Selasa, Disember 17, 2002

Which KIWI? The birds or the fruits??!




17 Dis 2002 Ronda-ronda 360°~Rotorua
Lepas Breakfast, kitorang bergerak ke Agrodome – kawasan ternak kambing bebiri & lembu. Konsep tempat nie, pertanian & perlancongan.. so kat sinie mmg ader program/ aktiviti untuk pelancong.

Masuk-masuk jerk dewan tadi, kitorng dpt tgk bagaimana anjing² pengembala dilatih untuk mengembala bebiri, kemudian ada demonstrasi memerah susu dan mencukur bulu kambing bebiri..



Kemudian kitorang dibawa melawat ke kawasan-kawasan ternakan dan perladangan di sekitar-sekitar Agrodome tue. Dapatlah tgk jenis-jenis dan baka-baka kambing yg baik..

Ada gak pelancong-pelancong lain yg sibuk nak tengok dan try sendiri bagaimana nak memberi anak² kambing bebiri minum susu botol (^^,).




Dalam pkl 10 lebih camtu, kitorang menuju ke.. Maouri Arts & Craft Institut, salah satu institusi kebudayaan New Zealand dan merupakan lokasi tarikan pelancong terbaik di New Zealand.

Macam-macam khazanah kesenian, kraftangan dan kebudayaan orang-orang puak Maouri- rakyat asli/Penduduk Asal New Zealand boleh didapati di sini.

Aktiviti lain ialah pertunjukan tarian kebudayaan Maouri- Hakka Dance, tp yg nie waktu petang & malam jerk.. - (t_t) huhuh sedey x dpt tgk


Pic 1: Bersama abg Maouri~ Mr. Tri


Masa memula kitorang sampai, kitorang disambut oleh seorang lelaki berketurunan Maouri,.. Bimbang gak masa memula masuk tue.. takut dier main laga² hidung laks ngan kitorng nie kang .. (^^!!).

Tapi nasib baik dier tak buat.. (^-^).. Maybe dier dah sedia maklum ngan adat org kita - hidung I dah laa kecik.. kang makin kemik laks.. haha (^^!!)..


Ok… sambung semula.. (^^!)

Di sini ada Gallery, rumah-rumah replica dan kawasan penempatan org Maouri terdahulu, rumah ukiran,.. Maouri village, kiwi bird house,kawasan-kawasan Geiser yg terkenal dan sekolah seni ukiran yg mengajar pelajar-pelajarnyer seni ukiran puak Maouri.

Menurut Mr. Trinitihitie.. untuk mempelajari seni ukiran org Maouri, hanya kaum lelaki dr suku kaum Maouri sahaja boleh, org perempuannyer tidak dibenarkan.. kiranyer macam adat diorng laa..



Pic 2: bersama along & radie..


Pastu Abg Tri bawa kitorang ronda² seluruh kawasan Te Whakarewarewatangaoteopetauaawahiao nie (cuber sebut nama tempat nie dlm satu nafas (^^!!)..). Kitorang pg ke Meeting House, tgk² ukiran alatan perang.

Kemudian kitorng ke Weaing House, sbb nak tengok bagaimana kaum perempuan Maouri buat pakaian dr kulit pokok.. ada juga ditunjukkan demonstarsi memintal kulit kayu untuk menjadi untaian tali-tali halus. - Erm.. aper nama kulit pokok nie erk? Luper laks (^^i)



Pic 3: Uda & Radie~ Kawasan Geiser.


Then kitorang naik train~ Waka Ekspress, lalu kawasan Geiser plaks, singgah-singgah di Pohutu Geiser dan Ngararatuatara Cooking Pool… Di penghujung laluan train, kitorang singgah sekejap di Kiwi Bird House…

Selepas hampir 3 jam kat Maouri’s Inst. nie,.. Mr Robert bawa kitorang ke Lakeland Queen untuk lunch. Kawasan tasik nie ader servis ferri untuk melawat sekitar tasik.. tp kitorang just dtg untuk makan tengahari jerk.. then lepak kejap untuk bergambar…


Selang 20 minit, kitorang bergerak ke Paradise Spring Valley.. Untuk melawat taman lembah nie, kitorng perlukan Miss Joe untuk bawak kitorang melawat kawasan ini.

Mula-mula Joe bawa ke Ngongotaha Stream. Sungai ini dikatakan kawasan untuk penternakan udang dan lokasi terbaik untuk kaki pancing…



Pic 4 : Ronda keliling Paradise Spring Valley


Paradise Spring Valley nie lebih kurang mcm zoo + hutang simpan + taman bunga. So masa jalan-jalan tue.. adalah nampak sekor-dua wallaby dan possum.



Pic 5 : Konspirasi menculik itik come^~ Paradise Spring Valley


Di beberapa kawasan, kitorng jumper sejenis pokok pakis yg dikenali sebagai The Black Mamaku… pokok nie agak terkenal di sini kerana dahannyer boleh dijadikan bahan utama untuk dibuat souvenir.

Then kitorang singgah sekejap di kawasan mata air-Sweet Water untuk menikmati kesegaran air mata air. (^^ ).. fresh giler air dier..



Pic 6 : With Uda.. ~Paradise Spring Valley


Joe kata lewat petang skit ader pertunjukkan anak harimau putih, tp since kami dah terlewat untuk ke Waitomo Cave, terpaksalah kami skip untuk tgk pertunjukan anak rimau tue (‘-__-).. sedeyyy


Lokasi terakhir kitorang hari ini ialah Waitomo Cave @ Wormglow Cave. Gua nie terkenal dengan cacing glow in the dark.. erm.. actuallykan.. lebih kurang jer dengan Gua Tempurung yg aku pegi last yr.. infact, aku rasa Gua Tempurung lebih best dan mencabar (^^,)

Tp kat sinie kitorang x jalan kaki, merangkak dan meniarap seperti di Gua Tempurung dulu, kat sinie perlu naik sampan.. slow-slow menyusuri sungai kat dlm gua sambil menikmati keindahan cacing² berwarna hijau dlm kegelapan gua.



Pic 7 : Di depan pintu masuk Waitomo Cave


Lebih setengah jam gak tgk cacing nie tadi… dan biler keluar jerk kat pintu gua, baru tau hujan dah lama turun dan agak lebat gak. So kitorang lepak kejap di kedai souvenir di situ.. dapatlah aku sepasang sarung tangan dan pin baju berbentuk daun pucuk paku (^_^)

Since Waitomo Cave lokasi lawatan terakhir kitorng hari nie, so dr situ, kitorang terus bertolak balik ke Auckland.


Sesampai di bandar, Mr Robert bawa kitorang ke Mutiara Malaysia Restaurant.. Mr. Robert, dah tlg surveykan dah, rupa-rupanyer kat area sini ada sebuah restoran melayu . Tq Mr Robert (^^,)

Alhamdulillah.. dpt pun makan nasi dan lauk ala-ala Melayu skit kat sinie.. ~hehe mcmlah dah bertahun x makan kan? (^^!!)

Kemudian kami check in di New President Hotel. Hotel nie betul-betul di tengah² bandar.so x banyak pemandangan cantik seperti di Lake plaza semalam.

Tp apa yg bestnyer kat depan hotel nie ader satu sky screamer (^^!i).. hohoho.. teringin sgt nak main tp takder org temankan la plaks… Aingah dah offer dah tadi, nak blanjer....

huhu teringin laaa (^^,)/

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...