Selasa, Jun 18, 2002

Ekspidisi Gua Tempurung

Pics 1: Gunung Tempurung



Gua tempurung terletak di dalam daerah gopeng, berlengkar di dalam perut Gunung Tempurung sebagai satu terowong dari timur menembusi ke barat sepanjang 1.9 km.

Dari Lebuhraya Utara-Selatan susur keluar melalui persimpangan Gopeng kira-kira 25 km ke selatan bandaraya Ipoh. Manakala dari persimpangan Gopeng, masuk ke Leburaya Persekutuan 1 ( jalan lama ) dan tuju ke selatan kira-kira 2 km sehingga ke Kampung Gunung Mesah.



[15 June 2002] Day 1 : Dari KL Centrel ke Gopeng

Lepas sarapan di KKTAZ.. aku, pojan dan ila menuju ke KL Centrel sbb dah janji ngan bebudak lain nak berkumpul di sana. Sampai-sampai je kat situe, dah nampak muka si Rini, Dylia, Kak bis, epol, kak sri, kak anum, dan dua tiga org kawan kak Bis dan Dylia.….



Pics 2: Lepak-lepak di KL Centrel


Perjalanan yang sepatutnya bermula pada pukul 1 ptg terpaksa ditangguhkan kerana cermin kereta Abg. Fizal pecah,

Lepas semuanyer selesai dan semua org sampai, kami pun mula bergerak,konvoi beramai-ramai. On the way ke Gopeng, kami berhenti sekejap di rumah Syuk, mak dier buat makan-makan.. so dptlah menjamu selera dengan bestnyer untuk tengahhari tue..

Dalam pukul 6.30 ptg kami meneruskan perjalanan… dan sampai di Gopeng pada lebih kurang pukul 8 mlm. Menurut kata abg Fizal.. perjalanan memakan masa 45 minit sahaja lagi untuk sampai ke destinasi iaitu tapak perkemahan (kaki gunung tempurung)

Maknanya hampir pukul 9.00 mlm, baru kami mula meraba-raba mendirikan khemah, menghidupkan bara untuk BBQ, membersihkan diri, hidupkan unggun api (yg hidup segan mati tak mahu tue) angkat barang-barang, solat dan sbgnya. Actually x ler meraba sbb ader lambu gasoline ngan torch light.

Selepas acara makan-makan, malam yg meriah itu diceriakan lagik dgn acara suai-kenal dan beramah mesra. nampaknyer kali nie lebih gerek dan kami lebih mengenali antara satu sama lain.

Aktiviti diteruskan dengan permainan “7 up” dan “ daun sayur + kelentong”. Hampir pukul 3 pg masih berjaga.. tapi terpaksa mengalah gak sbb besok ada aktiviti yg lebih mencabar….




.:_________________________________:.



[16 June 2002] Day 2 : Menjelajah Gua Tempurung


Pics 3: Pintu masuk ke Gua Tempurung


Awal-awal pagi dah terjaga, (punyerlah excited nak masuk gua)... biler dah siang nie baru perasan tempat perkhemahan kitorng nie bleh tahan gak cantiknyer..

Lepas sarapan, kami buat senaman ringan skit, supaya xder yg kejang-kejang otot dan sakit lutut laks nanti (^^!!)... Kasik longgar-longgar dan lebih fleksibel skit untuk buat aktivit lasak nie..

Untuk Ekspidisi ini, kami perlukan sowang jurupandu arah.. supaya x sesat kat dlm gua nie nanti.. So kami diperkenalkan dengan penunggupemandu gua kami, abg. Khai.



Pics 4: Mata-mata anak tangga yg perlu dipanjat..


Mula-mula Abg. Khai bawa kitorg menjelajah kawasan pertama, berhampiran muka gua, yang ada 1001 cerita. Kitorg terpaksa memanjat hampir 435 mata anak tangga…

Bak kata abg. Khai, Gua Tempurung nie merupakan salah satu gua batu kapur yg popular kat Mesia. Oleh kerana ada air mengalir dlm gua nie, banyak hasil² seni terukir dlm gua nie secara semulajadi..



Pics 5: Pemandangan di dalam gua


Antaranya ukiran patung askar, wanita mengandung, kepala lembu , penjaga tunggul dan kepala ayam jantan.. kalo tidak melihat sendiri mmg sukar nak percaya, tp setiap pembentukan tersebut mmg hampir menyerupai objek asal...

Selepas penerangan dan sesi tengok² berhampiran pintu gua, kami masuk ke dalam lagik.. kali nie mmg betul² mencabar, nak-nak biler first time masuk gua mcm aku nieh.. huhu (^.^)..



Pics 6: Bersama ila & pojan


Pics 7: Pakat-pakat penuhkan ruang


Untuk menyusuri dan menjelajah gua tempurung nie, kitorng perlu menyelam, menggelungsur, masuk lubang yg sempit, merangkak dan sebagainya. Tak sangka kena buat semua tue… part yg paling best masa kena merangkak dalam air, rasa macam anak rimau plaks (^^!!)..siap tangkap² gambar lagik..



Pics 8: Sungai dalam gua


Then kitorng menyusuri sungai di dalam gua tempurung dan perjalanan di dalam gua memakan masa lebih kurang 3 jam… Lebih kurang pukul 1 ptg baru kitorng selamat keluar dari gua tempurung melalui jalan sungai.

Alhamdulillah… (/_^\)

Setelah selamat keluar dr gua, kitorg perlu bersiap-siap untuk bertolak balik.. On the way tue, kami singah kejap di Lata KinJang..
Cantik betul pemandangan air terjun tue dr kejauhan.. geram nak memanjat sampai ke puncak.. kater nyer ader 7 tingkat.. tapi keadaan tidak mengizinkan.. penat menjelajah gua masih belum hilang.. mata pun mcm nak terkatup.

kitorg hanya mampu bergambar dan bermain air di bahagian bawah ajer. Sesambil menikmati goreng pisang panas, sate ikan dan air oren.

Dalam 3.30 ptg kitorng bertolak ke KL. Tolak berenti makan dan solat semua.. kitorg selamat sampai di bilik pada pukul 10 malam.




Website: Gua Tepurung




// bestlah aktiviti kali nie.. harap-harap bleh pegi lagik (^^)v



Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...