Isnin, Oktober 06, 2014

Salam Aidiladha dr Perantauan

Raya Korban tahun nie kitorng buat kelainan skit (^^").. Orang lain balik kampung kitorng pegi mandi laut.. haha (^_^)v.. Tataulah knp.. tetiba jer mak ajak gi mandi laut. Bawak tok sekali.

Dah alang-alang tue.. Maklong ngan makngah pun nak join (^_^).. So tahun nie kami beraya di perantauan.. Raya di Rantau Abang (^^")..




Memula taktau nak masak apa tuk pagi raya.. Juadah apa yg simple dah cepat disediakan.. last² decide masak nasi lemak shj (^_^).. rebus telur siap², goreng kacang dan ikan bilis, bawa timun, beras dan santan..

Tinggal masak nasi je pagi raya. Sambal bilis, maklong sediakan. Makngah pulak buat nasi impit dan kuah kacang.. cukup sudah..

dan dah mmg rezeki orang merantau nie murah kot; tuan chalet siap jemput kami beraya.. dptlah makan nasi dagang dan nasi minyak (^_^). Alhamdulillah..




Lepas balik dr masjid, kami sambung mandi pantai.. (^^').. dan mancing. Semalam tak cukup puas main ombak.. Sementara nk tunggu tengahhari, kan.. apa salahnya..




berselfie bersama etok (^_^)

Radie berjaya pancing 4 ekor..


Okey.. last pics tuk post Aidil Adha nie.. (^_^)v.. Selamat menyambut hari raya Aidil Adha, Selamat menjalani ibadah.. dan semoga segala amal ibadah kita diterima Allah. ~Amin


Masa untuk balik.. 



Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...