Isnin, Disember 26, 2016

Malacca Jalan² Foodie Trip

Cuti kristmas tahun nie kami ke Melaka. Semua ini hasil cadangan radie, bagi menjadikan cuti akhir tahun dia berbaloi.. (^_^). But since, radie di Putrajaya, maka kami perlu ke sana dahulu sebelum ke Melaka..

24th Dec 2016 - Sabtu
Pukul 7.45 pg, aku, uda dan iffah dah on the road.. Breakfast kejap area Gambang, kemudian baru ke Putrajaya. Sampai rumah radie dalam pukul 11.45pg. Makan² skit kt rumah radie.. then gerak ke Melaka.

Seperti yg dijangka, jalan jem giler.. Dalam 2.30pm baru sampai Simpang Ampat. Maka kami pun, singgah di Freeport A'Famosa Outlet.





Ada clearence sale sempena kristmas dan jualan akhir tahun sbnrnya.. tapi kami tiada keperluan, maka hanya berwindow shopping dan cuci mata sahaja di sini.. (^_^)..




Around 4.30 pm, mula bergerak keluar dan menuju ke Bukit Berendam. Nak cari Mango Float Royale yang viral tue.. Giler gigih mencari, sebab jeles-kan Fara yang duk tayang gambar dia pergi last week (^^")..

Tapi sebelum tu, berhenti singgah sekejap di Masjid Ar-Rashidin, Alor Gajah.. sebab hari macam dah agak lewat..




Itu-ini.. last² jumpa kedainya. Dapatlah kami berempat minum mango float di-raja nie.. dan mee kari + ayam gunting + kuih keria local (tp disira dgn gula melaka)..

Selesai menjamu selera, sedang elok hari nak menginjak ke maghrib, maka segeralah kami ke pusat bandar.. Check-in hotel dan refresh. Lepas maghrib keluar semula..


Mee Besen Original- Kg Durian Daun Dalam


Misi mencari mee besen original pulak (^^").. Ramai giler orang beratur.. tapi kitorng dah berlatih benda² camnie.. sushi bonanza jer dah acap kali beratur panjang..

Tu x kira beratur demi arashi di Tokyo Dome.. Barisan punyalah berlengkar, lebih 3 jam.. Apalah sangat setakat yang cenggini, kan? Apadehal (^^')..


Menu I: Mee Besen

Menu II: Talam Western


Selesai makan, maka perlu berjalan 10,000 langkah dulu sebelum balik bilik dan tido (^^").. So jom ronda bandar Melaka.. Biar Iffah jadi tourist guide kita malam nie.

Kita round Dataran Pahlawan, St Dutch Square, Jongki Jonker St-Night Market dan menyusuri Sungai Melaka dan patah balik semula ke tempat parking keta...


Beca Neon..

Kota A' Famosa

Near by..
Jonker Street Nite Market

I @Sungai Melaka


~boleh dikira satu pusingan jugalah kami malam nie (^^,).  TQ Iffah!



----------------//----------------



25th Dec 2016 - Ahad
Keluar lewat skit hari jie. Semalam merayap sampai pukul 1.00 pg.. Sebaik keluar dari hotel, kami mencari sarapan (^^").. Hari ni nak try Roti Canai Kayu Arang.

but, seperti biasa, benda viral perlu queue (^^,).. Sampai kedai makan pukul 9.40am.. Tunggu nak dapatkan meja kosong, setengah jam. Order roti canai, perlu tambah 35 minit lagi.. Bertabahlah. Orang ramai giler kot.. tapi diorng serve baik. First come (order) first serve.

So sementara menanti roti canai, bolehlah makan appetizers dulu seperti sate, nasi lemak melaka top-up sambal paru/ sambal sotong kembang, lontong, kuih-mueh mahupun otak² kempas.

Oh!.. dah alang² order roti canai kayu arang, sila order roti canai tampal dangdut.. gedik² jer telur kuning atas roti tue nanti (^.^)..


Roti Canai Kayu Arang


Selesai breakfast kami ke Klebang..

Iffah ajak ke Museum Kapal Selam. Museum ni asalnya adalah kapal selam SMD Ouessant Agosta 70 (dr Perancis). Dibeli oleh TLDM sebagai tempat latihan krew pertama kapal selam negara.

Dibina pada tahun 1979 dan kali terakhir Agosta 70 digunakan ialah semasa berlayar di lautan Atlantik pada tahun 2009. Sekarang nie, dijadikan museum dan dibuka kepada public.


Museum Kapal Selam SMD Quessant



Oh!. Kapal selam nie, dr luar nampak sangat besar tapi ruang di dalam sangat sempit. Memang tak boleh hidup duduk dlm tue.. sungguh bertabah dan cekal pegawai² yg bertugas dan mengendalikan kapal selam nie..

Selesai lawatan ke museum, kami bergerak ke arah pantai, sekali terjumpa area 'padang pasir' tue. Singgah buat photoshot jap (^^")..


Cousin



Dah!.. cukup²lah posing dan main tepi desert, sampai penuh kasut dengan pasir (^^,)..

Then kami pun gerak ke Pantai Klebang. lepak² tepi pantai pula.. dan try rasa Coconut Shake Klebang Original. Sebenarnya tatau dah yg mana satu original.. mcm semua gerai tulis original (^^")..


Tepi Pantai Klebang..


Then try jejak Putu Bambu dan Keria Antarabangsa Klebang.. tapi bila sampai jer.. nampak orang ramai berlengkar² beratur nak membeli.. Malas dah rasanya nak beratur, maka kami u-turn..

Destinasi seterusnya ialah, masjid tertua di Melaka: Masjid Tranquerah a.k.a Masjid Tengkera. Terletak di Tengkera dalam daerah Melaka Tengah. Senibina masjidnya sangat cantik, banyak pengaruh dr China rasanya nie.




.. dan alang² dah sampai Tengkera, try cari Putu Piring Tengkera yg famous tue.. Tapi kedainya tutup.. pulanglah kami ke pusat bandar dengan sedikit kehampaan..

Seterusnya kami ke Jonker St. nak makan cendol dan laksa di Jonker 88. Tapi lagi sekali jadi xder mood, sebab jem teruk dan kami tersilap, masuk Jonker St dengan kereta.. menghadap ler jawapnya.. huhu..

Been there, done that and regret..




Sangat x mencadangkan untuk drive along Jonker St.. Jalan kaki lebih baik. Boleh explore lebih lagi, sampai ke Heeren St, area Street Art dan menyusur Sungai Melaka dan Kg. Mortem..

Kecewa sebab x dapat makan cendol dan laksa, kami ke Restaurant Celup-Celup, untuk late lunch. Kemudian kembali ke Kg. Mortem. Nak naik River Cruise.. sekali kena beratur panjang juga.. sekian terima kasih (^^")..




Last² kami masuk Halia Inc. Coffee House yang menghadap Sungai Melaka nie.. minum kopi, makan cheesecake.. watching people lalu lalang depan cafe (^^,)..

Niat asal nak jenjalan area street art juga tak kesampaian. ada area lebih menarik di belakang Hard Rock Cafe tue, tapi hari dah gelap, next timelah, InsyaAllah..


Halia Inc.


Sebelum balik hotel.. singgah gerai Asam Pedas Pie kat simpang tiga tue, radie nak makan kupang sambal.. Beli dan tapau. Kami makan di bilik jer malam nie (^_^)..


//Ada yang kami tak jadi masuk dan tak jadi beli sebab was-was akan status halalnya. Majority di internet kata halal, tapi tak jumpa logo halal dipamerkan. So kalau dah terdetik di hati, lebih baik elakkan sahaja (^_^)v..


----------------//----------------



26th Dec 2016 - Isnin
Last day.. Hari nie kita ke beberapa tempat sebelum balik ke Putrajaya-Kuantan. Mula² nak ke Warung Hjh Robiah; yg banyak pilihan untuk breakfast tue.. tapi x jumpa tempatnya (^^")..

So just berhenti di gerai tepi jalan and have breakfast. Kemudian kami terus ke Masjid Selat.


Masjid Selat Melaka


Masjid nie masjid baru.. terletak di atas pulau buatan tepi Selat Melaka. Senibina masjid nampak lebih moden dan banyak bercirikan senibina Melayu dan campuran Arab-Melayu.

Sangat cantik bila lepak sini waktu matahari terbenam.. dan kalau air laut naik paras² lantai masjid, nampak seperti masjid nie terapung atas air. Tapi aku lebih suka Masjid terapung di Terengganu.. Just saying (^_^)v.


~gambar hasil google  


Selesai urusan di Masjid Selat.. kami singgah ke Jeti Anjung Batu. Tapi tidaklah ke Pulau Besar.. dah lewat hari.. tempat nie pun cantik kalau lepak time lewat petang.. boleh tengok matahari terbenam..

Erm.. Baru tahu, di Pulau besar ada batu belah (batu bertangkup kah?) (^^").. dan beberapa lagi tempat² menarik. Tapi lain kalilah kita melawat Pulau Besar..


Jeti Anjung Batu


Then kami ke Alai, nak rasa Coconut Shake Float yang lebih Authentic rasanya (bak kata opismate).. Tapi kedai tutup. So terus ke Bemban, nak try Asam Pedas Tok Kabil. dan sekali lagi bukan rezeki kami.. tutup juga..

Jadi kami lunch asam pedas di kedai sebelah kedai Asam Pedas Tok Kabil jelah.. Nanti balik Kuantan, kita masak sendiri jer Asam Pedas Daging Tetel tue (^^,)..


Gerai Tok Kabil -Bemban, Melaka


Berakhir sudah Foodie Trip kami kali nie.. walaupun banyak x dapat try dan rasa.. tapi oklah. Nanti² boleh datang Melaka lagi.. InsyaAllah.


#cousinsisterstrip #jalanjalancarimakan #sisterstrip

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...