Sunday, August 05, 2012

Travel Log: Umrah 2012 (5)




19JUL2012 [KHAMIS]
Masjidil Haram sekarang dah ada dua-tiga tingkat.. So hari nie, waktu Zohor tadi kami try naik ke tingkat dua.. Solat di tingkat atas nie agak selesa, nak-nak time tengah hari.. aman jer..

Lepas solat, ramai juga yg duduk dan stay di masjid untuk mengaji..


Pemandangan yg jarang dpt dilihat di tempat lain..


Erm.. esok puasa so tadi ada Terawih.. makan malam pun dah di awalkan kepada lepas maghrib.. makanya lepas maghrib di bilik dan makan malam tadi.. kami terus turun untuk ke masjid..

.. dan seperti kebiasaan, nanti Isya’ akan dilewatkan.. spy orang ramai bleh balik kejap untuk berbuka di rumah/ hotel.

Oh!.. Since sekarang nie musim panas; siangnya lebih panjang, so kami akan bersahur antara waktu 3.00am-4.00am.. then bleh terus ke Masjid untuk solat subuh..


Selaut manusia bersolat Terawih di luar masjid..



20JUL2012 [JUMAAT]
First day puasa.. makan nasi untuk sahur pkl 3.15am.. hehe first time kot sahur awal camtue.. (^_^).. Then around 3.50am, kami jalan kaki ke masjid.. Kami bersolat di tingkat dua sebab dah selesa duduk di bahagian atas tue..


Bah sgt garang! (^^,)..


Time bulan puasa nie, semua paip air zam-zam di tutup selepas waktu zohor.. Tak pasti kenapa ditutup.. Tapi agak susah juga bila takder air nie sbb kalau terbatal wudhu terpaksa balik ke hotel untuk berwudhu semula..

Time tengah hari panas².. kalau ada air, mudah nak basuh muka dan berkumur².. Cuaca sgt panas dan terik.. tak tahan dibuatnya.. sbb tue penting ada paip yg bleh provide air sejuk dan nyaman nie (^^’)..

Paling best bila dapat letak tuala basah kat muka dan leher.. hohoho-hohoo.. Panas sgt kali nie.. pernah sekali ternampak kat screen dinding tue tulis suhu semasa 53°C.. Panas kan~?(^^!)..



Di luar masjid, selepas Terawih..


Oh!.. hari nie masih tak berbuka di masjid.. aku ngan uda pegi masjid selepas berbuka..

Then tadi terasa nak makan buat peach + minum air susu.. tp x sempat nak beli; tetiba time berbuka diorng hidangkan buah peach.. then OTW ke masjid tadi.. ada budak kecik hulur air susu sebotol.. Alhamdulillah. Rezeki bulan puasa ne~? (^_^)


Buah peach yang mewangi dlm mulut + sgt manis bila di makan..



21JUL2012 [SABTU]
Hari nie kami solat subuh di luar masjid.. Di dataran depan pintu Babussalam tue. Lapang dan sejuk skit rasanya. Then lepas solat.. kami try cari toilet yg terdekat.. spy x perlu balik ke hotel bila terbatal wudhu..

tapi toiletnya sgt jauh.. sama jarak macam kami balik ke hotel (^_^)v.. ke kami yg salah jalan? (^^’).. haha..


Babussalam Gate..


Pastu sambung duduk di masjid.. buat tawaf sunat dan mengaji.. Masa berada di kawasan tawaf.. ternampak seorg Pak Arab duduk atas kerusi cantik.. memula ingat kerusi tue untuk raja-raja.. tapi rupa²nya.. itu kerusi khas untuk mantan imam Masjidil Haram..

Sbb selalu mengimamkan org lain bersolat di sini, diorng dpt tempat khas untuk beribadah dan baca Al-Quran.. Dapat tempat duduk betul-betul mengadap Multazam..


Mantan Imam Masjidil Haram..


Then, around pukul 11.00 pagi kami balik ke bilik. Tak dapat juga nak berlama-lama di masjid.. badan aku x biasa lagi dgn suhu kat sini.. rasa mcm nak demam je.. tak pun aku dehydrate.. (T_T).

Then bila dtg semula untuk Isya’ dan Terawih, kami agak terlewat skit.. So takde tempat untuk solat. Dah penuh dah semuanya.. Last² solat di tempat laluan dlm masjid.. Jadilah, janji boleh sujud (^_^).. Tapi agak mencabar.. sbb lepas solat Isya’ kena halau..

Terpaksa cari tempat lain.. pendek kata, merata-rata kami solat malam nie.. tepi laluan, tepi tangga, tepi tiang.. nasib baik x solat atas tangga.. (^^”)..


22JUL2012 [AHAD]
Hari ke tiga puasa- kejap dah tiga hari puasa kan?.. Hari nie kami solat subuh di luar masjid juga.. Lepas subuh ajak bah teman masuk masjid sbb teringin nak solat di Hijr Ismail dan kucup Hajar Aswad..

Tapi kami cuma dpt solat di Hijr Ismail saja.. ramai sgt manusia. Kawasan Hajar Aswad tue mmg sgt pack.. Actually skit jer lagi nak dpt sentuh. Adalah dalam semester, tapi dah mmg xder rezeki.. then kami keluar untuk sambung solat sunat depan Multazam..


Multazam


..dan hari nie kami berbuka di Masjid.. so perlu datang before azan Maghrib. Masuk jer Gate 5 tadi, terus turun ke tingkat bawah.. kata mak; nie kawasan telaga zam-zam dulu.. Aku ingat² lupa, tapi dulu mmg pernah turun ke bhgn bawah untuk mandi minum air zam-zam..

Oh!.. Kat sini x perlu risau pasal juadah untuk berbuka.. ramai yg menghulur.. mak paling suka air teh halia org arab.. err.. tp aku ngan uda minum air zam-zam jer lah.. sejuk skit (^_^)..


Berbuka beramai-ramai..


So hari nie.. lepas masuk waktu maghrib,kami berbuka ala kadar sbb ada masa 10 minit.. tapi x berapa nak ala kadar kot.. dah nama perut melayu, nak makan banyak gak bila berbuka.. kami bawa bekal roti dan kuah dal, dan buah-buahan dan air sirap sejuk (^^’)..

Tapi dah x sejuk dah bila sampai time berbuka.. sbb dlm masa sejam, air sejuk bleh jadi suam.. (^^”).. then after solat Maghrib, sementara nak tunggu pkl 9.00 untuk Isya’, kami cari port terus.. kalau lambat, bimbang jadi macam semalam, macam org Nomad.. berpindah-randah.. (^_^)



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...