Khamis, Julai 29, 2010

Road Trip 4: Wellingborough-Nottingham-York-NewCastle



DAY 4: 24 JUNE 2010 THURSDAY
Pepagi lagi dah ader rezeki depan mata.. kitorg petik buah cherry tadi. ader dua-tiga pokok berbuah lebat depan highway.. (^^,). So.. after petik bebuahan cherry, got to get back to our plan trip to Nottingham. Main point kali nie adalah.. meeting the legendary robber; Rob-in-Hood (^-^).



Rockingham Castle-Corby


On the way.. jumpa Rockingham Castle (area Corby). Unfortunately the castle was close. We were too early.. so perlu teruskan perjalanan. Then jumpa Nature Reserve Park. Since perut pun dan minta diisi, maka singgahlah untuk brunch dan ronda-ronda sekitar park.


Nature Reserve Park



Itik-itik kat sini jinak2.. banyak yg datang dekat ngan org ramai.. Ermm.. ke diorg mmg lapar (^^ ')..



After main-main dan beri itik-angsa makan, we all gerak ke area Nottingham Castle. Actually ada beberapa attraction kat sini, selain castle.. tapi Tales of Robin Hood (museum) dah tutup lama dulu.

Then Caves of Nottingham dan Sherwood Forest National Reserve plaks.. agak jauh untuk menapak.. so last-last lepak area castle jer.


Nottinghamm Castle


Merupakan sebuah istana lama yang asalnya dibina drpd kayu pada tahun 1067 semasa zmn pemerintahan William the Conqueror. Pada tahun 1170, Raja England (Henry ke-II) mengarahkan supaya ianya diganti dgn material yg lebih kukuh (batu) dan ciri2 senibina zaman pertengahannya dikekalkan.

Kemudiannya ia dijadikan kubu kuat England di bahagian Midlands. Berkurun lamanya Nottingham castle menyaksikan moment2 penting dalam institusi diraja & bangsawan England. Antara yang terkenal ialah zaman pemerintahan Richard the Lionheart dan Prince John yang hidup sezaman dgn Robin Hood..



Castle gate



Inside the castle



Souvenir shop


Istana ini terus didiami, dijaga dan mengalami penambahan sehingga berlakunya Perang Saudara di England; sekitar tahun 1641-1651.. yang mana menyebabkan istana ini mengalami kerosakan yang teruk.. dan kemudiannya x lagi digunakan slps perang tersebut..

skrg nie Nottingham Castle just been adapted as an art gallery dan museum.




Statue of Robin Hood- di luar castle..




Then we all perlu naik ke New Castle.. sbb travelodge yg dah di-booking tue ada di sana.. tapi, on the way, singgah kejap di York..

Oh! Tak singgah pun Sheffield.. x sempat. Walaupun terasa sgt mcm nak pegi (^^' ).. dan di York pun hanya bersinggah di satu tempat jer: York Museum Garden.


Museum Gardens-York
Merupakan sebuah taman yg mengelilingi Yorkshire Museum dan terletak di tengah² bandar York. Taman seluas 10 ekar berhampiran dgn sungai Ouse ini asalnya kepunyaan keluarga diraja British, then tlh diserahkan kpd Yorkshire Philosophical Society pd tahun 1828; utk dipelihara agar boleh diguna-pakai oleh org ramai.


Ruins of St Mary's Abbey church

Walaupun taman ini mula dibina pada tahun 1830-an; tp kebanyakkan bangunan² bersejarah yg ada dalam taman nie berasal dr zaman pertengahan dan Roman lagi.. antaranya runtuhan St. Mary’s Abbey Church, Abbey Walls and Gateway, Hospitium, St Leonard's Hospital dan Roman Fortress..

Erm.. tp tempat nie mmg cantik. Kalo buat outdoor shooting mmg best (^_^).


River Ouse near the garden


So.. dlm pkl 7 suku camtu, we all gerak keluar dr bandar York menuju ke last destination untuk hari nie: Kota BahruNewcastle.. hohoho(^.^).

Lepas hampir 40 minutes di highway (thanx uda-chan sbb masih gagah menjadi driver (^^' )..) we all sampai travelodge. so mandi-mandi.. makan dan rest kejap. Dalam 10.15pm we all keluar cari Asda, then Uda bawa we all tgk bridge.

Kata uda.. bridge nie landmark agak terkini dan popular di Newcastle, dan paling indah dilihat pada waktu malam sbb banyak lampu-lampu cantik.


Millenium Bridge- Newcastle



Millenium Bridge



Nite-view near the bridge

Tapi mmg takleh lelama lepak kat sini.. sgt sejuk angin yg bertiup bila terkena muka.. mcm nak beku.. nak amik gambar pun tangan terketar2 tu yg banyak gambar blur2 sbb goyang. Cuma lepak sejam jer kot malam tadi.. pkl 12.15 we all cabut balik travelodge.

Masa untuk rest.. esok perlu pulang ke Aberdeen..



Wellingborough-Nottingham-York-Newcastle


Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...