07 JUL 2025 [Monday]
Sampai Hanum Homestay semalam dah lewat sangat.. tak perasan homestay nie dikelilingi bukit² batu yang indah. Cantik amat.. Adry kata kalau bukan musim panas, kita boleh nampak air terjun dr pintu bilik masing².. Boleh nampak air terjun mencurah² dari celahan² bukit..
Tapi takpe, kita breakfast dulu di homestay.. Nanti, dalam pukul 8.30 am macam tue, Adry bawa kita ke kawasan air terjun..
AIR TERJUN SARASAH BUNTA
Kawasan air terjun nie, tak jauh pun dari homestay kami menginap. Cuma 15 -20 minit jalan kaki.. Kalau diikutkan, sekitar Lembah Harau terdapat banyak kawasan air terjun. Berhampiran Hanum Homestay nie pun ada tiga.
..dan Air Terjun Sarasah Bunta nie, paling sesuai untuk mandi-manda, sebab tidak terlalu tinggi dan boleh bermain air di sekitar kolam air terjun dengan aman.
Seperti tempat riadah keluarga awam.. di sini terdapat pelbagai kemudahan dan banyak aktiviti boleh dilakukan.. Tapi kami semua tak mahu basahkan baju, jadi kita bergambar sahaja (^-^)
SAWAH PADI LEMBAH HARAU
Dalam 9.40 am kami mula bergerak ke lokasi kedua, Air terjun yang ada rumah Minangkabau.. Air Terjun di Abdi Homestay.. Tapi otw tue kami singgah sebentar di kawasan sawah padi, Singgah untuk bergambar sekejap..
AIR TERJUN DI ABDI HOMESTAY
Selepas setengah jam di kawasan sawah padi Lembah Harau, kami teruskan ke destinasi seterusnya; air terjun di Abdi Homestay.. Terlupa nak tanya Adry apa nama air terjun nie.. jadi kita namakan ia: Air Terjun di Abdi Homestay.. dan sebetulnya air terjun nie terletak di dalam kawasan homestay..
Kenderaan besar tak boleh masuk hingga ke perkarangan homestay, jadi kami semua berjalan kaki masuk ke dalam.. 10 minit berjalan untuk ke bukit batu yang mencurahkan air terjun..
Sebenarnya Adry dah beritahu, takde air terjun sekarang nie, sebab musim panas airnya kering.. tapi dah alang² sampai kita jenguklah sekejap..After that, kami mula bergerak ke Bukittinggi..
OTW, kami singgah sebentar di gerai tepian jalan.. Ada pelbagai kudapan traditional dan moden, kueh² gorengan berasaskan jagung seperti bakwan, begedil jagung, puding, aiskrim, pengat jagung, cream puff, jagung rebus.. Semuanya sedap..
Then teruskan perjalanan.. around 1.30 pm; Adry berhenti di Istano Minang, tempat bershopping.. Agak mahal, tapi Adry kata sini kualitinya yang terbaik.
Banyak juga kami bershopping di sini, sampaikan bila nak balik tue, semua pekerja berdiri di pintu kedai dan hantar kami balik.. lambai² sampai tak Nampak lagi kami nie dari pandangan.. (^^’)

Next stop for shopping, kami singgah kedai jual rendang Rendang Uniadek Agam Kabupaten, Sumatera Barat.. Aku tak membeli sebab dah habis rupiah (^^’).. Ralit sangat bershopping sampai lupa belum lunch lagi..
Hari dah menginjak petang, pukul 4.00 lebih masih tak makan lagi.. So, kami minta Adry carikan kedai makan selain nasi padang.. Jadi, dibawanya kami ke sini:
KEDAI SERUA KENEH NASI AYAM PENYEK
4.30 pm baru makan tengahhari (^^’).. Makan nasi ayam penyek lah pula hari nie.. Oh! bebek dan nila (ikan talapia) pun ada.. Sangat berselera yer kami makan.. Memang sebab lapar.. tp makanan yang dihidangkan pun tidak kurang sedapnya.. (^_^)..
MASJID JAMI’ BIRUGO
Selesai makan, kami berhenti solat di masjid yang cantik nie.. Sukalah masjid warna putih macam nie.. sejuk jer mata memandang.. Dengan struktur senibina yang sederhana, tapi berdiri megah dengan aura klasik Minangkabau. Atapnya berbentuk limas bertingkat, seperti masjid² tua lain di sini..
Oklah.. mari ke Puncak Taruko..
CAFÉ PUNCAK TARUKO (TARUKO CAFERESTO)
Kami ke sini untuk melihat matahari terbenam.. Puncak Taruko memang viral dengan pemandangan senja nan merah nie.. Kita boleh nampak puncak gunung Merapi juga dari anjungan yang disediakan di sini.
Cafe yang kami kunjung ini terletak di Puncak Taruko, dan berada di dalam lingkungan Geopark Ngarai Sianok.
Usai sampai, suasana dah mula sejuk, dengan angin lembut dari lembah dan cahaya matahari yang makin condong. Jambatan kecil menuju ke viewing platform tu ibarat laluan rahsia ke dunia tenang.
Bila sampai hujung tue.. subarashii.. (Read:Subhanallah).. view lembah hijau terbentang luas, diapit dinding batu curam yang seakan lukisan Tuhan.. dengan lanskapnya yang memukau, dipenuhi kabus maya hampir senja.. terasa diri sangat menyatu dengan alam..
Tapi sayang kami hanya sempat berada di puncak kecil ini sekejap sahaja (sampai cafe pukul 5.45 pm; cafe tutup 6.30 pm).. tapi takpe, kami sempat melihat keindahan siluet gunung dan kabus yang makin menginjak turun perlahan²..
Masa sunset, warna langit mula berubah jadi oren lembut bercampur biru kelabu. Di kejauhan, kelihatan Gunung Marapi berdiri gagah, separuh diselimuti awan jingga. Momen tue rasa macam dunia terhenti sekejap. Kami memang ambil kesempatan yang ada untuk bergambar sepuas²nya.. sebelum mula bergerak pulang ke rumah inap kami di Bukittinggi..
Sayang betul, tak dapat berlama² di sini.. kalau tidak, boleh kami ngopi dan berhenti sejenak dari hiruk-pikuk dunia dan reset diri sambil nikmati keindahan semulajadi.. chewah.. (^^’)..
Oklah.. Ayuh pulang.. tapi tiba² rasa lapar.. Kami minta Adry carik satay terbaik untuk makan malam kami.. dan kami dinner di sini..
KEDAI SATAY INYIAK DATUAK
Memang wisata kuliner trip kali ini.. semua masakan tempatan kami nak rasa (^^’).. Makan malam untuk hari ini, kita try sate kuah kuning dan sate kuah kacang.. dan Adry kenalkan kami dengan kudapan tempatan, Pisang Kapit, atau Pisang Roti Marie..
Kudapan tradisi Minang yang sangat popular di sekitar Bukittinggi dan Payakumbuh nie, menggunakan pisang raja atau pisang kepok yang dibakar atau dikukus; beserta santan cair, dan di apit dua keping biskut marie atau biskut kraker gula.. Rasanya? Lemak manis, ada tekstur rangup dari biskut dan lembut dari pisang.. dapat pula kopi O panas atau teh susu… Oi! Olallaa..
Okaylah.. Malam nie kita menginap di Arenda Homestay, Kota Bukittinggi.. Cantik rumah kayu dia. Cozy giler.. tapi nanti kita sembang.. ngantuk sudah.. Da.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan