Isnin, Ogos 06, 2012

Travel Log: Umrah 2012 (6)


Macik Mina, Mak, aku, Uda dan Tiqah


23JUL2012 [ISNIN]
Hari nie kami keluar untuk ziarah.. Lepas subuh tadi.. semua group Rayhar balik dan berkumpul depan hotel.. kali nie nak pegi ziarah kawasan bersejarah di sekitar Bandar Mekah pulak..


Mak dan Ebah

Uda and me..


Memula, kami nak pegi ke Jabal Thur.. tempat di mana terletaknya Gua persembunyian Rasulullah dan Saidina Abu Bakar; ketika di buru orang2 Quraisy Mekah..

OTW ke sana, kami lalu di depan rumah atau tempat kelahiran Rasulullah SAW..


Rumah Kelahiran Rasullullah SAW


Skrg nie bangunan ini dijadikan perpustakaan awam.. tp sayang betul.. diorng x jaga langsung tinggalan sejarah berharga nie. Mcm terbiar jer.. then bangunan² di sekitarnyer dirobohkan..

Kenapa diorng tak kekalkan dan jaga baik² yer? Sbb nak elakkan golongan taksub dan perkara² bidaah tidak baik ke? ('_^?)..

Then.. selang 15 minit camtu kami sampai di Jabat Thur..


Jabal Thur


Cuma bukit berpasir dan berkerikil.. tidak lah berkesempatan nak naik sampai ke atas.. Tapi ustaz yg bawa kami kata.. kat atas bukit nie; ada Gua Thur.. then mmg di letak tanda; di mana lokasi gua tersebut.. untuk memudahkan orang ramai melawat..



Kami dan unta berhias..


Kalau nak rasa naik unta, bolehlah dtg sini.. tapi tak tanya plaks berapa riyal.. (^_^).. murah jer kot..

Then kami naik balik bas untuk bergerak ke Jabal Rahmah.. Jabal Rahmah adalah tempat pertemuan Nabi Adam dan isterinya Hawa.. Erm.. Last time dtg sini kami malas nak panjat bukit nie.. tp kali nie teringin plak (^^”)..



Jabal Rahmah


Kami panjat batu² yg merbahaya nie untuk sampai ke puncak.. sekali alih² bila sampai kat atas.. baru nampak ada tangga kat balik bukit (^^,)..

Bersusah payah betul kami memanjat tadi.. kalau ku tahu ada tangga..
hehe (^-^)..


Di atas bukit..


Kat atas nie ramai org menjual batu-batu permata.. ader batu aked, turquoise, delima, zamrud.. ermm macam².. nasib tertinggal dompet dlm bas.. kalau x ader yg berabis duit kat atas nie jer..

Bila turun ke bawah.. baru perasan ada juga org menjual kat situe.. tp lebih kepada kain-baju..


penjual-penjual batu permata

penjual-penjual di bawah bukit..


Oh!.. kat atas tadi.. ramai juga peminta sedekah.. budak².. kecik-kecik lagi dan minta sedekah.. kesian bila tengok. Ada yg betul² cacat dan kudung kaki atau tangan.. dan ada juga yg menipu, sorok tangan dlm lengan baju.. erm.. macam² manusia nie..

Then.. dah dekat sgt dengan Padang Arafah dan Mina.. so kami lalulah kat kawasan khemah-khemah jemaah haji.. Di sini.. time haji jer beroperasi, waktu lain kawasan nie ditutup..


Khemah-khemah untuk jemaah haji..


Then kami berhenti di Ja’rannah untuk bermiqat.. berniat dan solat sunat umrah bagi sesiapa yg nak buat umrah sekali lagi.. Ja’rannah adalah tempat bermiqat yg terbaik bagi jemaah lelaki.. manakala untuk perempuan adalah di Tana’im (di Masjid Aisyah)..


Gua Hira'


Last sekali kami menuju ke Jabal Nur.. di mana terletaknya Gua Hira’; tempat Rasulullah bersendirian dan juga tempat baginda menerima wahyu pertama drpd Allah swt melalui Malaikat Jibril as [surah al-'Alaq]; sebelum baginda di angkat menjadi rasul..

Tapi kami tak singgah pun, just lalu jer.. sbb waktu zohor dah hampir sangat.. nanti tak sempat nak solat di masjid.. dan.. kami sampai semula ke hotel lebih kurng 30 minit sblm masuk waktu zohor.. Bolehlah terus ke masjid..


Rumah burung yg unik di tengah bandar



Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...