Tuesday, May 10, 2016

Kimchi Korea: Road to A Spring Seoul-Sonata




25 MAR 2016: Seoul Sonata
below 10°C - 4 layers of clothing (^^")

Kami bangkit awal sbb perlu packing bags.. Hari nie tukar bilik lain (kes smlm). So 6.50am siapkan beg, susun tepi bilik.. hantar kunci dan keluar hotel. Then terus menuju ke Nami Island..

Kali nie perjalanannya agak jauh dan banyak kali perlu tukar train.. dan dari Itaewon nak ke Nami Island, nie routenya:

Itaewon St (take Line 6) – Dongmyo St (take Line 1) – Cheongnyangni St (take Gyeongui Jungang Line) – Sangbong St (take Gyeonchun Line) – Gapyeong St (walk to the bus stop nearby)

atau..

Itaewon St (Line 6) kene tukar ke Sindang, - Sindang St (Line 2) ke Wang Simni, - Wang Simni St (Line J ITX) ke Sangbong, - Sangbong St (Line G ITX) ke Gapyeong St.


Charlie Brown Cafe -Sangbong St.


8.05am sampai di Sangbong St.. Ada Charlie Brown Cafe kt sini tp x breakfast kat sini pun.. dan since nak kejarkan masa; kami breakfast ala-kadar: chocolate and coffee (on the go concept)..

Dari Sangbong nak ke Gapyeoung, masih ada lebih kurang 14 stops. Huhu.. kami dah lari dr schedule dan train pula tak on time (^^').. 8.15 am baru train sampai.. Jauh yer nak ke pulau Nami nie. Dua jam lebih perjalanan..





Nami Island
Sesampai di Gapyeong, perlu amik taxi untuk ke Gapyeong Wharf. Dari station amik masa 5-10 minit; dan tambang taxi ₩4k.. Sesampai kat sana, orang dah ramai giler.

..but then terus beli tiket dan queue untuk naik ferry..


menunggu Si Duyung Nami


Dalam kami dah bergegas² tue, terpaksa juga naik next trip (pkl 9.40 am).. So perlu tunggu dalam 10-20 minit.. After pkl 9.00 am ferry dia kerap skit berbanding kalau dtg pkl 7.30 am tadi..

Actually nak ke pulau ada dua cara; naik ferry atau flying fox. So kalau nak cepat, bolehlah 'terbang-musang' jer ke sana tapi tambang mahal skitlah.. dah termasuk airport tax mungkin (^^")..



Selamat mendarat di Naminara Republica


So.. bila di pulau, ini list -What to do/try @Nami:
  • Try lavender-mint ice cream 
  • take pics at winter sonata scenes locations DONE
  • Makan red bean hottdeok (₩1000) DONE
  • berbasikal keliling pulau ala Jung Sang + Yu Jin (^^") (₩3k/hour)
  • Makan nasi gongcang -Dosirak @Drama Cafe’ (₩5k-₩6.5k) DONE
  • lawat Galeri Seni Singgah luar jer (^^')

Kita round nami jom..


Mula berjalan keliling pulau

Di ladang burung unta

First-kiss Winter Sonata scene location

Di tepi laluan trem..

The First Kiss Bridge..

..and the other sides of Nami..

Di luar galeri dan gerai menjual hotteok..



Pulau Nami terletak agak jauh ke timur laut Seoul dan di tengah² Han River. Kalau lihat dr atas, boleh nmpk macam bentuk daun jer pulau nie, terapung² kat atas sungai.

Di sini bersemadinya seorang pahlawan perang; General Nami. Seorng negarawan ulung yg terkorban di medan perang pada usia 26 thn.. Kerana keberanian dan semangat beliau, maka pulau ini dinamakan bersempena namanya..

Tapi, skrg.. Nami Island lebih dikenali sbg sebuah destinasi romantic.. Lagi² selepas keluar Kdrama terkenal Winter Sonata sekitar awal thn 2000 dulu..



Nak ke cafe, ikut sini meh..


Since pagi tadi tak proper breakfast, pukul 11.00 am kami dah lapar nasi (^^").. So jom kita pegi makan nasi goncang di Drama Cafe..

Cafe dia terletak di belakang bangunan Asian Cuisine nie.. Hanya perlu pusing ke belakang bangunan, dan ikut laluan luar..


Shake! Shake!.. Shake!


Nasi goncang nie hanya nasi berlaukkan telur mata dan sambal sardin jer sbnrnya.. tp nak rasa keseronokkan menggoncang nasi dlm bekas dosirak diorng tue yg lebihnya (^_^)..

Tapi oklah.. sedap pun sedap.. but then sila pastikan pakai sarung tangan tue yer.. sgt panas bekas dosirak besi tue.. boleh melecur kulit.


Jemput makan..


Habis makan, kami sambung round.. kali nie round area statue Jung Sang dan Yu Jin tue.. Since ianya adalah main attraction kat sinie, maka perlu beratur untuk bergambar dgn patung Hero + Heroin Winter Sonata nie..

Aii.. untunglah.. bergambar dgn patung pun nak kena beratur bagai (^^,)..



Winter Sonata Statue

Barisan pepohon indah..

..and the famous beautiful tree lined road..


Dalam 12.15 pm kami dah mula bergerak balik.. perlu naik ferry semula mcm time datang tadi.. Kalau balik awal, biasanya org x berebut sgt, kecuali bila lewat petang nanti..

Diorng suka berlama² kat Nami Island nie.. picnic².. lepak² dgn keluarga dan kengkawan..


tunggu boat utk balik..


Then perlu naik taxi balik ke Gapyeong St semula, sebelum menuju ke next stop.. Oh! Kitorng skip Petite France..

Walaupun dah dekat sgt dah Petite France tue dan satu laluan, tapi terpaksa keluarkan dr tentatif program sbb nak terus ke cycle rail park..



Rail Park..


Gangchon Rail Park
Dari Gapyeong St. perlu ke Gimyujeong St, which means akan lalu 3 station.. dan dr situe perlu jalan kaki ke rail park.. tak jauh pun, bleh nampak pintu gerbang dr train station..

Tapi tuelah.. bila kita on time, train pulak x on time (^^').. Dah 12.52 pm dah tapi train tak sampai² lagi nie.. aish.. (-_-)..


Dalam train otw ke Gimyujeong St.


Mujur dr Gapyeong nak ke Gimyujeong makan masa 15-20 minit jer.. So around 1.25 pm kami sampai Gangchon Rail Park.. Sampai² jer terus pegi beli tiket (yg pkl 2.00 pm)..

Ada cycle berempat dan cycle berdua.. harga berbeza seperti di bawah:
  • Two-seater : ₩25,000 
  • Four-seater : ₩35,000


Sementara tunggu nak pukul dua, kami lepak² dan bergambar kat sini.. Then diorng panggil untuk briefing skit before mulakan cycling..




and the race started.. mari kayuh beskal!!

Actually activity nie Radie yg suggested. katanya pemandangan sepanjang rail tue cantik. Hehe.. cantik maybelah cantik, tapi kalau pegi time peralihan musim macam kami nie, apa sangatlah yg adanya..

Lainlah time dia pegi hari tue, pertengahan autumn kot.. Tapi takpe.. We do have fun!.. dan nie ada beberapa keping gambar pemandangan yang kami rasa dah cukup cantik dah time nie (^_^)




Memula ingat perlu kayuh sepanjang rail sendiri.. rupa²nya cuma sehingga checkpoint ini shj. Separuh perjalanan lagi kita naik train jer..

So berhenti di checkpoint, boleh berehat sebentar dan try rasa odeng dan dobbukki. Harga odeng ₩2k; dobukki ₩3k.. Kami amik dua set dan share berempat..


Then sambung perjalanan sampai habis trail dgn train..


RM pernah makan dokbukki kat sini (^_^)

atas train..


After 30 minutes naik train.. kami sampai di checkpoint terakhir.. Dari sini perlu jalan kaki skit menuju ke tempat shuttle bus. Diorng hantar kami balik ke base semula..

So jalan kaki balik ke Gimyujeong St.. Solat dulu siap² before gerak ke Sindang (around 4.30 pm)


Depan Gimyujeong St with korean aunties..



Sindang
Kitorang nak gi makan Rappukki (korean spicy rice cake + ramyeon).. Sindang mmg terkenal dgn dokbukki nie sbb tue diorng panggil 'Sindang-Dong the Tteokbokki Town' (^_^).. Jom Yok!

5.56 pm kami sampai Sangbung tukar line ke Wangsimni.. Then tukar train amik line 2 pula.. Adoi aii, lamanyalah perjalanan nak pegi makan dobbukki nie.. Dah pukul berapa tapi masih x sampai² lagi (^^')..

But akhirnya jumpa gak kedai makan: Mabongnim Halmeoni Tteokbokki nie.. kedai nie mmg terkenal di kalangan students dan tourists muslim dr Malaysia..


Muka happy nampak makanan..


Harga set untuk 2 orang makan ialah ₩11k; bertiga ₩14k; for 4 people ₩20k dan kalau berlima ₩24k.. Kalau nk tambah ramyeon, mandu/dumpling, telur rebus, dokbukki ke.. ada extra charges masing²..

So kami amik set untuk 4 orang makan, Alhamdulillah sgt kenyang.. Oh! Kalau nak tambahan pickle lobak putih tue, bleh minta jer.. itu free top-up (^_^)..


Ermm.. Makan rappukki panas², pedas² dalam cuaca yg sejuk² camnie, pastu balik karang terus tido.. confirm pepagi esok muka sembab (^_^).. Tapi takpe.. janji perut kenyang-hati girang (^^,)..

Habis makan. Dah maghrib hari, so kami decided untuk tidak pegi ke Dangdaemun. Penat sgt rasanya hari nie.. jauh Nami dan rail bike tue.. berpuluh station perlu dilalui..

So, balik hotel.. Sampai dlm pkl 9.00pm.. rehat utk esok..


// Dokbukki/Tteokbokki (Korean spicy rice cake)
// Ramyeon (Korean instant noodle)
// Rappukki (dokbukki + ramyeon)
// Hotteok (Korean stuffed pancake)



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...