Dr Jeti Merang ke Kuantan.. we all singgah²-hinggap sbb nak beli keropok lekor, nak lawat masjid² terkenal di Terengganu, nak lepak & minum air kelapa kat tepi pantai dan nak shopping² di Pasar Payang (^^i)..
So.. destinasi pertama ialah Masjid Kristal..
Actually lama dah nak dtg sinie.. sbb masjid nie banyak sgt kontrovesi (^^i).. so nak taulah apa yg suka sgt org perkatakan tue..
INFO :Masjid Kristal terletak dalam kaw. pelancongan Taman Tamadun Islam -Pulau Wan Man, Terengganu.Dibina daripada kaca & keluli, dan merupakan masjid pintar pertama di Malaysia.
Dgn keluasan seluas 2,146 meter persegi, masjid ini boleh memuatkan 700 jemaah pd satu² masa. Dilengkapi dgn prasarana IT dan liputan WiFi yg memudahan pengunjung utk mengakses internet ~bg membaca al-Quran elektronik..
Kat sini, we all just singgah utk bergambar, lg pun blum masuk zohor lg.. then lalu kat luar pagar Taman Tamadun Islam, cantik² model seni bina islam kat dlm tue. Actually terasa mcm nak masuk, tp x cukup masa.. so terpaksalah skip. Next time maybe..
Then singgah Pasar Payang jap. Mar & Farhah nak carik kain songket.. tp aku, Ila & Ona xder specific purpose.. so kitorng just rayap² tgk kain pasang dan kain batik..
Sampai kat area brg² tembaga, aku teringat nak cari kuali kuih cara yg bentuk bulat-bulat tp takde la plaks.. yg ada cuma bentuk bujur & bunga² kuih baulu tue..
Ingatkan kalo ader yg bulat² tue, bleh buat bebola sotong-takoyaki (^^i)..~Tp takpe, nanti buat Takoyaki bentuk bujur telur je.. (^^,)v..
erm.. ( ^_')
Market nie lebih kurng mcm Pasar Siti Khatijah kat Kelantan tue tp kat sinie pengudaraan dier kurng baik, sgt panas.. nak bershopping pun x best.. so we all stop kejap utk minum² dan makan nasi air..
Selepas selesai urusan di Pasar Payang.. we all terus turun menuju ke Marang. OTW tue, singgah kejap di Masjid Terapung..
Dah lama aku pasang niat nak solat kat masjid nie.. sejak aku form 5 dulu. Hahaha lama gila, baru sekrg dpt solat kat sinie.. takpelah janji dpt, xlah kempunan nanti kan.. (^^,)
Aku suka seni bina masjid nie.. unik!! Lagi pun, aku admire kat Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah (^_^).. Seorg arkitek yg sgt berwibawa.. pandai design building cantik². Huhu.. sgt kagum..
INFO :Masjid Tengku Tengah Zaharah atau lbh dikenali sbg Masjid Terapung ini tlh dinamakan bersempena nama bonda Al-Marhum Sultan Terengganu Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah iaitu Tuanku Intan Zaharah binti Almarhum Tengku Seri Setia Raja.
Masjid yg terletak 4 km dari pusat bandar Kuala Terengganu ini mempunyai keindahan dan keunikan tersendiri berbanding dgn masjid lain yg tlh dibina. Masjid ini dibina di atas air di muara Sungai Ibai yang sekaligus menjadikan masjid terapung yang terulung di Malaysia.
Mula dibina pada September 1991 dan siap pd pertengahan Januari 1994. Ianya bernilai RM6.997 juta. Masjid ini direkabentuk oleh Dato' Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad, dari Seni Bahri dengan menampilkan ciri-ciri tamadun Islam dan gabungan senibina tempatan.
Lepas solat, we all gerak semula dan bila nampak gerai² tepi laut area Marang tue, kitorng berenti kejap. Nak minum air kelapa (^^,)
Dah janji nak blanjer Farhah air kelapa semalam, then ona blanjer makan sotong celup tepung.. huhu umaii!!
Actually tadi, sepanjang² jalan on the way balik nie tadi, we all ada singgah² tepi² jalan sbb nak beli keropok lekor/losong dan keropok kering.. tp Mar & Farhah masih x puas hati sbb katanya ada tempat yg lbh best keropok lekornya..
Akhirnya kami jumpa kedai keropok lekor yg diperkatakan.. dan itulah destinasi terakhir kitorng sblm sampai Kuantan..
//Adeh.. letih jugak jalan ke terengganu nie (^^,) tp seronok dan sgt berpuas hati.. Harap² lepas nie dpt jalan + plan trip ke tempat lain plaks..
4 ulasan:
wah wah wah...asek berjalan je eh...nih yg jeles nih...ekekeke
(^_^)..
cekkeya,
dah abis erk? biler grad?
hehe...kalo dapat jalan2 lebih lama kat ganu tu kan best...hehe...
itu pun, hala balik kiter dah lajak sampai 4 jam (^^ii)..
aku x kisah sgt sbb sampai kuantan.. aku dah kira sampai dah.. korg yg kena balik KL laks lepas tue (^^,)
Catat Ulasan