[15 June 2006] Let’s go to Kuching!!
Hari nie, sblm subuh kitorng dah kuar dr rumah abg atan di Balakong.. sbb kitorng perlu check in di LCCT dlm kul 6 camtue.. then sampai sana dlm pkl 5.30 pagi.. masing² semua agak teruja walaupun dalam kelaparan (^^!)..
Setibanyer di Kuching, ada adik kepada kawan kak uda yang menyambut kami. TQ yer adik_kawan_kakUda. Tempat pertama kitorng pegi ialah Moly's Cafe di Tingkat 4 Wisma Satok.. Apa-apa kita makan dulu (^^,)..
Bagi menaikkan mood Cuti-cuti Malaysia: Kuching, kita kena order masakan org sawak, aku try makan mee kolok; bleh tahan rasanyer.. Kak uda order laksa Sarawak.. (rupa²nyer laksa Sarawak nie mcm mee kari yg kita makan kat semenanjung.. aku baru tau (^^)..)
Laksa Sarawak dan Mee Kolok sup |
Dalam pkl 11 lebih, kitorng bergerak ke area Waterfront sbb check in lambat lagi, lepas pkl 12.00 baru boleh masuk. So kami jenjalan sekitar Main Baazar dan Carpenter Street - kawasan deretan kedai yg terletak di hadapan Sungai Sarawak.
Menurut kata member Sarawak aku, barang-barang di Carpenter Street lebih murah berbanding di Main Bazaar dan mmg betul pun. Cuma perlu jalan jauh sikit.. pusing² kat area belakang² skit..
Lepas jenuh membelek dan membeli kami balik ke hotel untuk check in.. lepak kejap then keluar semula. Kami pegi melawat kilang kek lapis Sarawak Dayang Salhah.
Kilang nie, actually rumah dia.. tp dipanggil kilang maybe sbb diorng buat beratus² bungkus kek sehari; terletak di seberang sungai.. Perlu naik boat penambang di pangkalan batu/ atau pangkalan Haji Omar… murah saja tambang boat nie.. sorang 30 sen jer.
Di seberang sungai, perlu jalan kaki lebih kurang 10-15 minit. Masa sampai tadi.. ada satu group rombongan dr mana tak sure, tgh memenuhi ruang kedai macik Salhah. Penuh dengan orang² yg berebut² nak
Oleh kerana aku xleh berpenuh² dan bersesak² dengan org ramai cenggitue, so aku lepak kat luar ngan najla kejap. Bila dah reda baru aku masuk balik dan sbb tue la, aku dah x dpt nak tgk diorng buat kuih kat dapur. Huhuu diorng gi tgk org buat kek x ajak aku pun..
Lepas merasa hampir kesemua sample yg disediakan tue.. aku beli 2 biji kek ajer (^^')…
Then sambung lepak² kat tebing sungai.. Kat situe ader gerai² dan warung…. So alang², terus dinner. Kami memilih untuk makan di Warong Pak Lah Boyan.. Kemudian balik ke hotel untuk rest..
.:______________________________:.
Hari nie dimulakan dengan jalan² ke Muzium Negeri Sarawak.. lepas tgk² pameran dan bergambar, kitorng pun gerak ke Kampung Budaya Sarawak plaks, kampung budaya nie berhampiran dengan Gunung Setubong
Dari Bandar nak ke sana amik masa dlm 40 minit. On the way tue, kami lalu agak hampir ngan Gunung Sentubong.. Cantik.. Bila tgk bebetul, gunung tue mcm bentuk muka org dan bila aku cerita pasal cerita lagenda Puteri Sentubong dan Puteri Sejinjang, baru diorng nampak gunung tue ader bentuk muka manusia.
Kampung budaya nie agak mahal tiket dier.. Lagipun macam malas pulak nak masuk.. So kami hanya melepak dan jalan² kat luar.. Kemudian kami gerak ke Pantai Puteri..
Lebih kurang 5 minit sampai di Pantai Puteri yang cantik nie. Pemandangan dier pun cantik, tp sayang.. time kitorg sampai tadi air tgh surut.. so hanya dapat melepak tepian pantai jer.
Untuk Lunch hari nie, kami balik ke Satok.. Try makan nasi beriani Sarawak.. tp aku lebih suka nasi beriani Taj depan mydin kat kuantan.. sbb ayam dier diorng goreng.. Ayam kat sinie diorng just masak dlm nasi…
Lepas makan.. sambung semula jalan².. Kali nie pegi tgk org buat pasu Sarawak.. Kat area Batu 7. Actually banyak kilang kat area nie, just pilih jerk yg mana nak dan harga pasu² kat sini lebih murah berbanding kat kedai area baazar sana.
Sebab dan terberkenan kat pasu nie, so aku beli sepasang. Apa yang bagusnya kat sinie.. diorng siap packing²kan dalam kotak elok² untuk kita… spy mudah nak bawa naik belon nanti (^^,)..
Balik dr sana.. kami sambung pegi ke Baazar semula. Kat sinie aku jumpa pua kumbu dan kain batik..
.:______________________________:.
[17 June 2006] Last Day...
Pagi tadi kitorng just gerak kat kawasan² sekitar nie ajer, Memula kitorng pg kat area kapal² berlabuh dan kawasan muzium tentera tue.. saja nak gi tangkap² gambar.. pastu.. kitorng gerak sendiri²..
Actually tempat² cengginie lebih best kalo berjalan kaki berbanding naik kereta… so sekali lagi kitorng jalan² kat area main bazaar, carpenter street dan waterfront.. di samping dpt mencuci mata.. dpt jugak kami tambah² apa yg masih belum di beli lagi.
Lepas check out tengah hari tadi, kitorng pg ke Pasar Satok kejap. Saja jer singgah kat Pasar Satok yang mmg sangat terkenal kat Kuching nie.. lebih² lagik sbb teringin nak beli ikan terubuk masin yang popular dan sgt banyak dijual di pasar nie.
Mcm² benda ada kat Pasar Satok nie, dr barangan dapur dan barang basah ke barangan hiasan rumah dan kain baju.. lepas beli skit² keperluan kat situe, kami pun mula mencari kedai² makan kat area situ, sbb perut pun dah berbunyi.
Lepas lunch, kami sempat singgah ke Muzium Kuching. Muzium yang terletak di atas bukit ini banyak menyimpan pelbagai bentuk bahan pameran berkaitan kucing.. Ada patung² kuching, ader artikel, ada hiasan rumah, dan gambar²/lukisan...
Then, dalam pkl 3.00 ptg camtue.. kitorng mula gerak ke airport.. Dah masa untuk balik. Harap² dpt dtg Sarawak lagi nanti... (^^).
Bye Sarawak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan