18 Dis 2002 Jalan-jalan di Bandar Auckland
Agak kesiangan skit bangun pagi tadi (^^!) Dalam pukul 9.30 am bergerak ke Auckland War Memorial Museum .. Museum peringatan pejuang-pejuang negara (tentera perang New Zealand).
Kat depan museum nie ada sebuah memorial untuk askar-askar yg mati di medan pepeperangan. Apa yg comelnyer tadi.. ader sepasang couple.. baru kawen, amik wedding photoshot kat area situe..
aku minat tgk bouquet pengantin pompuan dier.. gabungan bunga lili putih dan cili merah segar .. cantikk… (^-^)
Then kami gerak ke tempat lain plaks.. Memula Mr Robert nak bawak kami ke Victorial Park Market Tempat nie ada banyak kedai-kedai kecil yg jual pelbagai barangan, dr café dan kedai makan, barangan kraftgn,footwear dan souvenirs hingga ke jewellery..
tp tatau kenapa mak ngah tanak singgah kat sinie plaks, di ajak pg tempat lain.... so kami terus ke Albert Park
Lepak-lepak kat taman bunga kejap before lunch. Then kami makan tengah hari di kedai Mutiara Malaysia sekali lagi.. mak ngah siap tapau lagik lauk dan nasi. So malam nie x perlu lah kuar dah. (‘_^)
Lepas Lunch, Mr Robert hantar kami balik hotel.. aku, uda dan radhie pakat² nak kuar jalan-jalan kat bandar lepas zohor. Kami ronda-ronda kat sekitar hotel ajer. (^_^)
Masuk mall dan shoping complex.. dari satu mall ke satu mall. Semuanyer dah menghiaskan kedai memasing, lagi seminggu nak sambut krismas, tue yg semua tempat ader chrismas tree.
Lepas puas merayap.. dlm pkl 6:45 pm baru kami balik ke hotel.
Erm.. esok dah nak balik Mesia dah.. huhu
19 Dis 2002 It’s Time to Go Home..
After breakfast, Kitorng keluar lagik jalan-jalan sendirik di sekitar hotel… tak lama mana,. dlm sejam dua jerk… sbb lepas tue we all perlu gerak ke airport… Tp dlm sejam dua tue.. sempat gak sambar beg jerami nie (^^!)
Elok jer cukup masa, kami balik semula ke hotel, tgk-tgk, Mr Robert pun dah sampai.. so terus bergegas punggah beg memasing..
Kitorng sampai awal kat airport sbb bimbang ada mslh untuk urusan tiket, check in dan semakan kastam tp Alhamdulillah… semua-semua lebih mudah dan cepat berbanding time datang hari tue..
So before departed, kami sempat shopping² mana yg patut.. mengabiskan saki-baki duit NZ yg ader.. dan x pepasal dapat Rudoph the red nose raindeer niee sekor.. (^_^)
Then, macam masa dtg hari tue, kami perlu transit flight di Brisbane. Sampai Brisbane dlm pkl 3:00 pm dan flight balik ke KL dalam pkl 4.00pm camtue..
Flight balik kali nie penuh dengan penumpang.. agak sesak gak laa.. tp Alhamdulillah, MH 136 sampai di KLIA pada pukul 10.02 malam (waktu Mesia dengan jayanyer .
// hohoho.. assignment & thesis ku sedia menanti (^^!!)..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan