Isnin, Jun 08, 2015

Blissful Bali Trip - Bali² Ombak




Kurang seminggu, dr tarikh nak ke Bali.. Uda wassap; tanya nak temankan dia tak pegi sana next week? Since malas nak pk, so aku just setuju. Uda ada kerja skit kat sana.. tp dia x berapa berani nak travel sensorang.

Kalau destinasinya bukan Indonesia.. rasanya Uda ok jer.. tapi, tue ler.. sbb dah pernah ada pengalaman yg cam tak best masa kat Jakarta-Medan dulu.. so dia ajak aku teman kan.. (^_^)

Maka bermulalah trip Cuti Bali-Bali Ombak kami nie..


[THU-28 May 2015]
Flight kami departed dr SAS Airport pkl 6.30 am.. Seawal 5.00 pg perlu berada di sana. Skrg airport kuantan tgh renovate; so agak huru-hara skit process check-in pepagi hari. Tp alhamdulillah.. sbb sampai awal semuanya selesai awal.. dan boleh relek² saja menunggu di gate.

Around 7.15 am, sampai KLIA.. dan flight ke Bali pk 12.05 pm nanti. Dah nak buat apa lelama kat KLIA nie? (^^")..

Hehee.. Uda mmg cenggini.. dia prefer sampai awal spy x berlaku "rasa-sgt-panic-bila-mungkin-tertinggal-flight".. Dia sukakan keadaan yg tenang, santai, happy² tanpa ada rasa doki² di hati.


Mini jungle @KLIA


So.. since it was too early.. maka kami bersarapan dulu di Marrybrown.. then jenjalan sekitar KLIA.. dan terjumpa taman dlm airport nie. Jungle in Airport kot nama dia..

Pastu terus ke Gate C26 and still; it's early.. 9.30 am.. another 2½ hours to go.. Tp masa berlalu bagaikan tak terasa sbb lepak sambil cuci mata.. Lepak² sambil say Hi-hi-Bye-bye dgn para pelancong, Encik² anak kapal dan abg² pilot yg lalu lalang.. (^^,)..


Sesungguhnya ini adalah working trip (^_^)v


Sedar² dah masa untuk ke Bali pun..

Kami memilih penerbangan MAS.. dan rasa sgt kecewa.. MAS dah x seperti dulu.. (-_- ). Benarlah kan, MAS skrg nie mmg sgt mengecewakan..




Perjalanan dr KL ke Bali mengambil masa lebih kurang 3 jam; tapi Kapten Abdullah bawak laju. Kami sampai di Ngurah Rai International Airport Denpasar around 2.30 pm.. Cuma masa nak collect beg, tersangkut lama plak, dekat tiga lebih baru dpt keluar dan cari teksi.

Masa di pintu keluar tue.. ramai giler org pegang sepanduk, menunggu pelancong² yg dah book tour pakej memasing. Rasa mcm selebriti (read: artis korea) laks.. ramai org tunggu ketibaan di airport (^^")..


Dr airport kami amik teksi (airport taxi) untuk ke Wina Villa Hotel. Dia charge Rp120k. Menurut kawan aku, Zack Putri.. kalau nk teksi yg reasonable dan selamat di sini; boleh try Blue Bird Taxi.


restaurant seafood

Waterbom -Water park terkenal di Kuta..


Sampai di hotel 4.20 pm, lebih kurng 15 minit dr airport, tp traffic agak teruk. crowded and packed. Masa dlm taxi, kami beramah-tamah dgn supir taxi.. tanya skit² pasal Bali, tempat mana best nak jenjalan.. dan apa hidangan yg best tuk kami cuba..

Pastu dia ckp "Di sini yg paling special-nya ba*i guling".. pastu dia gelak gurau.. Aii, bergurau kasar plaks dia.. (^^") haha.. Tapi mmgla.. pulau Bali nie, 100% penduduk asalnya beragama Hindu.. so untuk dptkan makanan halal, perlu berusaha sedikit.


..sepanjang perjalanan nak ke hotel.


Kalau berniat nak makan bakso, nasi bebek atau masakan padang di gerai² tepi jalan, better matikan shj niat tue.. Sbb kalau ditanya, mmg diorng akan kata halal, tapi tengok menu, ada swikee goreng (^^").

Untuk selamat dan tanpa dibayangi rasa was², better duduk hotel yg restaurantnya ada Halal cert. macam Wina Holiday Villa Hotel yg kami menginap nie, atau makan di fast-food restaurant yang ada logo Halal dr Majlis Ulama Indonesia.

Oh!.. Otw ke hotel, kami lalu juga Kuta Mall dan Discovery Mall. Tapi setakat pandang² dan pasang angan²; sbbnya, bila dah sampai hotel baru tau, jauh letaknya tempat² tue, walaupun walking distance.. dah ler Bali nie cuacanya panas.. mmg berjeruk peluh nanti (^^')..


Lobby @Wina Holiday Villa, Bali

Bilik 101 ~eksklusif menghadap kolam (^^")..


Lepas check in hotel, kami refresh kejap, then decided untuk jenjalan dekat² hotel. Kami ke Beachwalk Mall.. Bersebelahan dgn hotel kami jer.. tp perlu jalan keluar skit..

Beachwalk Mall nie menghadap ke Kuta beach.. tapi kami hanya merayap di dalam mall sahaja..





Cantik mall nie.. boleh lepak² dengan bebek tepi sawah lagi (^^,)..




Tapi dah namanya mall.. kedai jer la kot kat dlm nie (^^").. Oh!.. kalau nak makan fastfood.. tadi kami nampak burger king.. ada logo halal dr MUI. InsyaAllah Halal tanpa was-was (^_^)v..

Kedai-kedai kat food court dia, kurang arif plak..


Kedai Lego

..sudut² lain dalam mall.

Street market near by..

@Beachwalk Mall di senja kala


Tapi tak boleh berlama².. sbb kat sinie, 6 suku dah senja. So around 6.30 pm kami bergerak balik ke hotel. Otw tue jumpa gerai jual jus buah.. so kami try air avocado chocolate.. Rs15k tanpa GST (^_^)v. Enak! Tapi sedikit cair..

So, time dinner di hotel, aku order segelas lagi.. Rs30k tak termasuk tax.. tp puas hati. Enak Bangat!

Masa menunggu hidangan, ketua chef dtg.. maybe dia nmpk kami mcm org Malaysia.. so dia tegur.. Katanya dier dulu chef di Holiday Villa Cherating.. Nampak sgt happy jumpa ngan org Mesia.. lama dah x balik KL kot (^^")..

Pastu dia tanya, "students?".. (^__^) hahahaa.. Happy plak rasa..


di tepi kolam yg mendamaikan tp byk nyamuk (^^,)


Lepas dinner, lepak² tepi kolam.. pkl 8.30 pm kami masuk bilik sbb nyamuk banyak (^^').. Sia-sia Bali ada happening nite-life (^^")..


[FRI-29 May 2015]
Hari nie mode kerja (^_^).. utk udalah.. utk aku, mode: Lets' Us Manjakan You (^^").. Kita berspa sepanjang hari.. Tapi mulakan hari dgn breakfast dulu..


omelette special


Lepas breakfast, kitorng keluar kejap.. asalnya nak cari conve-store.. sekali teringin laks nak singgah Kuta Beach kejap.. Tapi malas laks nak pegi cari papan tanda Kuta Beach.. Malas nak menyusur pantai sampai ke hujung (^^,)..

So amik gmbr kat depan papan tanda hotel jer (^^')..




Kuta Beach
Before dtg sini, aku tanya kengkawan apa yg best.. Rata² kata Kuta Beach best.. Tapi kitorng tak rasa best pun.. cantik lagi Taman Gelora (^^"). Maybe kitorng nie x suka pantai sgt.. mudah mabuk laut cam Nino (^^,)

Eh!.. ke kami salah pantai? hahaha..


Kuta Beach


Lebih kurng 30 minit jer kami kat sinie.. pastu balik hotel. Uda perlu sambung kerja dia.. so bolehlah aku manja²kan diri di spa (^_^). Aku try urutan Bali traditional kat Spa dlm hotel nie. Totally Awesome.. Deng! Giler Saiko..

Habis berspa.. balik bilik.. uda x habis lagi keja dia.. tp perut dah lapar.. Tapi malas nak lunch sensorang.. so tunggulah kejap. Sementara tunggu, lepak tepi kolam sambil buat research tuk esok nk jenjalan mana.

Tapi bila dah ramai sgt mat-mat saleh duk mandi-manda kt kolam, hilang pulak fokus mak.. terpaksalah masuk bilik (^^').. Dalam pkl 2.00 petang Uda pun selesai kerja dia..


Pakai skirt barulah percutian ala Bali (^_^)v


After lunch, kami gerak keluar.. Sambung ber-spa secara berjemaah dgn Uda pulak (^-^).. Smlm dah survey.. so terus jer menuju ke sana..

Kami amik dua pakej sekaligus.. haha. Pakej 2: Medi-Pedi + Foot Massage dan Pakej 3: Body Massage + Facial.. Tapi kali nie massage dia style pijak. Meletup² tulang dibuatnya, tp best gak.. Tapi tulah.. pagi-petang urut badan..

3 jam lebih kat Spa ni jer (^^").. Keluar spa, gelap dah hari..




Oh!.. Malam nie kami makan Burger King (take-away).. so masuk dlm mall jap, tuk beli makan malam kami.. Then alang² dah masuk mall.. aku pegi balik ke kedai Lego, sbb mlm smlm duk mimpi² benda nie..




Then, bila lalu gerai jus smlm, kami singgah utk beli lagi.. Kali nie try air pisang-lemon dan air buah markisa. Suka sgt budak tue, bila kami kata air jus dia enak bangat.. (^_^).

Sampai hotel pkl 7.30 pm.. Dinner sambil discuss plan utk esok.. Then ingat nk lepak tepi kolam atau kat mini libry tue, tp dah mengantuk.. Dah masa pun, so hari nie mmg totally "Lets' us Manja You" day buat kami (^_^)/..


Keylah.. till the next post. Da (^^)/



//swikee goreng = kaki katak goreng celup tepung (^^").



Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...