Saturday, September 27, 2014

My Mom Curry Noodle SP




Siang tadi keluar ke bandar.. tapi tak sempat nak singgah gerai mee kari yg best tue.. so last-last masak sendiri jer di rumah.. lg best (^^!) ~confident jer..

Ini adalah resepi mak.. sbb tue xder kerang rebus.. Haha.. Bah takleh makan kerang.. nanti bengkak kaki.. Gout katanya (^^")..




Rasa mcm dah pernah tulis resepi nya.. tp takpelah ltk sekali lagi..


MEE KARI SPECIAL
1 bungkus mee kuning -dicelur
2 biji bawang besar -diracik halus
4 ulas bawang putih -diracik halus
2 inci halia -diketuk
1 paket kecil serbuk kari
4 sudu cili boh
Cengkih, kayu manis, bunga lawang dan biji pelaga
Sedikit isi ayam -potong dadu/ kecil²
Fish ball -dipotong kecil²
Fish cake -dipotong panjang²
2 biji kentang -dipotong dadu kecik²
1 paket tauhu goreng -dipotong kecil
1 kotak santan
2 keping asam keping
Air secukupnya
Garam dan gula
3 biji telur -direbus dan dibelah 2
Taugeh dan sawi -di siang dan celur


Tumiskan bahan penumis, bawang dan halia sehingga naik bau. Gaulkan cili boh dan serbuk kari (tambah air skit)... then masukkan dalam periuk, tumis bersama bawang dan bahan penumis tadi. Kacau sehingga naik minyak..

Masukkan ayam dan tunggu sampai ayam masak sekejap. Tambahkan air. Then masukkan kentang yg telah didadu.. fish ball, fish cake dan tauhu. Kecikkan api, masukkan asam keping dan biar kuah mereneh lama skit.

Sementara tue, celur mee, taugeh dan sawi.. Then siapkan telur rebus. Bila kuah dah mendidih, masukkan santan dan seasonkan dengan garam dan gula secukupnya..

Bila semuanya dah ok, bolehlah dihidang dlm pinggan mcm nie.. (^_^)




Ittadakimassss..



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...