Ahad, Ogos 06, 2017

Malacca Jalan² Foodie Trip II


@Melaka Street Art


Projek "Malacca Jalan² Foodie Trip" di sambung untuk season ke- II (^^").. haha taklah.. sebenarnya, menumpang fara nie. Dia ada kerja skit kat Melaka. Alang² boleh-lah sambung jalan² cari kedai makan viral di Melaka lagi..


02 Aug 2017 [WED]
Gerak ke Melaka, hari Rabu pagi. Sampai je, terus cari kedai asam pedas. Fara ajak try kedai Asam Pedas Claypot 2 di Kota Damansara.. Sedap asam pedasnya.. aku try asam pedas daging tetel, fara ambil asam pedas ikan pari..


Asam Pedas Tetel & ikan Pari


Then baru kami pegi check in hotel.. kali nie booked Taipan Boutique Hotel. But since ini adalah jalan² sambil kerja bg Fara.. dan aku hanya tukang teman dia kat sini.. maka aktiviti jalan²nya adalah sangat limited (^^,)

Bosanlah kalau merayap sensorang.. Dahlah aku nie buta jalan (^^").. so lepak bilik jer. Tapi tetiba, perut duk merengek nak kuih keria antarabangsa.. Maka terpaksalah turutkan..

Since hari nie hari khamis.. maka x ramailah orang beratur.. dapatlah merasa kuih keria viral nie.. dan alang-alang dapat beli, maka belilah lebih skit.. boleh share dengan Fara nanti..


Tempting tak? (^^")


Mujurlah kedai Hj Jalil terus jer dr hotel.. kalau tak, mesti sesat barat (^^').. Oh!.. nak makan kuih nie, jangan makan time panas² masa baru lepas angkat.. tunggu sekejap, beri gula dia betul² keras dulu then baru ngap..

Seriously! Tak akan berpaling lagi! (^__^)


Dah dapat kuih, balik bilik semula.. Sampai jer bilik, Fara text.. suruh siap², dia nak ajak keluar, pergi Masjid Selat (lagi sekali..). Nak tengok matahari terbenam, katanya.. so lepaklah kat sini, sampai Maghrib..


Masjid Selat

With eonni² dr Korea (^_^)


Then, misi #jjcm pun bermula.. mujur Fara pandai cari jalan² di Melaka nie.. Kata Fara, Melaka kecik jer pun, x sempat nak sesat dah sampai semula ke hotel.. Awak cakap senangla.. Orang yg xder sense of direction cam I nie? (^^')

Okeylah.. nie jer sempat dicuba untuk malam nie.. Hari dah malam, tak bleh nak try makan macam²..


Ee Ji Ban Halal Chicken Rice Ball

Roti John Tarik Mael Lambong



03 Aug 2017 [THU]
Ermm.. pepagi buta lagi fara dah ajak cari breakfast.. Kalau lambat, karang dia lewat plak masuk kerja; so bergegaslah kami ke gerai Roti Canai Kayu Arang nie.. Tapi awal sangat sampainya, makanan pun x berapa nak variety sangat..

So, kita sarapan mana yang ada jer (^_^)..




Habis breakfast.. sambung melepak dalam bilik.. Pastu dalam tengah hari, Fara call suruh cepat bersiap.. nak ajak makan mee sup di Restaurant Sup Lembu Tangkak.

Kedai yang terletak di Jalan Laksamana Cheng Ho, Melaka Tengah nie memang famous.. Ramai orang datang cari. Sup dia memang super-duper sedap..  Sila order mangkuk besar terus, barulah puas hati.



Sup bebola daging + mee sup daging dan perut dll


Sudah lunch, kami balik hotel.. fara masuk kerja semula.. Then pkl 4.00 pm camtue, aku keluar pg beli keria sira gula melaka lagi sekali (^^').. tp kali nie, beli kat kedai hajah pula.. Saja nak rasa.. sama ke tidak..

Pukul 6, baru keluar semula dengan Fara.. Jalan² area street art; Sungai Melaka dan Jongker Walk.


Melaka Street Art

Sepanjang sungai..

Another side of the Sg. Melaka..

Hotel Puri

@Jongker Walk..

Inside the Mamee Store..



04 Aug 2017 [FRI]
Hari nie.. lagi sekali kami keluar seawal pagi.. fara kata selain sbb dia nak masuk kerja pukul 9, kedai yang kami nak pergi nie, ramai orang beratur.. so bergegaslah kami ke gerai Mee Goreng Pak Hassan..

Kat sini.. diorng panggil Mee Bodo.. sbb Pak Hassan goreng mee nie tanpa rencah.. sambal semata.. tapi sedap (^_^)v.. Nak makan kat sinie, cara dia.. beratur untuk amik sambal + timun hiris dan telur mata..

Then, cari meja.. baru order nak pinggan besar ke biasa.. dan order air. Kalau nak tapau, perlu order kat kaunter lain. Seriously.. sila order pinggan besar terus.. sbb nanti nyesal (^^,).. sambal pun, minta extra tau.


Sila tambah cuka dan kicap untuk extra kick


Nampak tak orang beratur kat belakang tue? Mujur kami sampai awal.. (^_^).. Kalau tidak.. nangeslah nak beratur panjang camnie..


Selesai makan, kembali ke hotel.. perlu berkemas sbb nak balik dah.. cukuplah tiga hari #jjcm di Melaka nie.. Tapi dalam pada cukup tue, sebelum gerak balik, sempat lagi kami kembali ke Jongker street.. hahahaa..

Kitorng nak makan cendol Jongker 88 dan mochi durian + durian crepe dr kedai Durian Cottage tue!!! Semalam dah tutup kedai dia.. (^_^)


Sedap! Amat!! Walaupun x comel membungkusnya.. (^^')

Nie pun sama..cendoi dan sagu gula melaka.. Mabbeles!


Kami x singgah makan di kedai.. beli tapau then makan dalam keta sahaja.. sebab parking kat tempat bukan parking; takut kena saman.. lagi pun ramai yg pesan; Don't Mess with Melaka..  (^^")

Maka berakhirlah sudah #jjcm Melaka kami untuk kali ini. Semoga boleh datang singgah dan makan² lagi di masa akan datang.. InsyaAllah..




Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...