Terbusy laks, lepas balik bercuti-cuti Hari Malaysia.. hari tue sempat up cerita hari Sabtu jer.. Actually kami continue jenjalan dan together-gether keesokkan harinya. Budak² nie siap tido umah Uda. Tanak balik umah.
Oh!.. Malam nak tido tue, semua org dah lelap dah.. tetiba Widaad bersuara dgn mata terpejam.. "Makngah, Widaad nak susu!" .. hehe ibu dia lupa beg susu dan mmg sepanjang hari x minum susu.. walaupun dah makan macam² dah (^^")..
.. sambil suruh dia tido sambil janji.. Esok kita carik susu kotak, ok?.. Yang bestnya.. siap boleh jawap "Erm" tue dalam tido.. Nie tido ke, purak-purak tido.. hahaha (^o^)..
Okey.. sambung cerita pegi Petrosains..
Sabar menunggu giliran.. (^_^) |
Petrosains-KLCC
Kami breakfast dulu siap² di rumah.. Maksu tolong gorengkan nugget then buat scramble eggs.. makan dgn roti. Cukuplah untuk alas perut..
Then pkl 9.00 kami dah gerak keluar dr Casmaria. amik masa jugak nak sampai KLCC.. Tapi kalau x jam, 30 minit sampai dah. Bila sampai sana, terus park kat basement.. then menuju ke level 4.. tiket x beli lagi.. so perlu segera ke sana.
Memula ingat nak beli tiket then rayau tempat lain dulu.. tp sesampai kat kaunter.. orang ramai giler.. sbb ada rombongan budak sekolah.. mcm ada 2 buah skolah kalau x silap. Elok jer beli tiket, tepat² waktu petrosains dibuka.
Makanya kami pun teruskan je lah. Dalam nie ada banyak bahagian.. kita perlu lalu satu persatu.. Yang best-nya.. bila nak masuk ke dalam perlu naik ride ala-ala bebola hitam dlm movie Gantz.. (^_^)
'Oil drop' Ride @Petrosains. |
Rasa mcm nak naik ride kat theme park jer, kan? (^_^)..
Okey.. nak masuk ke dalam, perlu beratur.. sbb hanya satu ride boleh berlepas dlm satu masa.. then after 5 minit baru next ride tiba.. One oil drop boleh muat dlm 4-6 orang jer.. Since kami ber-6, so muatlah satu ride..
Tiba di section pertama (Petrojaya).. terus nampak org queue untuk Ride the Hurricane.. so suruhlah bebudak nie beratur.. kami boleh amikkan gambar..
..tak muat nak masuk 6 orang lagi pun.. (^^') |
Widaad suka sungguh main dalam nie.. heheh sampai nak tercabut anak tudung (^-^).. then kami terus jer ikut lorong dan laluan yg sedia ada kat situe.. menuju ke ruang legar Petrojaya..
Lama juga main kat sinie.. Diorng suka kendalikan jengkaut² yg ada kat situe.. dan bermain dgn wayang gambar dan trick² pantulan.. Section nie banyak ajar tentang hukum pantulan dan bayang.
Then kami gerak ke section seterusnya.. perlu lalui terowong masa (^_^)..
Sebelum kembali ke masa lampau.. |
check point- ajar buat ulat beluncas guna guli+kertas.. |
Actually banyak lagi check point yg ada.. most of them buat magic trick yg guna logic sains dan ajar mcm mana nak aplikasikannya dalam kehidupan seharian.. Memang baguslah.. bukan budak² jer suka.. dgn makcik² budak pun suka dan teruja (^^')..
Jenjalan lagi hingga ke Geotime Diorama.. kat sinie ada T-rex yg boleh nyanyi rap.. haha.. klaka.. jenuh tunggu nak dgr.. sekali camtue ajer? but it's funny (^_^)..
Mr.T-Rex yo! |
Mencari fosil tersembunyi.. |
Kat area nie, they will take us back to more than 200 million years ago. boleh blajar dan explore ttg bumi dan earthquakes.. kejadian fossils dan bagaimana terhasilnya petroleum..
Tapi budak² nie lebih ke main.. Diorng bukan baca pun.. Jenuhlah kami² nie yg tolong bacakan.. ( ^_')..
Lain-lain aktiviti.. |
Then kitorng dah x larat dah.. Bila Widaad ajak lepak main lego.. kitorng berhenti kejap.. Dah nak sampai hujung dah actually, tp takpelah.. relek kejap kat tempat lego nieh..
Then singgah kat Speed Area.. kat sinie ada banyak kereta lumba dan lenlain (simulator).. Sempatlah budak bertiga nie try bawa keta formula 1.. Kengkonon jerlah.. ('_^ )
Kakak Aneem siap bawa penumpang kat tepi keta.. |
.. dan last sekali menonton movie 3D.. dalam Mini Teater Ungku Omar..The Magical Sea Horse ke apa ntah movienya.. (^_^).. Suka tgk Widaad pakai spek itam nieh.. Besar spek dr muka.. (^^,)..
Untuk pulang, kami perlu naik balik Oil Drop ride tadi, kembali ke 'permukaan'.. hehe.. bestlah Petrosains nie.. dan berbaloi dgn harga tiket. Ilmu pun dapat, seronok pun seronok.. (^_^)v.
Patut ramai rombongan skolah dtg sini.. Cuma ralat skit sbb ingat nak bawak diorng naik skybridge.. tapi tak sempat nak beli tiket.. Next time maybe..
Insha-Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan