Me @Gion, Kyoto |
19032017 [SUN] - Kyoto
Kami keluar lewat sikit hari nie.. Tak ingat apa/siapa yang melengah-lengahkan kami.. maybe cheyam kot (^^")..
di beranda luar Yona's Apartment |
Cheyam and her bestie; Elmo-san |
Membeli bekalan (onigiri) untuk hari ini |
Since agak lewat keluar dr rumah, maka kami terpaksa skip 2 tempat.. Kyoto Tower dan Fushimi Inari-taisha Shrine; yang ada gerbang kaler oren² tue..
So, terus ke Arashiyama dan Sagano Romantic Train.. dr Osaka, ambil train lebih kurang sejam suku menuju ke Kameoka/Sonobe. Dr sana stop di Umahori St, then jalan kaki dalam 15 minit untuk ke Saga-senic railway St (Kameoka Torokko St)
Sagano Scenic Railway
Kami ambil Romantik-Scenery Train dari station nie.. then nanti boleh sampai ke Arashiyama-Bamboo Groove..
Menanti train.. |
Untuk naik scenic train nie, better beli tiket awal².. bimbang tiket habis bila dah sampai di sini nanti. Kami beli sebaik sahaja sampai semalam, boleh beli sekali dgn ICOCA card di kaunter tiket ICOCA sana.
Oh!.. Kalau cuaca cantik dan suhu tak berapa sejuk sangat, lebih baik ambil coach terbuka.. lagi best (^_^)
Che Yam + Macik dan Bibi.. |
Pemandangan dr atas train.. |
Arashiyama Station.. |
Kami terlepas station (^^").. Patutnya turun kat Arashiyama St tadi, tapi terlepas ke Saga Torokko St pula.. Rasa was² sebenarnya, perlu ke turun situ tadi..
Cheyam tension (^^") |
Arashiyama Bamboo Grove
So terpaksalah jalan kaki, patah balik semula ke kawasan hutan buluh cantik. Oh!.. boleh sewa kimono dan yukata di sini.. tp kami tak terfikir untuk menyewa pun, dek sebab tersalah turun station tadi (^^")..
On the way ke kawasan buluh, kami sempat makan taiyaki pelbagai perisa dan aiskrim green tea.. sedap! perlu cuba tau..
Selang 20 minit, sampailah di bamboo groove. Cantiknya tempat nie..
Tetiba nampak dua pasang couple jepun yang comel nie.. Maka kami pun ajak diorng bersuafoto bersama².. Erm.. Kachak pula yang paling kiri nie.. kat luar biasa² jer (^^')..
Cheyam dah mula cranky (^^").. |
Maka mama pun buat cover album photoshoot dgn macik (^^,) |
Selepas lebih 40 minit pusing² dlm hutan pohon buluh nie, maka kami pun mula mencari taman yang boleh lepak² untuk lunch, susu-break untuk yam dan solat..
Yam yang x ikut tema bila bergambar (^^,) |
Late lunch break: Sakura mochi + Mitarashi Dango |
Kengkonon berangan nak piknik bawah pepohon sakura.. tp xder yg berbunga (^^").. So, piknik di pinggiran padang bawah pokok jer..
Lunch hari nie, makan sakura mochi, dango dan onigiri yg dibeli dr conve-store.. Plus tuna sandwich yang Fara siapkan dr rumah pagi tadi.. (^_^)
Gion, Kyoto
Dalam pukul 3.30 pm, mula bergerak ke Gion. Sampai sana around 5.20 pm.. Ronda² sekitar kawasan dengan harapan boleh terserempak dengan para Geisha.. tapi takdelah pula.
Semua masih tengah bersiap kot (^^,).
Then cari Restaurant Naritaya. Memula ingat nak makan ramen jer, sekali nampak Naritaya Yakiniku kat sebelah Naritaya Ramen Restaurant tue.. Terus cancel makan ramen..
Tapi Fara ngan nana sangat berteguh dengan niat asal mereka..
Sampai hati korng kan? (^_^).. x pujuk pun suh join korng.. |
Untuk makan di Naritaya Halal Yakiniku nie, perlu booking dulu.. Since perlu tunggu 30 minit, maka Fara dan Nana try ramen kat kedai sebelah jap..
Aku, uda dan radie x nak spoilkan rasa.. Sebab kalau dah kenyang nanti, x dpt nak menikmati rasa yakiniku tue dengan sebaiknya (^_^)
Sedang molek budak berdua tue habis makan ramen, kami dah boleh masuk dan menikmati yakiniku yang subarashi nie (^_^)
Kami order 2 Yasaka set dan 3 Naritaya Set. Tanak Kongsi.. nak sorng satu (^^").. Padahal Fara dan Nana baru lepas habis makan ramen sorang semangkuk besar..
Bergambar sblm hidangan habis disantap |
Mission accomplished. Yatta! |
Erm.. Bila perut kenyang, hati pun jadi happy (^-^).. Actually memang teringin nak rasa Halal yakiniku kat Jepun nie.. Tapi tak sangka ada di Gion.. Baru plan nak cari kt Shibuya nanti
Selesai semuanya, hari pun dah nak masuk Isyak. Maka bersegera kami balik ke Osaka. Ambil masa sejam lebih juga nie.. so memang tak sempat nak ke Dotonbori (-_-).
Nite @Gion, Kyoto |
..Alhamdulillah, selamat sampai rumah pkl 9.30 malam.. Perlu berehat untuk hari esok pula.. Jya ne~ #sisterstrip #cheyamjalanjepun
2 ulasan:
ensemnye abang/adik jepun tu berbaju traditional :* kalah fattah aminz hahahahha
uikh.. bebaik, kang kena kecam ð
Catat Ulasan