bak choi goreng jer.. Tapi tak cukup.. So lepas zohor keluar gi carik lauk tambahan (^^").. Aku mmg xbleh makan ikan la.. x kenyang.. kena isi ayam atau daging jugak..





Simple but yet agak meriah bekal aku hari nie (^_^).. Then tadi pagi di pantry memasing pun bawa bekal.. makan ramai-ramai sesama.. dan walaupun kena kerja tapi hati semua senang dan gumbira..

Alhamdulillah.. (^_^)


-------------------//-------------------





Ada banyak isi ayam dlm peti ais, so baik kita buat chicken meatballs.. Oh! Chicken meatball ni low carbs.. resepinya seperti di bawah:


Simple Chicken Meatballs:

600g isi ayam
1 sudu besar serbuk lada sulah
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 sudu kecil garam
1/2 biji bawang merah - didadu halus
1/2 ikat daun bawang - diracik halus
1/2 biji lobak merah - didadu halus

Masukkan isi ayam, serbuk lada hitam, serbuk lada sulah dan garam dlm food processor. Kisar sampai hancur.. then keluarkan.. gaulkan dgn bawang, daun bawang dan lobak merah yg tlh dipotong dadu dan halus.

Sapukan sedikit minyak masak di tapak tanga.. then boleh bulat-bulatkan sebesar bola golf (^_^).. Then Didihkan air, rebus hingga bebola masak. Angkat, tos dan biarkan sejuk before difrozenkan.


Khamis, Oktober 08, 2015

I Come In Peace Alien Bento




Alang² ader picks comel dan baru beli.. so aku gunalah (^_^)..

Hari nie, kita makan meatballs (homemade meatballs).. dgn sayur campur untuk lunch dan scramble eggs + cocktail sausages untuk breakfast pagi tadi..


Nie bekal Uda.. yg x katun dan lebih matang. Giteww.. (^^")

Bekal² siap!


----------------------//----------------------



Meatball tue buat sendiri pagi tadi.. Sbb kalau nk makan yg ready made, bimbang melanggar pantang larang (^^,).. So, bermeatball lah pepagi tadi.. Nie bahan² dan resepi ringkasnya..


Meatball Simple
400g daging cincang
2 biji telur
1/2 biji bawang kuning - dice kecil
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 sudu besar serbuk lada sulah
1 sudu besar mustard
1 sudu kecil garam
2 sudu besar sos nandos extra hot
2-3 titis stevia
sedikit olive oil + butter (untuk menggoreng)

Mixkan semua bahan, pecahkan telur dan gaul rata. Bahagiakan kpd 10-12 bahagian dan kepal² spy dpt dibentukkan seperti meatballs. Jgn kecil sgt, sbb lepas masak nanti daging akan mengecil (^_^)..

Panaskan kuali, ltk olive oil dan sedikit butter dlm kuali.. then susun meatballs bagi penuh kuali. Kecilkan api dan tutup kuali dgn tudung periuk.. Biar meatball masak sekejap.

Bila meatballs dah masak.. balik-balikkan spy dpt garingkan hampir semua permukaan meatballs. Then boleh angkat dan hidang (^_^)v..



Selasa, September 15, 2015

Daging Masak Merah & Popia Goreng Bento




Hari nie kita makan besar (^^")..

Dari malam tadi asyik duk fikir.. apalah nak masak untuk hari nie.. Siap google cari resepi² daging dlm internet.. Last² pilih lauk Daging Masak Merah nie..


Lauk tengah hari

Popia sayur + Nuggets..


..dan yang nie.. saja bawa lebih, nak makan reramai time together² @Pantry Breakfast Time pagi tadi.. Seronok woo makan reramai sambil bergosip²an (^^")..


Okeh.. mau kongsi resepi..


DAGING MASAK MERAH

300g daging - rebus dgn sedikit inci merah hingga empuk
1 biji bawang Holland - potong wedges
2 biji bawang merah - racik halus
2 ulas bawang putih - racik halus
5-6 biji lada kecil - belah dua
1 inci halia - racik halus
3 sudu lada kisar/ cili boh
2 sudu sos tomato
2 sudu sos Thai
2 sudu sos tiram
4-5 biji baby corn - potong panjang
1 biji lobak merah - potong panjang
2-3 biji tomato - belah 6
sedikit lebihan air rebusan daging
garam secukup rasa

Cara:
Tumis bawang merah dan bawang putih bersama lada kecil, halia dan cili kisar.. Tumis hingga naik bau, then masukkan sos tiram, sos tomato dan sos thai.. masukkan juga air rebusan daging beserta daging yang telah dihiris nipis²..

Bila kuah dah makin berkurangan dan memekat.. masukkan bawang Holland, lobak merah dan baby corn.. Masak hingga sayur lembut/empuk.. seasonkan dgn garam jika perlu..

Bila dah siap masak, tutup api dan masukkan tomato.. kacau skit² then bolehlah angkat dan hidang (^_^).



Jantung Pisang Masak Lemak Kuning


Mecha² umaii..


Sampai jer rumah semalam.. Uda-chan dah siap masak.. dr pintu depan dah berbau harum ikan goreng. Terus rasa lapar (^^').. Pegi dapur, tak nampak lagi dia masak jantung pisang nie..

Bila turun semula nak ratah ikan goreng.. sekali nampak ada periuk kecik atas dapur.. huhuu.. sedapnya lauk!!.. Bertambah sedap bila sampai rumah semua dah siap masak (^^").. ye dak?


//Tapi resepi lupa nak tanya uda (^^').. Nanti dah dpt.. update semula..



---------------------//---------------------


JANTUNG PISANG MASAK LEMAK KUNING
1 biji jantung pisang
secekak pucuk mengkudu
3-4 biji baby corn
1 kotak kecil santan
Segenggam ikan bilis
1/2 inci kunyit hidup
9 biji lada kecil
2 biji lada merah
1 biji bawang merah

Cara:
Tanggalkan lapisan keras atau kulit luar jantung pisang.. Potong dua dan celurkan dlm 10 minit. Bila dah lembut, angkat toskan dan perah jantung tue, biar keluar semua air rebusan dr jantung.. Ini petua tok, kata Uda. Kalau masak gulai nangka pun, kena perah nangka sampai habis keluar semua air rebusan.

Okey.. then hiris jantung pisang dlm 1 cm camtue. Pucuk mengkudu pun, racik juga.. Then baby corn, potong memanjang atau kecil.

Blender ikan bilis, lada kecil, lada, kunyit hidup dan bawang merah. Masukkan semua bahan yg diblender lumat ke dalam periuk, beserta dgn santan dan masak atas api sederhana.. Kemudian masukkan hirisan jantung pisang, pucuk mengkudu dan pundak jagung tadi.. dan kacau.

Bila semua dah agak layu dan masak, masukkan garam dan gula. Kacau rata dan biarkan mendidih kejap.. Bila dah ok semuanya, bolehlah dihidang, bersama ikan goreng dan sambal kelapa atau sambal belacan.. (^_^)v.



//update *17 Sept 2015..






Sabtu, Ogos 22, 2015

Avocado Milkshake with Chocolate Syrup




Uda dpt satu plastik buah avocado hari tue.. Miss Yuni yg hadiahkan, ole-ole dr Bali katanya.. Ada dlm 8-9 biji kesemuanya.. Besar² buah avocado bali nie.. Tapi yg kitorng jumpa kat Da Lat hari tue, lagi besar..

3 biji dah selamat kirim ke Fara.. sbb dia pun nak try buat air alpukat nie.. dan selepas 2 kali weekend buat jus alpukat.. Avocado kami masih berbaki 2 biji..

Erm.. nanti kita try buat spaghetti avocado atau avocado dips pula ke (^_^)..


Key.. nie resepi tuk buat jus alpukat..


JUS ALPUKAT with CHOCOLATE SYRUP
1 biji avocado yg dah masak ranum
3 tbsp susu condense
1 cawan susu segar
Sedikit air batu
Chocolate syrup
Secubit garam


Belah dua buah avocado, buangkan bijinya dan scoop isi ke dalam blender. Add in susu, susu pekat manis, air batu dan garam; blend semuanya hingga smooth.. Boleh tambah condensed milk jika masih kurng manis.

Biladah siap, tuangkan chocolate syrup dikeliling gelas sebelum tuang avocado jus atau tuangkan chocolate syrup di atas jus avocado.. ikut selera masing².. (^_^)


//garam utuk menaikkan rasa lemak.. tp jgn terlalu banyak..



Jumaat, Julai 31, 2015

One Piece Theme Bento


One Piece (picks) Bento


Banyak skit lauk bekal tuk hari nie (^^")... InsyaAllah weekend nie nak siapkan tamago rolls, homemade nugget/ sosej, popia frozen dll.. So, pepagi just masak satu atau dua jenis lauk jer..

Then hanya top up dengan yg lenlain nie untuk pelbagaikan lauk dalam satu bento (^_^)..


Dua bento di pagi hari..


So.. untuk hari nie, aku buat lauk daging masak kicap black pepper utk lunch; dan breakfast.. scramble eggs + nuggets dan salad timun+saderi. Then hiaskan dgn pick One Piece (^-^)


Luffy & Pirate Hunter Zoro for me..

..dan Nami & Shanji utk uda-chan


Ye.. Nanti.. di suatu hari nanti sy akan buat bento yg betul-betul bertemakan One Piece yer.. Haha.. Alatannyer dah beli.. lama giler.. Akhir thn 2013 dulu.. tp sampai la nie x terbuat onigiri muka luffy the monkey nie (^^").

Doakan sy rajin (terlebih rajin) dan (sgt) gigih tuk hasilkannya..



------------------//------------------






DAGING MASAK KICAP BLACK PEPPER

500g daging dipotong kecil/nipis
1 biji bawang holland - racik kasar
2 ulas bawang putih
2 inci halia - mayang panjang
2 biji kentang - potong wedges
1/2 bell pepper hijau - potong panjang
2 biji lada merah - potong panjang
5 biji lada kecil - belah dua
2 sudu kecil black pepper - ditumbuk kasar
sedikit kicap manis

Rebus daging hingga empuk bersama kentang. Biar sehingga air kering dan angkat. Tumis bawang putih, bawang holland, halia dan lada.. masukkan daging dan kentang.. goreng hingga sedikit garing.

Then masukkan kicap dan black pepper. Jika kurang masin, bleh tambah sedikit garam. Dah siap.. bleh hidang bersama nasi panas..





Ahad, Julai 12, 2015

Bubur Pulut Hitam SP




Tetiba terasa nak makan benda manis², so minta Nana rendamkan pulut hitam siap-siap.. balik tadi terus boleh masak jer..

Oh! Bubur pulut hitam nie, favourite aku.. semua juadah yg ada pulut mmg aku suka (^^,).. Sama mcm tok.. tok pun suka pulut.. so tadi berbuka kat rumah teh, kitorng bawa bubur pulut itam nie.. boleh makan ngan diorng..




Okeylah.. jom share resepi..


BUBUR PULUT HITAM

Bahan-Bahan:
250g pulut hitam
air secukupnya untuk merebus pulut
2 kotak kecil santan (200ml x 2)
3 helai daun pandan -carikkan dan simpul
1/4 cawan gula putih
2 keping gula melaka
garam secukup rasa


Cara:
Rebus pulut hitam dengan air dan daun pandan sehingga pecah kembang.. Selalunya bila dah kembang tue, kira lembutlah (^_^). Biarkan pulut masak dan kuah menjadi pekat..

Then masukkan garam, gula putih dan gula melaka. Masak sehingga mendidih. Kemudian masukkan pula santan dan jika terlalu pekat, boleh tambah air. Then sesuaikan gula dan garam.

Sentiasa kacau spy x berkerak di dasar periuk dan santan x pecah. Bila dah masak, boleh dihidang panas.. tp aku lbh gemar makan sejuk², so after bubur sejuk sedikit, boleh simpan dlm peti ais.. lepas terawih, baru makan.. (^_^)v



// Untuk jimatkan masa merebus, rendam pulut hitam semalaman.
// Hidangan untuk 6-8 orang



Sabtu, Jun 27, 2015

Nasi Ayam Simple


Nasi Ayam Simple (^_^)v


Hari nie masak nasi ayam lah.. sbb mak ngan bah ada nie. Diorang balik Kuantan semalam dgn Fara, balik sekejap dek kerana rindukan Maryam (^^,). Esok mak-bah balik KL semula.

Okey.. jom share resepi..


NASI AYAM SIMPLE
Bahan utk nasi:
4 cawan beras
2 sudu besar butter
1 cm halia -diracik halus
3 ulas bawang putih -diracik halus
2 biji bwang merah -diracik halus
bahan penumis (biji pelaga, cengkih, kayu manis etc.)
Sedikit serbuk kunyit
2 cawan air rebusan ayam
2-3 cawan air (bergantung pd beras)
Garam

Bahan utk sup:
2 ekor ayam dipotong 4
tulang/leher/kaki ayam -optional
2 biji kentang -optional
1 labu bawang putih -diketuk
2 biji bawang besar -diracik halus
2 inci halia -diketuk
2 bungkus sup bunjut
Daun sup dan daun bawang yg dihiris
Garam

Bahan perap ayam:
2 tbsp kicap pekat
2 tbsp sos tiram
2 sudu besar kicap manis
2 sudu madu
1 cm halia -ditumbuk halus

Bahan utk sos:
10 biji lada merah
1 labu bawang putih
1 tbsp cuka
1/4 cwn gula
2 tbsp tepung jagung -dibancuh dgn sedikit air
1-2 cawan air
garam secukup rasa

Bahan utk Salad/ Hiasan:
1 biji timun
Tomato cherry/ tomato
Sedikit daun Salad


Cara penyediaan:
Perlu siapkan sup dahulu, sbb perlukan air rebusan ayam utk masak nasi. Untuk sup, hanya leburkan ayam yg tlh dicuci bersih, bawang putih, bawang besar, halia, dan sup bunjut dlm satu periuk. Biar sampai mendidih. Then tambahkan garam dan gula secukup rasa.

Sementara tue kita tanak nasi. Basuh beras, toskan air dan ketepikan. Dalam periuk nasi, panaskan butter dan tumis bawang, halia + bahan penumis hingga naik bau. Masukkan beras dan saute-kan kejap before masukkan air, air rebusan ayam, kunyit dan garam. Kacau dan tutup periuk.

//sukatan air, ikut sukatan biasa macam masak nasi setiap hari.


Bila ayam dah masak, keluarkan dr periuk sup dan toskan. Kemudian bolehlah diperap dgn sos perapan (kicap). Perap ayam biar lama² skit, bg dia lebih mesra (^_^). Dan sementara tue, bolehlah siapkan sos lada merah pulak.

Untuk sos lada.. kisarkan lada merah dan bawang putih. Kalau rasa pekat, boleh tambah air skit. Then naikkan atas api, masak hingga mendidih. Masukkan air bancuhan tepung jagung, cuka, garam dan gula secukupnya. Bila dah masak, angkat dan ketepikan.


Untuk sup, drpd lebihan air rebusan tadi, just tambah tulang/ leher/ kaki ayam jika ada dan kalau suka kentang, boleh masukkan sebiji-dua kentang yg telah dipotong kecil, wedges atau pun kiub. Renehkan hingga semuanya masak dan empuk. Masa hidang, taburkan bawang goreng dan daun sup.

Akhir sekali bolehlah goreng ayam. Goreng ayam dgn api sederhana dan kejap jer.. Bila nampak macam dah garing, angkat, potong, chop²kan ayam tue kecil² dan susun atas hirisan timun, salad dan tomato.

Kuah kicap lebihan perapan jangan dibuang.. itu kita jadikan sos kicap nasi ayam kita jer. Nak panaskan kejap kat atas api pun boleh, nak dihidangkan terus pun boleh.



//Panjang pulak aturan memasaknya (^^")..



Selasa, Jun 23, 2015

Tauhu Sumbat & Sos Kacang

Tauhu sumbat mmg favourite aku dan adik-adik.. bila ckp ngan fara, kami nk buat tauhu sumbat tuk berbuka, dia dah requested suh buat sekali lagi weekend nie, bila dia balik Kuantan.

Okey ajer.. (^_^)..


Tauhu sumbat + kuah kacang


Bahan²:
Tauhu 5 keping
1/2 biji timun diracik halus
1/2 biji lobak disagat halus
sedikit taugeh

Cara:
Potong dua tauhu² tue (potong silang spt dlm gmbr) then kelar bhgn tengah supaya mudah nak sumbat sayur²-an. Pastu goreng hingga kekuningan bahagian luarnya. Bila dah masak, angkat dan lepas sejuk skit, bolehlah disumbat dgn timun + lobak + taugeh.





Bahan² utk sos kacang:
600 gm kacang tanah - digoreng tanpa minyak
5 biji bawang besar - dikisar
2 ulas bawang putih
2 batang serai
½ cawan cili kering - dikisar
1 cawan gula melaka
2-3 cawan air
Garam secukup rasa

Cara:
Goreng kacang tanah hingga betul² masak/ garing.. Sejukkan dan dibuang kulit mana boleh. Then kisar dgn pengisar kering.. Kalau nak kuah kacang tue nanti cam chunky², so sebahagian kisar halus, sebahagian lagi jgn halus sangat..

Then blender bawang dan lada kering hingga lumat. Tumis dlm periuk hingga terbit minyak.. Guna api sederhana. then titik serai, masukkan dlm periuk. Bila lada kering dah masak, masukkan kacang tanah yg telah dikisar bersama air.

Biar mendidih, kemudian baru masukkan gula melaka dan garam. Kalau kurng manis, boleh tambah dgn gula pasir skit.. Bila dah cukup semua rasa, bolehlah dihidangkan bersama tauhu sumbat tadi.


Jemput makan.. (^_^)



Isnin, Jun 22, 2015

Puding Coklat & Kastard




Uda-chan sgt rajin membuat puding coklat berkastard hari nie. Actually last yr pun dia ada buat, tp x sempat nak dokumentkan. So kali nie, kita simpan resepi kat sini.. sbb rasanya mmg sgt sedap! (^_^)v


PUDING COKLAT BERKASTARD

Bahan utk coklat:
10 g serbuk agar² (plain)
500 ml susu segar
250 ml susu cair
200 ml air
3/4 cawan gula pasir
3 tbsp susu pekat
3 tbsp serbuk koko -dibancuhkan dgn sedikit air panas
2 tbsp tepung kastard -dibancuh dgn 2 tbsp air
2 tbsp butter
1 tspn esen vanilla

Cara-cara:
Larutkan agar-agar dan gula bersama 200 ml air. Kemudian, masukkan susu segar, susu cair dan susu pekat. Kacau sebati dengan api perlahan. Setelah itu, masukkan koko, esen vanilla, tepung kastard dan mentega. Sebatikan. Tutupkan api. Tuangkan ke dalam bekas bersesuaian. Sejukkan.


Bahan utk kastard:
2 1/2 cawan susu segar/susu cair
3 sudu besar tepung kastard
5 sudu gula pasir
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara:
Satukan kesemuanya di dalam periuk. Kacau hingga tepung larut. Kemudian, dipanaskan dengan api kecil hingga sos kelihatan pekat. Tutupkan api, dan tuangkan ke dalam bekas puding tadi. Sejukkan terlebih dahulu. Kemudian, hiaskan dengan coklat chips/ coklat urai dan sebagainya.


// Bleh juga guna coklat masakan tuk ganti serbuk koko.. ikut bahan apa yg ada dlm gobok (^^,)




Ahad, Jun 21, 2015

Bubur Jagung Bersagu


Bubur Jagung Bersagu..


Seperti yg tlh di-plan.. hari nie kitorng buat bubur jagung bersagu. Awalnya Uda-chan nak yg bergula melaka, tp aku tanak.. aku suker guna gula putih jer.. Then sbb aku yg siapkan, maka.. ikut resepi akulah (^_^)v.. hahaa..

..dan inilah resepinya:


BUBUR JAGUNG BERSAGU

Bahan-bahan:
3 tin besar jagung corn kernel -ditapis airnya
1 tin besar jagung cream style
1/2 tin susu cair
6 sudu besar biji sagu
1/2 cawan gula pasir
500 ml santan kotak
3 helai daun pandan
500 ml air
secubit garam

Cara:
Rendam biji sagu dan ketepikan sebentar. Dalam 1 periuk besar, masukkan gula, corn kernel, corn cream style, air dan daun pandan. Masak hingga mendidih. Masukkan susu cair dan biji sagu; kacau rata.

Then tuangkan santan dan masukkan garam. Masak hingga mendidih dan sehingga biji sagu bertukar jernih. Tambah lagi air jika perlu. Rasa dan jika kurang manis boleh tambah sedikit gula. Jika ok, boleh diangkat dan hidangkan.




// Boleh dpt 10 bekas plastik saiz tau fu fa/ utk 10-12 orang makan (^_^)..



Sabtu, Jun 20, 2015

My Humble Sup Tulang


Sup Tulang


Asalnya, kalau ikut jadual lauk berbuka yg kitorng dah siapkan awal², xder pun lauk sup tulang.. Tapi bila pegi market, nampak tulang lembu, rasa mcm nak makan sup tulang la pulak time berbuka..

So, sup tulang it is (^_^)v..


SUP TULANG SIMPLE

Bahan:

1kg tulang lembu
500g daging lembu - potong kiub
2 biji bawang besar - racik
5 ulas bawang putih - racik
2 inci halia - mayang/ ketuk
1/2 cawan bawang goreng
1 cawan tomato cherry
2 batang saderi - di potong kecil
1 biji lobak merah - dipotong kecil
2 kiub daging
1 bungkus sup bunjut
1 paket kecil bhn penumis
1 ikat daun sup
garam dan gula secukup rasa


Cara:
Rebus tulang dan daging siap².. around 2 jam atau after daging empuk, bolehlah start menumis. Tumiskan bawang besar, bawang putih, halia dan bahan penumis (kayu manis, pelaga, bunga cengkih etc) hingga naik bau..

Then tuangkan bahan yg telah ditumis ke dlm periuk yg berisi tulang, daging dan air rebusan yg masih mendidih tadi. Tambahkan kiub daging, sup bunjut dan bawang goreng ke dalam periuk dan biar sekejap.

Tambahkan saderi dulu, then masukkan lobak.. bila lobak dah lembut; matikan api dan masukkan tomato. Bila hidang, boleh taburkan daun sup sbg hiasan.




// Alhamdulillah.. Rezeki hari ke-3 berpuasa (^-^)..


Jelly Kelapa Pandan


Jelly Kelapa Pandan


Pokok kelapa blkng rumah banyak dah berbuahnya, so smlm dah mintak abinya si Maryam tolong petikkan barang 5-6 biji.. nak buat jelly kelapa pulak hari nie (^_^)..


JELLY KELAPA PANDAN SP

Bahan-bahan:

5g serbuk agar-agar konyaku
2 liter air kelapa
Isi kelapa drpd kelapa yg diambil airnya
1 cawan gula

Potong/ hiris isi kelapa awal², then ketepikan. Bancuh air kelapa dengan serbuk konyaku before panaskan di atas dapur. Then bila serbuk dah larut, didihkan then tambah gula.

Secawan gula tue just anggaran, kalau kurng manis boleh tambah lagi gula. Susah nak agak sbb bergantung kpd kemanisan air kelapa. Bila gula semua dah larut, tuangkan dlm bekas dan masukkan isi kelapa tadi.

Siap sudah..  (^_^)v


Untuk bancuhan nie boleh dpt 15-16 bekas jugaklah tp bergantung pd saiz bekas.. but cukup untuk 10-12 org makan.


Jumaat, Jun 19, 2015

Labu Kuning Goreng Rangup


Labu Kuning Goreng


Pernah try goreng buah labu kuning tak? Cubalah.. Sedap!!.. Bancuhan tepungnya, sama je macam bancuhan tepung nak buat pisang atau cempedak goreng..

  • 1 cawan tepung beras
  • ½ cawan tepung gandum
  • 1 sudu bsr tepung jagung
  • Secubit kapur makan
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Sedikit garam
  • Air sejuk secukupnya

Kitorng guna buah labu yg masih mentah.. yg blum lembut lagi isinya.. kalau yg dah masak sgt buah labunya, buat cucur lagi sesuai.. Then walaupun sebelum goreng dia keras.. tp after siap masak.. dia lembut jer.. Manis pun manis..


Okeh.. Selamat mencuba!! (^_^)..



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...