Saturday, July 20, 2013

Bubur Lambuk Pahang SP


Bubur Lambuk Special


Special sbb nie favourite aku.. haha.. ada kaitan tak? (^^")..

Bubur lambuk nie ada banyak version.. dan semestinyalah aku suka versi pantai timur.. yg orang Pahang punya resepi.. kalau belah selangor.. lain masak dan resepinya..

Bubur lambuk pahang, kaler kelabu sbb guna isi ikan.. dan lada hitam. er.. keylah.. kita share resepi kat sinie..


BUBUR LAMBUK PAHANG

Bahan-bahan (untuk 5-6 orang makan)
2 1/2 cawan beras
3-4 ekor ikan kembung/Pelaling bersaiz sederhana
1 kotak kecil santan
8 ulas bawang merah dikisar halus
2 ulas bawang putih dikisar halus
1 inci halia dikisar halus
2 sudu serbuk lada hitam
2 cawan pucuk paku merah -diambil daun dan batang yg lembut shj
2 helai daun kunyit -dimayang halus
3 tangkai daun kesum -dimayang halus
Air rebusan ikan + air secukupnya untuk masak bubur
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara
Bersihkan ikan dan rebus dengan sekeping-dua asam keping dan garam. Bila dan masak, angkat dan ketepikan. Simpan air rebusan untuk masak bubur kemudian.

Sediakan bahan rencahnya. Kisar halus bawang merah, bawang putih, halia dan serbuk lada hitam. Basuh beras dan tanak dgn air rebusan ikan tadi atas dapur. Biarkan beras masak sehingga kembang dulu, then baru masukkan semua bahan² yg telah dikisar.

Biarkan sehingga menggelegak tp api perlu sederhana. Then masukkan santan. Kacau² spy x pecah minyak. seasonkan dgn garam dan gula secukup rasa.. Kacau rata dan didihkan lagi. Akhir sekali, masukkan daun kunyit, daun kesum dan pucuk paku. Gaul .. biar sehingga ulam² lembut dan bolehlah ditutup api.


// Erm.. dpt berbuka dgn bubur lambuk.. nasi mmg tak layan laa (^_^)v


2 comments:

Aleen Alien said...

tq aini share resipi..kek nogori ni bubur lambuknye lain.. slera tekak den ni slera org phg..hahaha..

NedLi Sakurai said...

Sama-sama.. org belah timur dgn barat mmg lain skit tekaknyer (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...