Memaparkan catatan dengan label Family and Frendz. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Family and Frendz. Papar semua catatan

Sabtu, Ogos 25, 2018

Cuti-cuti Malaysia: Terengganu


Pantai Mengabang Telipot


Cuti panjang kelmarin, kami ke Terengganu.. Menziarah sedara-mara dan kengkawan.. Then terus naik ke Merang.. Nak bawak Yam main pantai (^_^)v..

Tengoklah budak nie.. suka sangat dapat main pantai..


Bersedia untuk main pantai

Happy Time!!..


Then hala balik, rasa macam nak makan ikan celup tepung (ICT).. memula try cari Warong Pok Nong, area Mengabang Telipot.. Tapi kedai masih belum dibuka.. Diorng start berniaga dalam 3.30 pm ke atas..

Menghadap Warong Pok Nong nie, laut.. dan ada buaian.. Since view kat sini sangat cantik, maka kami berhenti sekejap untuk bergambar.. Berphotoshot di tengah panas merelit..


Buaian dan pantai..


Main buai di tengah hari..

Kami..

Then, gerak balik ke Kuantan.. sambil cari ICT dalam perjalanan balik.. dan bkn hanya ICT, SCT (sotong celup tepung) pun dapat rasa.. (^_^)




Khamis, Mei 31, 2018

From Taiping With Love


Menara Condong Teluk Intan


Mak dan bah join konvoi group kawan-kawan reunion sekolah ke Manjung,Taiping dan Teluk Intan .. So aku dan uda-chan jadilah peneman merangkap driver merangkap bodyguard (^^'). Dah alang-alang.. bolehlah bercuti di Perak..

Untuk hari pertama, selepas hantar mak dan bah, kami mulakan misi mencari mercu tanda bandar Teluk Intan; menara jam yg condong (^_^)..


Di luar menara

Explore dalam menara pula..


Menara ni taklah tinggi sangat dan kalau dari luar nampak seperti 8 tingkat.. tetapi kalau masuk ke dalam.. dia cuma ada tiga tingkat sahaja.

Cantik menara nie.. dengan seni bina yang banyak pengaruh dari China dan berkonsepkan pagoda; terletak pula di tengan-tengah bandar teluk Intan, sangat sesuai jadi mercu tanda (^_^)..


Oh!.. Di sebelah malam, aktiviti kami adalah mencari medan ikan bakar (^^').. So group reunion mak, ajak semua ke Medan Ikan Bakar Hutan Melintang..



Medan Ikan Bakar Hutan Melintang



------------------------------//------------------------------



Hari kedua, kami naik ke Taiping.. seperti semalam, lepas drop mak dan bah, kami ronda bandar Taiping berdua. Walaupun banyak tempat menarik di Taiping.. Tapi tak larat nak round dalam cuaca panas (^^")..

So, kita jalan-jalan cari makan jerlah.. Cari Pusat Penjaja Taiping. Ramai kata ada rojak sotong, yong tau foo dan popia yang best giler kat sini.. Tapi awal sangat sampainya, banyak kedai masih belum di buka.. pukul 5 macam tue baru ada.

Kawasan nie, petang bawa ke malam lebih meriah.. So tak ada rezeki kami nampaknya.. lepak minum ais kacang special jerlah..



Pusat Penjaja Taiping


Nak melawat museum Perak, Taman Tasik atau zoo, macam ambil banyak masa pula.. Apa ntah lagi nak ke Bukit Larut atau Kuala Sepetang, makan Mee Udang Banjir (^^,)..

Lagipun, dah janji nak ambil mak dan bah, pukul 4.00 pm.. Mungkin lain kalilah.. datang semula ke Taiping.. dan try rojak sotong diorng yg viral sangat tue..



------------------------------//------------------------------



Last day.. kami hanya breakfast bersama-sama dengan semua ahli konvoi..




Then masing-masing bergerak balik.. begitulah short vacay kami di Perak.. Semoga dapat jalan lagi ke sini..


#cikdriverdancikcopilot




Rabu, November 15, 2017

Eating Out @The Loteng


with Kak Rock (^_^)


One of our FOB staff nak bertukar tempat kerja.. So kami semua buat makan² di The Loteng. Selalunya buat di pantry office jer, tapi kali nie buat di luar.. Dah alang² dapat special price dari owner The Loteng, kan (^_^)v..


Hidangan makan malam..


Yer.. inilah menu yang ada di atas meja.. semuanya nak dirasa. Mujur ada tiga-empat orang duduk semeja. Kenyang tak hingat dunia.. jenuh nak habiskan..

Memula hanya order chicken chop, lamb chop dan pasta jer.. tetiba tengok meja sebelah, duk makan cheezy wedges dan megi cheese.. Then kami pun tambah order (^^")


Okeylah food kat sini.. Then sesekali kalau nak lepak tepi pantai, sambil minum kopi pun sesuai juga.. Boleh naik tingkat atas sekali, yang bahagian terbuka nie.. memang terus menghadap laut..



Kami


Ermm..

After a while, selepas selesai makan² dan lepak².. kami pun beransur lah.. Tak boleh lama² sangat memalam kat tepi laut nie, bimbang demam (^^,)




Ahad, Oktober 22, 2017

Have Fun @ Movie Animation Park Studios (MAPS)




Tiba² terasa nak bercuti di taman tema.. dan kali ini, kami pilih MAPS: Movie Animation Park Studios, taman tema animasi pertama di Asia. Soft-opening dia, baru lagi.. bulan June kelmarin.. dan masih ada satu zone (Dream Zone) masih belum dibuka, maka dapatlah tiket harga promosi.

Attraction di MAPS ni tentulah thrill rides dia, tapi banyak jer yang lain.. ada permainan untuk kanak², family entertainment; open-shows dan few other performance.

Oklah.. kita explore zone by zone.. (^_^)..


chmod: kanak-kanak riang (^.^)



ANIMATION SQUARE
Dari gate utama.. kita akan sampai ke Animation Square nie dulu.. Kira macam main area untuk ke setiap zone yang ada. Ada kedai Tok Aba, ada toys and candy shops.. BoBoiBoy 4D Adventure Theater dan Center Stage pun terletak di sini.


the square

Che yam, boring (^^")

Yam teruja dengan orang nari-nari di center stage


Tapi kami ke The Adventure Bumper Blast dulu, sebab BoBoiBoy theater start lewat skit. Then lepas main kereta langgar, terus ke Lakeside Zone, berhampiran dengan bumper car nie jer..



Hyperspin satu round..



LAKESIDE ZONE
Ada 3 thrill rides di sini.. terletak bersebelahan dengan tasik buatan. Ada Space X-plorers, Hyperspin dan Asteroid Attack. Tapi cuma dpt main dua sahaja..


Cheyam dah jadi kevin dah nie.. panasnyerlah Mesia.. (- -')


Space X-plorers tak dapat nak cuba sebab by the time kami sampai situ, diorng stop sekejap, ride ada masalah sikit.. Sian juga ke Fara dan Aliesya.. tapi nak buat mcm mana..

So mari ke Animation Square semula, untuk BBB 4D theater..


Dalam 4D theater



Tak boleh bawa masuk budak bawah 5 tahun dalam theater nie.. perlu bergilir-gilir jaga yam di luar. Diorang x sediakan switch-child services macam USJ, terpaksalah bawak yam shopping untuk lekakan dia (^^")..


Geram benar gayanya.. banyak sangat mainan (^_^)..


Settled 4D theater, perut pun semua, masing-masing dah lapar.. kita berhenti makan tengah hari di The Pit Stop Cafe dulu..


The Pit Stop Cafe



LIVE ACTION ZONE
Selesai makan, masa untuk menonton pertunjukan di Live Action Zone, ada pertunjukkan aksi² stunt daripada group professional.. Ada drift, cars and motorbikes chasing scenes dan lain²..


Group photo dulu

dah start..

Best.. sila saksikan sendiri (^_^)..


Then kami ke Fantasi Forest..





FANTASY FOREST
Zone nie khas untuk kanak².. So ada rides yang simple but yet still fun (^^').. macam Zugo's Crystal Quest, Red Baron dan Fantasy Carousel..


Merry-Go-Round

Zugo's Crystal Quest

Upside-Down Pyramid and Cave of Wonders

The Tree House


Kalau tak suka panas terik di luar, boleh ke Upside Down Pyramid, Cave of Wonders dan The Adventure HQ Tree House.. Tak pun lepak sekejap dalam Coral Kingdom.. ada cafe dan indoor playground dalam tue..

Atau buat jer macam kami, main air di Coliseum Water Play (^^,)..




Then lepak surau jap.. solat dan recharge.. After that baru kami sambung jalan² ke Blast Off Zone. On the way, nampak Boboiboy Academy dah dibuka..

So kami pun singgah sekejap, nak registerkan yam nie ha.. jadi cadet terlatih, supaya boleh belajar dan jadi pelapis geng Boboiboy (^^')..


One of the young cadet of Boboiboy Hero Academy


Banyak activity dalam academi nie sebenarnya.. sampai x sempat nak ambil gambar.. sebab terlalu asyik duk ikut jer apa yang diorng suruh buat dan main game² yang diorng sediakan..

Selesai di Akademi Boboiboy, kami sambung ke Blast Off Zone, bahagian terakhir, berhampiran dengan part yang masih belum siap; Dream Zone.



BLAST OFF ZONE
Di sini ada teater Smurf, Partyland dan boleh meet and greet dengan Papa Smurt dan Smurfette.. Tapi teater hanya akan mula dipertontonkan selepas semua zone mula beroperasi nanti..



No show for today



Papa smurf dan awek smurf, dah lewat petang baru diorang keluar.. Panas kot, kalau keluar time tengah hari..




Then tiba masa untuk explore around the alley.. Ada Wormhole Technologies..


Wormhole Technologies


Starship Restaurant


Menghadap Wormhole Technologies, ada satu lagi restaurant.. Alternatif untuk pilihan menu makanan berat.. dan nanti akan ada dua cafe dan restaurant lagi, bila Dreamzone tu dibuka untuk public nanti..




Kitorng sambung main bumper car lagi sekali.. Memula ingat nak try Space X-plorers, tapi still tak boleh.. Asal kami datang sshaja ke situ, diorang stop..

(-_-) Huhuu.. Takde rezeki..




Sedar-sedar.. hari dah nak maghrib.. so lebih baik gerak balik ke hotel (^_^)..



------------------//------------------


Secara keseluruhannya, best MAPS nie.. tapi itulah cuaca di Malaysia nie panas.. sangat panas, lagi² area Ipoh dan ke Utara Malaysia nie.. jadi eloklah kiranya pihak MAPS sediakan drinking water fountain atau water cooler untuk pelawat.

Kasihan kami, silap² boleh pengsan sebab dehydrate. Dan walaupun pilihan untuk dine in tue banyak, tapi agak kurang berbaloi dengan harga yang kami bayar.. Roti pizza dan sandwiches kami keras, penat nak kunyah (-_- )..

No wonder ramai yang datang after 11.00am.. Boleh lunch siap² dan cuaca bawa ke malam, lebih sejuk berbanding pagi bawa ke tengah hari. MAPS buka dr 10.00am - 10pm untuk weekend dan cuti umum. Kalau weekdays, 10.00 am - 6.00 pm.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...