Sabtu, Julai 20, 2013

Bubur Lambuk Pahang SP


Bubur Lambuk Special


Special sbb nie favourite aku.. haha.. ada kaitan tak? (^^")..

Bubur lambuk nie ada banyak version.. dan semestinyalah aku suka versi pantai timur.. yg orang Pahang punya resepi.. kalau belah selangor.. lain masak dan resepinya..

Bubur lambuk pahang, kaler kelabu sbb guna isi ikan.. dan lada hitam. er.. keylah.. kita share resepi kat sinie..


BUBUR LAMBUK PAHANG

Bahan-bahan (untuk 5-6 orang makan)
2 1/2 cawan beras
3-4 ekor ikan kembung/Pelaling bersaiz sederhana
1 kotak kecil santan
8 ulas bawang merah dikisar halus
2 ulas bawang putih dikisar halus
1 inci halia dikisar halus
2 sudu serbuk lada hitam
2 cawan pucuk paku merah -diambil daun dan batang yg lembut shj
2 helai daun kunyit -dimayang halus
3 tangkai daun kesum -dimayang halus
Air rebusan ikan + air secukupnya untuk masak bubur
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara
Bersihkan ikan dan rebus dengan sekeping-dua asam keping dan garam. Bila dan masak, angkat dan ketepikan. Simpan air rebusan untuk masak bubur kemudian.

Sediakan bahan rencahnya. Kisar halus bawang merah, bawang putih, halia dan serbuk lada hitam. Basuh beras dan tanak dgn air rebusan ikan tadi atas dapur. Biarkan beras masak sehingga kembang dulu, then baru masukkan semua bahan² yg telah dikisar.

Biarkan sehingga menggelegak tp api perlu sederhana. Then masukkan santan. Kacau² spy x pecah minyak. seasonkan dgn garam dan gula secukup rasa.. Kacau rata dan didihkan lagi. Akhir sekali, masukkan daun kunyit, daun kesum dan pucuk paku. Gaul .. biar sehingga ulam² lembut dan bolehlah ditutup api.


// Erm.. dpt berbuka dgn bubur lambuk.. nasi mmg tak layan laa (^_^)v


13 ulasan:

Unknown berkata...

tq aini share resipi..kek nogori ni bubur lambuknye lain.. slera tekak den ni slera org phg..hahaha..

NedLi Sakurai berkata...

Sama-sama.. org belah timur dgn barat mmg lain skit tekaknyer (^_^)

Unknown berkata...

Terima kasih...bile bulan puase mulalah nak search resipi bubur lambuk..��

NedLi Sakurai berkata...

sama-sama (^_^)

Unknown berkata...

Kita punya resepi tak bubuh daun kesum tp daun selasih. .Tambah halba. Ni cara org pekan

NedLi Sakurai berkata...

Maybelah kot.. (^_^).. saya pun x sempat nak kaji asal usul resepi nie dari mana.. Tapi kalau versi pantai timur, memang letak isi ikan (^_^)

Tanpa Nama berkata...

Bl masukkn ikan?kena blend ke ikan?

Ned berkata...

Yer.. Blend isi ikan yang telah direbus tue.. Boleh guna air rebusan untuk mudahkan kita nak kisar isi-isi ikan tue.. (^_^)

Unknown berkata...

Asingkan isi ikan dgn tukang & kepala ikan. tumbuk isi ikan lagi cantik dari blend. Dh siap tumbuk isi ikan, tumbuk

Ned berkata...

Betul.. tumbuk isi ikan leih baik.. tapi saya tak serajin itu (^^!)

Barzagli berkata...

Dimayang halus tu ape,sis?

Ned berkata...

Mayang tue, kita racik atau potong halus-halus.. mcm daun pandan untuk buat bunga rampai

Barzagli berkata...

okay.tqvms sis.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...