Selasa, Mei 16, 2017

Japonism: We Found What We Were Looking For


Kimi no Tame ni Boku ga Iru


21032017 [TUE] - From Osaka to Tokyo via Train
Hari nie nak ke Tokyo.. perlu bergerak segera ke train station.. Selepas uda buat follow up berkenaan isu tiket nana dengan agent, radie pula tetiba tak jumpa passport dia..

So kami duk tolong radie cari, sampai habis selongkar semua beg balik semula.. dan hampir² nak pegi buat report. Tetiba hari hujan, bila memasing keluarkan ponco.. jumpa passport tue terselit dalam beg ponco.

Syukur sangat.. (^_^)


kecoh-kecoh di pagi hari..


Dekat pukul 10.30 pagi baru bergerak ke station berdekatan.. Sampai di Shinkasen St dah pukul 11.40 am. Terus beratur beli tiket dan returnkan ICOCA card. Masa tinggal 20 minit jer lagi sebelum train gerak..

Berkejar²lah kami ke tingkat 4.. Sampai di lif, perlu buat dua trip pula.. Huhuu.. Aku cuak dah, bimbang tak sempat.. Bab train laju nie, aku phobia skit (^^").. but Alhamdulillah sempat..


Us.. inside the shinkasen..


Sebab terkejar² tadi, plan nak bergambar dengan kepala shinkasen tak kesampaian (-_-).. Tapi takpelah, asalkan sempat naik ketapi (^^,)..

Erm.. kami sampai Tokyo, hari dah pukul 2.00 lebih. Hujan pula turun agak lebat.. so terus ke hotel untuk check in dan simpan beg..


Che Yam rasmikan katil..


Selesa dan cantik hotel nie.. After urusan check in, lunch dan refresh semua.. Pukul 5.15 pm baru keluar semula..

..dan kali nie kami terus ke Shibuya.. nak tengok Hachiko..


Kami dan Hachiko

Shibuya at nite


Then lepak Starbuck, tengok orang melintas jalan.. (^^")


Kitorng dpt port baik punyer..


Lama giler duk tunggu nak dapatkan tempat nie.. Penuh kot Starbuck dengan orang baru balik kerja dan dengan orang yang takder keja cam kami nie; duk tengok orang melintas jalan kt zebra crossing (^^")..

Since susah nak dapat.. kami ambil masa skit kat sini..




Tak cukup dengan tue.. siap bergilir-gilir turun dan jaga tempat semata-mata nak ambil gambar dr situ.. (^^,)


Uda, Fara dan Nana

Radie and me..


Dah habis minum sorang secawan kopi, baru kami mula gerak keluar.. Then sambung bergambar di bawah pula (^_^)..





Sebelum balik, singgah Tokyu Hands jap.. Dekat jer, bangunan dia menghadap Starbuck.. dan agak nyesal sebab tak banyak pun barangan bento yang ada dijual di sini. Banyak lunch boxes jer..


Hachiko St

Train balik ke hotel..


Dalam pukul 8.00 kami dah mula gerak balik. Anak pun dah tido..

Sampai semula di hotel pkl 9.00 lebih.. Kalau ikutkan plan asal.. hari nie nak lawat Tokyo Camii (masjid) dan harajuku juga.. Tapi takpelah.. kita hanya merancang (^_^)..


#sisterstrip #cheyamjalanjepun



Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...